seven

1.9K 277 14
                                    


내일 봐.
JUMPA ESOK.

🌸🌸🌸

Hari ini Jihyo tidak mempunyai apa-apa kelas ke kampus jadi dia membuat keputusan untuk membuat biskut chips untuk memenuhi harinya.

Ommanya turut membantu dan sedang kedua mereka leka membuat biskut Jihyo ditegur seseorang.

"Siapa lelaki tu?"

Jihyo memandang empunya suara dengan pandangan tanda tanya "Siapa apa?"

"Kamu ada kenal mana-mana lelaki baru-baru ni?", soal Appa.

Jihyo teragak-agak untuk mengeleng, ibu bapanya tidak boleh tahu tetang Namjoon. Omma hanya mampu melihat dari tepi.

Dengusan geram dilepaskan "Appa tanya ni, kamu ada kawan dengan lelaki ke sebelum ni?"

"Jeon Jungkook", jawab Jihyo.

"Selain dia?"

"Tak ada"

"Jangan tipu Appa! Siapa lelaki yang kamu selalu jumpa tu! Selain Jungkook"

Jihyo jadi makin terasa dengan jeritan Appanya "Ini mesti Jungkook bagitahu Appa kan?!", kini Jihyo pula tinggi suara.

"Tak kisahlah siapa bagitahu, Appa nak tahu siapa lelaki yang kamu jumpa semalam tu?"

"Dia cuma student dekat kampus tu. Kami kawan biasa, cuma bincang pasal kajian kami, its not that a big deal!"

"Jungkook kata lelaki tu hantar kamu sampai rumah"

"Jungkook? Jadi betulah Jungkook?", teka Jihyo sudah muak dengar nama Jungkook asyik disebut keluar dari tubir bibir kedua ibu bapanya "Apa yang istimewanya Jungkook berbanding orang lain? I just meet him about 3 freaking days!"

Appa kelihatan marah "Bahasa sopan sikit", tetak Appa.

"Jihyo", omma mendekat mengusap bahu Jihyo "Pergi rehat dulu"

"Appa Omma buat Hyo macam patung, patung borneka yang kena dikawal baru berfungsi and I tell you guys what, HYO BUKANNYA PATUNG!"

"SONG JI HYO! Lihat perangai kamu sekarang ni! Ni mesti kamu dah terpengaruh dengan lelaki tah apa-apa kamu jumpa tu"

"Dia ada nama!"

"Oh yeah? Tell me then!"

"Yeobeo", keluh Omma cuba untuk tenangkan suaminya.

Jihyo terdiam merenung tajam anak mata Appanya dengan mata yang berair kemerahan. Jihyo tahu, kalau Appa dah mula bertutur dalam bahasa Inggeris ketika marah.

Maknanya Appanya benar-benar dalam keadaan marah dan Jihyo tak nak pertelingkahan ini berterusan semakin teruk.

Keluhan dilepaskan Appa "Esok kamu pergi kampus dengan Jungkook. Appa dah telefon dia suruh dia ambik kamu esok pagi dan Appa warning kamu, kalau Appa dengar lagi dari Jungkook yang kamu keluar lagi dengan lelaki tu, kamu Appa grounded"

[C] Wifeless | NamjoonWhere stories live. Discover now