ten

2.1K 277 38
                                    


내 목소리!
SUARA SAYA!

🌸🌸🌸

Sebaik Jihyo ingin keluar dari bilik, dirinya serta merta ditolak semula masuk ke dalam bilik bersama gerangan yang menolaknya.

Tubuh Jihyo dihentamkan ke pintu selepas sudah mengunci pintu tersebut. Terkejut Jihyo dibuatnya "Jungkook! Ap-"

"Siapa lelaki semalam tu?"

"Apa awak merepek ni?!", Jihyo cuba meloloskan diri, meronta.

"Saya tak merepek Jihyo! Saya nampak awak dengan seorang lelaki dekat berandar semalam sekitar 3 pagi dan saya tak pekak lagi yang ada suara lelaki dalam bilik awak", tubuh Jihyo cuba dipegang.

"Kenapa awak kisah sangat!", dia meronta untuk dilepaskan.

"Sebab saya suka awak! Saya cintakan awak!"

Jihyo berhenti dari meronta.

Saya cintakan awak, sayang

Saya pun cintakan awak

Sekali lagi kepala Jihyo didatangi oleh suara-suara ganjil itu. Kepala digeleng laju "Urgh!"

Jungkook mula panik "Ji-Jihyo kenapa ni?", kedua pipi Jihyo diterkup.

"Lepas!", lengan Jungkook ditepis sebelum bergerak turun ke bawah.

Dia di sapa Omma dibawah "Jihyo Jungkook? Apa yang bising semacam dekat atas tadi?"

"Saya-"

"Hyo rasa pening kepala, Jungkook nak tolong Hyo tapi Hyo tolak. Sorry Jungkook, sebab jerit dekat awak tadi", Jihyo sengaja berkata begitu agar Jungkook tidak membuka mulut soal hal tadi pada Ommanya.

Lebih tepat lagi soal 'Namjoon'.

"Oh, kamu ok? Nak makan ubat?"

Jihyo mengangguk dan Omma segera ke dapur mengambil ubat pening kepala untuk Jihyo.

Manalaka diruang tamu Jungkook mula menarik lengan Jihyo "Awak dah dengar apa yang saya cakap tadi, jadi?", Jungkook perlukan jawapan.

"Ye saya dengar dan itu teramatlah mustahil untuk saya balas cintakan awak", balas Jihyo.

"Kenapa pula?", soal Jungkook berkerut dahi.

"Sebab kita baru je berjumpa Jungkook. Awak tak kenal pun diri saya lagi, begitu juga dengan saya. Berhentilah Jungkook kacau hidup saya dan saya akan anggap yang saya tak dengar apa-apa yang awak kata dekat bilik tadi"

"Sama macam lelaki tu jugakkan? Awak pun baru je jumpa dia"

"Jungkook berhenti"

"Jadi awak tak boleh bezakan saya dengan dia. Awak tak boleh bezakan cara layanan awak pada saya dengan lelaki tu. Sebab saya dengan dia sama, baru kenal awak tak sampai dua minggu", tutur Jungkook serious.

Jihyo mati kata hinggalah Omma memuncul diri membawa ubat pening kepala dan secawan air suam.

Mereka saling berpandangan mata. Sepertinya Jihyo rasa kata-kata Jungkook itu ada betulnya juga.

[C] Wifeless | NamjoonWhere stories live. Discover now