R

1K 67 10
                                    

SJ's POV:

Flashback

"My Jinnie,nak buat something yang seronok tak?"

Haih.Dia ni memang tak pernah penat ganggu hidup aku.Kalau bukan kakak,sudah lama aku sepak dia ni jauh-jauh.

"Ya,wahai kakakku sayang.Apa kakanda mahu?"

"Jom ikut aku!"

Tanpa persetujuan,aku ditarik ke bilik dia.Memandangkan aku tak sibuk sekarang,aku relakan sajalah.Dia tolak aku sehingga terduduk di atas katil.Kemudian dia tersenyum ngeri ke arah aku.

"O-okay.Apa yang kau nak sebenarnya?"

Dia menghampiri aku.Wajahku ditekap menggunakan kedua belah tangannya.Wajahnya dihampirkan dengan wajahku.

"Kyaa!My Jinnie!Why so cute?!"

Gila ke apa?Boleh gugur jantung aku kalau macam ni.Tangannya aku tepis.

"Kau dah kenapa ni?"

"Sekarang,kau duduk saja diam-diam.Jangan melawan."

"Apa aku dapat kalau ikut cakap kau?"

"Sweatshirt pink yang dah lama kau merengek minta mak belikan tu."

"Okay,kau menang."

"Good boy."

Apa boleh buat.Memang sudah lama aku impikan baju tu.Aku perhatikan saja apa yang mahu dia lakukan.Kelihatan dia mencapai sebuah beg yang dipenuhi alat solek.Kemudian,rambut aku yang menutupi dahi dikemaskan ke belakang menggunakan hairband.

Terserlah dahi aku yang putih bersih ni.Setelah meneliti gerak-gerinya,aku faham apa yang mahu dia lakukan.Dia nak solek aku.Memang sudah lama dia mahu buat macam ni,tetapi aku tak benarkan.Akhirnya,aku tumpas di tangan dia.Aku tak peduli.Sweatshirt pink punya pasal,aku sanggup buat apa saja!

Setelah selesai menyapu beberapa bendasing pada muka aku,dia memakaikan aku rambut palsu pula.Habis hilang maskulin.

"Okay siap!"

Dia menarik aku untuk bangun dan menolak aku ke hadapan cermin.Terpegun aku dibuatnya.Cantik juga rupanya aku.

"Sekarang baju pula.Nah!Ambil ni,tukar sekarang."

Dress tahap lutut warna pink.Comelnya baju ni!Entah kenapa aku rasa tak sabar nak pakai.Segera aku menanggalkan pakaian dan aku sarung dress tu ke badan aku.

"Kyaa!Comelnya Jinnie.Jom kita keluar."

"Apa ni!Kau tak cakap pon pasal kena keluar ni!Tak akan aku-"

Tak sempat aku nak habis memberontak,dia potong kata-kata aku.

"Sweatshirt~"

"Fine!"

Dengan penuh segan silunya aku keluar dengan dia ke pusat beli-belah sambil berpaut pada lengannya.Bukan saja nak bermanja tetapi aku takut terjatuh.Ada ke patut dia suruh aku pakai kasut tumit tinggi.
Sedang kami berjalan-jalan,dua orang lelaki menghampiri kami.

"Hi girls,berdua saja ke?Boleh kami teman?"

Aku bagi isyarat mata pada kakakku supaya jangan melayan dua lelaki tersebut.Tetapi,dengan bahagianya dia menggedik layan mereka.Tak guna!

"Boleh saja kalau nak temankan."

Lelaki yang agak rendah tu mula menunjukkan minat pada kakakku.Kalau tak silap,nama dia Park Jimin.Manakala yang tinggi sedikit tu pula,mula mendekati aku.

"Hi cutie!I'm Jeon Jungkook and you?"

Geli aku!Setiap kali aku menolak dia untuk menjauhi aku,setiap kali tulah dia mendekat semula.Bila dia mula menyentuh aku,aku tolak dia dengan lebih kuat dan melarikan diri dari situ.Awesome bukan?Aku boleh berlari sambil pakai kasut tumit tinggi.

"Sorry-sorry.Adik saya tu pemalu orangnya.Saya pergi dulu,bye!"

End flashback

Eh!Seram pula bila diingatkan semula.Tak guna punya kakak,sebab dia aku nyaris kena raba dengan manusia sejantina dengan aku.Tetapi,bila difikirkan balik seronok pula rasanya dapat menipu lelaki-lelaki macam tu.Tanpa aku sedar,aku mula suka crossdressing.

Aku kumpul duit untuk membeli pakaian-pakaian perempuan,alat solek dan rambut palsu tanpa pengetahuan mak aku.Setiap hujung minggu,aku akan crossdressing dan pergi berjalan-jalan ke bandar.Aku berasa sangat gembira bila terdengar pujian yang keluar dari mulut lelaki-lelaki yang berjalan melepasi aku.

Hampir setiap minggu aku berbuat begitu tanpa menghadapi sebarang masalah.Ditakdirkan nasib aku minggu ni agak malang apabila terserempak dengan Nam Joon di taman yang biasa menjadi tempat lepak aku.Aku bernasib baik kerana dapat melarikan diri sebelum dia sempat menghampiri aku.

Di sekolah,aku cuba untuk mengelak daripadanya.Takut dia hebahkan tentang hobi aku yang pelik.

"Weh Jin!Dari tadi Nam Joon perhatikan kau.Aku syak dia suka kaulah!"

Aku tersentak bila mendengar nama dia.Aku toleh ke arahnya dengan perasaan takut.Aku biarkan mata kami bertaut seketika,kelihatan seperti dia mahu berkata sesuatu.Entah-entah dia nak hebahkan pasal benda tu.Segera aku alihkan pandangan.

Apa yang cikgu ajar,aku abaikan.Sepanjang satu waktu pembelajaran,aku luangkan dengan berfikir tentang Nam Joon.Dia akan hebahkan rahsia aku ke?Atau mungkin dia akan ugut aku?Terlalu banyak kemungkinan bermain di fikiran.
Argh!Malas aku nak fikir.

Aku berasa tak tenang beberapa hari.Setelah hampir seminggu berlalu,aku masih tak dengar apa-apa tentang rahsia aku jadi aku mula berasa tenang semula.Mungkin dia tak suka ambil tahu pasal orang.Jadi,bolehlah aku sambung hobi aku dengan tenang.

It's weekend!Yeay!But no yeay!Need to do my homeworks first.Benci!Biasanya aku akan keluar pada waktu pagi,tetapi kali ni aku perlu keluar pada waktu petang.Sampai saja di taman,aku lihat semua kerusi sudah dipenuhi dengan manusia.Aku terpaksa berdiri saja di situ.

Sedang leka aku memerhati budak-budak bermain,tiba-tiba seseorang memegang tanganku.Terkejut aku dibuatnya,nyaris nak tersiku.Lantas aku menoleh ke belakang.Nam Joon!Malang betul nasib aku kali ni.Tak dapat lepaskan diri pula tu.

"Nam Joon!Jangan salah faham.Aku boleh terangkan apa yang terjadi."

"Seok Jin?"

"Sebenarnya aku kalah game dengan kawan-kawan aku jadi aku didenda untuk pakai macam ni!"

"Minggu lepas pon sama ke?"

Aku terdiam seketika.Tak tahu nak bagi alasan apa lagi.

"Tak perlu jawab sekarang sebab aku ada soalan lain.Kau sudi keluar dengan aku?"

"Huh?!"



(C)Pretty[NAMJIN]Where stories live. Discover now