SJ's POV
Kau memang sudah gilalah Seok Jin!Boleh pula kau jemput mamat psiko ni ke rumah kau.
Tetapi tak guna juga aku nak menyesal sekarang.Dia sudah sampai ke sini pon.Ke dalam bilik aku pula tu.
Haih,biarlah.Rasanya aku tak rugi apa-apa pon dengan kehadiran dia ni.Buat seketika,keadaan agak kekok antara kami berdua.Tak akan kekoklah kalau dia ni tak berdiri tercegat saja di hujung bilik sambil merenung aku.Lantas aku bersuara untuk menghilangkan rasa kekok yang semakin menggunung ni.
"Mana barang yang kau nak bagi aku tadi?"
Dia tersentak daripada lamunannya dan terus gelabah mencari seluruh bilik bungkusan yang terletak tepat di hadapan matanya.Ulang suara.TERLETAK TEPAT DI HADAPAN MATANYA.Depan mata saja kot,kau sudah kenapa,gila?Dia serahkan bungkusan tu kepada aku.
"Duduk situ diam-diam sementara aku tukar baju."
Aku belum cukup gila lagi untuk tukar baju depan dia.Jadi aku bawa bungkusan tu ke tandas.Memang dari awal cerita,tandas saja jadi fitting room aku.Sedih kan?
Selesai saja menukar baju,aku keluar dari tandas tanpa ragu-ragu.
"Wah!Comelnya!"
Aku pusingkan badan membelakanginya untuk menyorokkan muka aku yang sudah merah membahang akibat malu.Tiba-tiba ada sepasang tangan merangkul pinggang aku.Akibat terlalu terkejut,aku tak sempat berfikir untuk berbuat apa-apa.Aku rebah ke atas katil dengan dia berada di atas aku.
"Kau buat apa ni?!"
Aku tolak dia dengan kuat sebelum melarikan diri ke penjuru bilik.
"Kau yang ajak aku datang ke sini kan?"
"Memang aku ajak kau,tapi tak bermaksud kau boleh buat macam ni!"
"Aku sangka kau dah sedar yang aku sukakan kau dan kau nak balas perasaan aku sebab tu kau ajak aku ke sini."
"Aku tak pernah cakap yang aku suka kau pon!"
"Tapi,cara kau layan aku macam sebaliknya."
Memang aku tak suka kau,tetapi aku cintakan kau cuma aku tak berani nak ungkapkannya.Kenyataan tu membuatkan aku tertekan.Rambut yang telah disisir rapi,aku serabutkan kembali.
"Ni semua salah kau!"
Sebab sudah buat seorang penakut seperti aku jatuh cinta.Aku takut nak luahkan apa yang aku rasa.
"Kau nak salahkan aku pula!Aku tak fahamlah dengan kau ni!"
Suaranya yang semakin meninggi membuatkan aku tersentak.Pada masa yang sama,aku rasa takut tetapi aku cuba sembunyikan.
"K-kau yang salah."
Kelihatan dia tak berpuas hati dengan kata-kata aku.Selangkah demi selangkah dia mendekati aku sehinggalah aku tak dapat berganjak lagi akibat kehadiran dinding di belakang.Jarak kami yang semakin dekat membuatkan aku bertambah takut.
"Ok fine.Dah alang-alang aku salah,biarlah aku terus dengan cara salah aku."
Belum sempat aku nak melontar kata-kata,bibir aku telah terkunci dek ciuman daripadanya.Aku cuba untuk menolak tetapi sedikit pon dia tak berganjak.Nafas aku semakin sesak.
"Lepaskan aku!"
Aku berasa lega seketika setelah dia melepaskan ciuman.Tak sempat aku hendak melontar kata-kata cacian,dia terlebih dahulu 'melontar' badan aku ke atas katil.Badan aku ditindih.
"Lepaslah tak guna!"
Aku hampir berjaya melepaskan diri tetapi dia lebih pantas menarik lengan aku dan aku kembali rebah.Tangannya merangkul pinggang aku.Secara paksa,dia cuba melepaskan tali pinggang aku.
YOU ARE READING
(C)Pretty[NAMJIN]
Fanfiction!AMARAN! Bahasa yang agak baku di dalam. Sila perlahankan kenderaan anda dan buat pusingan-U sekiranya anda alah kepada bahasa baku.Kerjasama anda amat dihargai.Terima kasih. Sinopsis ada kat dalam.