SJ's POV:
Hah penatnya!Setiap kali cikgu keluar dari kelas,aku turut keluar sama.Cuba mengelakkan diri dari Nam Joon kononnya,tetapi usaha aku sia-sia.Boleh pula dia buat road block depan pagar sekolah semata-mata nak tangkap aku.Ikutkan hati,memang aku nak larikan diri.Tetapi,2 benda menjadi penghalang.
Pertama,rahsia aku jadi taruhan.Kedua,dress warna pink yang dia bagi tu cantik sangat!Tergoda Jinnie sekejap.Oleh itu,aku ikut sajalah kehendak dia dengan berat hati.Tandas sekolah menjadi pilihan untuk dijadikan fitting room.Pakaian sekolah aku tanggalkan dan ditukar dengan dress yang telah menambat hati aku tu.
Mesti cantik bila aku pakai dress ni!Selesai saja menukar pakaian,aku terus membuka pintu dengan niat untuk keluar kerana di luar terdapat cermin yang besar.Bolehlah aku tatap diri aku puas-puas.Tetapi niat aku terbantut apabila menyedari akan kehadiran Nam Joon di hadapan pintu tandas di mana aku berada.Macam mana aku boleh lupa pasal dia!
Buat beberapa saat,aku hanya terkaku di situ dengan pintu dibiar separa terbuka.Patut ke aku keluar atau aku patut masuk semula,tukar baju dan lari daripada mamat psiko ni.Sedang ligat otak aku berfikir,dia mengambil kesempatan menolak pintu tandas tu dan menarik aku keluar.
"Wah!Aku dah agak.Memang sesuai dengan kau."
Dia meneliti setiap inci badan aku sambil menabur kata pujian.Entah kenapa,aku terasa malu diperlakukan sebegini olehnya.Sedangkan sebelum ni,aku seronok apabila dipuji oleh lelaki-lelaki lain.Muka yang mula membahang kemerahan,aku tundukkan.
Sesekali aku menjeling sedikit ke arah dia.Aku pelik melihat perubahan pada riak wajahnya,dari gembira bertukar terkejut.Rupa-rupanya,ada beberapa orang lelaki berdekatan dengan tandas di mana kami berada.Kedengaran langkah dan suara mereka semakin menghampiri kami.Tanpa mendapat peluang untuk berfikir,aku ditolak masuk semula ke dalam tandas.
Aduh!Sakitlah gila!Rasa biol seminit setelah belakang kepala aku terhantuk pada dinding tandas apabila ditolak oleh Nam Joon.Punyalah luas tandas ni,kenapa dia perlu berdiri sedekat ni dengan aku.Kami bertentang mata sebelum dia melarikan matanya ke arah bibir aku.
"Boleh aku cium kau?"
"HUH?!KAU GILA KE?!OFCOURSE TAK!"
"Kau tahu kan yang kau tak boleh kata tidak pada aku?"
Senyuman sinis terukir di bibirnya.Secara tak langsung lesung pipitnya terserlah.Aku leka memerhatikan wajahnya yang cuma beberapa inci sahaja dari wajah aku.Kacak juga dia ni!Tetapi sudah tentu tak sekacak aku,Mr. Worldwide Handsome.
Chup!
Dia membenamkan bibirnya pada bibir aku.Sekejap saja tetapi cukup untuk membuatkan jantung aku berdebar.Kalau diikutkan hati,mahu saja aku belasah manusia bernama Nam Joon ni sekarang juga.Tetapi niat aku terhalang apabila dia membenamkan semula bibirnya pada bibir aku.Lebih lama berbanding tadi.
Skip
"Yah Kim Seok Jin!Kau termenung apa tu?Kau dengar tak apa aku cakap?"
Lamunan aku terhenti apabila disergah oleh Jung Hoseok,salah seorang kawan baik aku.Tak guna punya kuda!Tak boleh ke kalau tak bising sehari?!Jari aku yang sebelumnya bermain di bibir aku jauhkan.
"Huh?Kau cakap apa tadi?"
Dia mengeluh sebelum mengulang semula kata-katanya.
"Kau jadi tak join blind date lepas sekolah ni?"
"Mestilah ya--"
"Tak,dia tak jadi join."
