eleven

2.1K 282 35
                                    

-✿ Colors by Halsey.

나를 납치하다.
CULIK SAYA.

🌸🌸🌸

; Jihyo's pov.

"Apa maksud Omma 'tak layak' tu?", soal aku inginkan kepastian!

Mata Omma jelas mencari idea, apa yang dah aku terlepas sebenarnya ni?

"JAWAB OMMA!"

"Jihyo?", dapat aku dengar suara lantang Appa yang baru sahaja pulang dari kerja "Kenapa kamu tinggi suara dengan Omma kamu?", soalan Appa aku endahkan.

"Jawab Omma, Hyo perlukan jawapan! Apa maksud Omma dah tak layak?! Kenapa Omma Appa harus kongkong Hyo macam budak 7 tahun? Kenapa Omma Appa tak pernah setuju dengan semua keputusan Hyo lakukan? Kenapa Omma Appa aturkan segala kehendak kehidupan Hyo? Dan kenapa! Kenapa Omma Appa larang semua benda yang Jihyo buat? KENAPA?!", air mata aku cuba sedaya upaya untuk tahan.

"Jihyo!"

"Itu semua sebab kami sayang kamu, kamu je anak kami yang kami ada. Kamu patut bersyukur!", balas Omma.

"Semua orang pun ada mak ayah lah Omma! Mereka tak ada kongkong anak mereka macam mana Omma Appa buat dekat Hyo! Sebenarnya Hyo tak suka pun belajar dekat kampus tu! Tapi untuk Omma Appa, Hyo turutkan je"

"SONG JI HYO!", sergah Appa "JAGA BAHASA!"

"I don't care anymore. Hyo cuma nak jawapan, kenapa hidup Hyo jadi macam ni semenjak Hyo bangun dari situ?", aku perlukan jawapan bagi setiap soalan aku.

Aku tak boleh teruskan hidup kalau setiap hari aku sering dihantui oleh soalan-soalan yang tidak dapat aku selesaikan sendiri.

Hidup aku ibarat sebuah kotak hadiah, dimana kita nampak figura kotak itu tetapi kita tidak tahu apa isinya. Sama ada kebahagiaan atau bahaya.

"Bagi cincin tu"

"Ini tak ada kena mengena langsung dengan cincin ni. Omma pun tak tahu dari mana Hyo dapat cincin, jadi Omma tak ada hak nak ambil cincin ni dari jari Hyo", jawab aku kedengaran kasar.

"Cincin apa?", soal Appa kepada Omma.

Omma tertunduk "Jihyo pakai cincin tu", gumam Omma dibawah nafasnya.

Mata Appa serta merta membulat "Mana kamu dapat cincin tu?", soal Appa keras.

"Tak kisahlah dekat mana pun Hyo dapat cincin ni. Omma Appa tak boleh ambik ia daripada Hyo", aku tak akan lepaskan cincin ni sebab aku rasa aku pertahankan cincin ni untuk diri sendiri.

"SONG JI HYO JANGAN MELAWAN!", sergah Appa, aku langsung tidak berasa gentar malah aku berlari naik ke bilik.

Pekikkan nama aku jelas kedengaran ketika aku mendaki anak tangga. Aku dah tak kisah semua tu, apa yang aku nak cuma lah kebebasan.

Memanglah aku anak Omma dan Appa tapi perlu ke mereka mengongkong aku sebegini rupa? Aku dah 20-an, aku dah boleh buat keputusan sendiri.

Ini bukan kehidupan yang aku mahukan.

Ini bukan apa yang harapkan.

; end pov.

🌸🌸🌸

[C] Wifeless | NamjoonWhere stories live. Discover now