Jadikan Aku yang Terakhir 3.2

792 32 1
                                    

Dah siap kemas?
"Sudah...."
Deniz gigit bibir sambil merenung raut wajah Aisyah yang muram. Dia tak suka apabila Aisyah kata setuju tapi raut wajah nampak sangat terpaksa.
Deniz menghampiri Aisyah yang duduk di atas sofa.
"Kau cakap kau okey nak tolong aku tapi tayang muka monyok macam tu..ni yang aku mula rasa bersalah kat kau" Suara Deniz sedikit meninggi.
"Aku takut..." rengek Aisyah.
" Deniz, kau hantar la aku ke kampung tu"
Aisyah rasa tak selesa pergi ke kampung yang terletak di daerah Jerantut itu seorang diri. Bukan dia tak berdikari cuma dia tak tahu bagaimana nak menghadapi suasana asing apatah lagi dengan orang-orang yang dia tak kenal.
"Mana boleh... nanti kalau orang kat sana curiga habislah... Aku tak boleh tunjuk muka pasal kau akan ambil identiti aku" Deniz menggeleng. Dia tahu perasaan Aisyah yang takut dan tak selesa tapi dia tak boleh ikut sama.
"Tolonglah Dee... Lagipun aku tak tau kampung tu kat mana"
"Alah...susah apa, mintak aja location"
Deniz mencapai telefon pintar milik Aisyah di atas meja kopi.
"Kau nak buat apa dengan handphone aku tu?"
Deniz tak menjawab. Dia tekun menaip sesuatu menggunakan telefon itu. Aisyah terintai-intai nak tahu tapi selamba Deniz menolak mukanya.
"Kau what’s app siapa?"
"Anak kawan baba la..aku mintak dia send location kampung tu"
"Hah? Apsal guna telefon aku!"
"Habis tu? Nak guna nombor aku? Sekarang ni mamat tu perlu tahu yang kau Deniz bukan Aisyah...kau mintak location supaya senang nak drive ke sana..tang mana yang kau tak faham lagi Aisyah sayang..."
"Kalau orang tu call macam mana?" Wajah Aisyah cuak dan mula kelihatan cemas.
"Jawab ajalah...bukan kau tak reti cakap melayu"
"Tapi aku tak pandai menipu... kalau kantoi macam mana?"
Deniz mengecilkan mata. Geram pulak dia dengan perangai berbelah bahagi Aisyah. Langsung tak ada keyakinan diri... Susah betul dapat adik berjiwa suci ni!
"Aisy...kalau kau tak berani nak menipu kau iyakan aja...kau cakap emmm... ha,ah... Atau kau geleng ke..angguk ke..tak payah cakap lebih-lebih" Ajar Deniz. Dia memang pakar dalam bidang tu. Setakat nak berdrama queen, senang kacang!
"Kau cakap senanglah..." Aisyah tarik muka.
"Hadoiii... kita ni dah berbalik ke perbincangan awal ke Aisy? Kau kan dah setuju" Deniz dah mula urut dahi. Aisyah gigit bibir.
"Okeylah.... Okeylah... aku buat..."
“Buat betul-betul, jangan berubah hati lagi”
"Iyaaa...."
Aishah senyum paksa. Bukan tak mahu tolong tetapi perasaan takut masih menebal. Dia akan pergi ke satu tempat yang dia tak biasa. Dia tak kenal sesiapa dan niatnya pun menyamar sebagai orang lain. Dia cuma berharap masa berlalu dengan cepat dan dia boleh teruskan hidup seperti yang dia rancang. Demi Deniz dia terpaksa relakan penyamaran dan penipuan itu.

Jadikan Aku yang TerakhirWhere stories live. Discover now