Suara tu datang daripada arah belakang aku.Belum sempat aku habis bercakap,kata-kata aku telah dipotong.Siapa ke gerangan manusia yang kurang asam keping ni?Lantas aku tolehkan kepala ke belakang.
"Kau apahal--"
Aku tersedak air liur sendiri apabila menyedari gerangan manusia yang telah memotong kata-kata aku.Kim Nam Joon.Dia memandang aku dengan senyuman yang menyerlahkan lesung pipitnya.
"Macam mana kau tahu yang dia tak nak join?"
"Sebab dia ada date dengan aku."
"Ohh.Kalau macam tu kitorang gerak dulu."
Sebegitu mudah si Horseok ni percaya dengan kata-kata Nam Joon.Tak guna punya kuda!
Lantas dia menarik kawan-kawan aku yang lain pergi bersama dia meninggalkan aku dengan mamat psiko ni.Aku muncungkan mulut tanda protes."Nah untuk kau."
Dia menghulurkan satu bungkusan kepada aku.Nak terima ke tak ya?Agaknya apa yang ada dalam tu?Kalau aku terima,nanti apa pula dia sangka?Hati aku kuat mengatakan yang aku patut terima bungkusan tu,tetapi aku sedang protes sekarang.
"Aku tak perlukan apa-apa daripada kau."
E to the G to the O,Agust D.Eh tak-tak.It's suppose to be ego.K lawak hambar,puihh.Back to the story.
Aku melangkah pergi dari situ dengan penuh keegoan.Tetapi pada masa yang sama,aku mengharap yang dia mengekori aku dari belakang.Aku toleh.Aik?Dia tak ada.Apalah aku ni.Terlebih tengok drama agaknya.Kononnya si lelaki kacak akan mengekori orang yang dicintainya tanpa putus asa.EH!Apa aku merepek ni?!
Aku menampar-nampar pipi untuk mengelakkan aku daripada terus merepek.Aku teruskan perjalanan melarikan diri.Setelah beberapa meter meninggalkan bangunan sekolah,aku mula diselubungi aura kebebasan.Bebas daripada Kim Nam Joon.Aku mendepangkan tangan di udara dan berjalan sambil berpusing-pusing bagi menunjukkan betapa bebasnya aku.Macam orang mabuk pon ada.
"Kau ada tersalah minum ke tadi?"
MAK KAU HIJAU!Siapa pula yang bercakap tu?Sepantas kilat aku menurunkan tangan dan kembali berkelakuan normal.Aku berpusing 360° untuk mencari punca suara itu tadi.Mata aku tertancap pada seseorang yang sedang berpeluk tubuh di pagar sekolah sambil tersenyum sinis pada aku.
Kim Nam Joon-lah.Siapa lagi kalau bukan dia.Sumpah aku terkejut mengalahkan beruk.Macam mana dia boleh sampai ke pagar sekolah ni lebih cepat daripada aku?Sedangkan aku yang gerak dulu daripada dia dan kami langsung tak bertembung.Ilmu apa yang dia guna ni?
"Tak payah buat muka pelik sangatlah.Bukannya ada satu je jalan ke pagar sekolah.Aku tak guna ilmu hitam or whatsoever."
Hush!Dia ni mind reader ke apa?Tanpa menghiraukan dia,aku terus melangkah keluar melepasi pagar sekolah.
"Hoi!Tunggulah aku!"
"Buat apa aku tunggu kau."
Mulut kata lain,hati kata lain.Walaupon aku berkata begitu,tetapi dalam diam aku memperlahankan langkah sehingga dia boleh seiring dengan aku.
"Nah,ambillah ni."
"Aku tak nak!"
"Tapi bukan ke kau suka benda ni?Dalam bungkusan ni ada dress."
Aku terdiam sejenak.
"Penat aku kumpul duit nak belikan dress ni untuk kau."
"Aku tak suruh--"
"Kau tak kesian pada aku ke?"
Renungan mata dia.That puppy eyes and deep dimples.Ah!Aku tak sampai hati nak menolak.
YOU ARE READING
(C)Pretty[NAMJIN]
Fanfiction!AMARAN! Bahasa yang agak baku di dalam. Sila perlahankan kenderaan anda dan buat pusingan-U sekiranya anda alah kepada bahasa baku.Kerjasama anda amat dihargai.Terima kasih. Sinopsis ada kat dalam.