Jadikan Aku yang Terakhir 8

764 29 8
                                    

"Tak penat ke? Baru sampai dah nak ikut abang ke ladang ni”

“Taklah... Kalau tinggal kat rumah pun bukan buat apa.. takkan nak tidur pulak waktu petang macam ni...”

Reyhan angguk sambil tersenyum. Matanya terarah ke jalan yang semakin sempit menuju ke kawasan ladang kelulut miliknya. Ladang itu baru sahaja dibuka dua tahun yang lalu di atas tanah tinggalan arwah tuk ayahnya. Tanah itu akan menjadi miliknya selepas dia bernikah. Itupun sebelum umurnya 30 tahun.

“Dah sampai?” Tanya Aisyah sebaik sahaja pacuan empat roda itu berhenti di satu kawasan lapang. Reyhan angguk. Dia keluar dari perut kenderaan. Belum sempat Aisyah buka pintu, tangan Reyhan lebih pantas bertindak membukanya dari luar.

“Terima kasih...”

Ucap Aisyah lalu keluar dari kenderaan jenis Triton itu.

“Panas sikit petang ni tapi cuaca macam ni bagus sebab musim panas kelulut mudah dapat sumber makanan dan paling cepat membiak”

Aisyah angguk. Dia sedikit mendongak apabila berbual dengan lelaki itu. Reyhan orangnya sangat tinggi dan berbadan tegap kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang hanya ketinggian 5 kaki 5 inci.

“Kalau Deniz panas.. boleh pinjam topi abang ni”

Spontan Reyhan menanggalkan topi cowboy di kepala lalu dipakaikan di kepala gadis itu. Ketawanya meledak apabila topi itu besar hingga menutupi mata Deniz. Alamak! Tak padan rupanya...

‘Abang Rey, macamana orang nak jalan tak nampaklah!”

“Sorry...” Reyhan masih ketawa.

Ditanggalkan semula topi itu. Dia lihat Deniz muncung panjang kerana tudungnya senget dan terkelepet pula hujungnya dek kerana topi besar tadi.

“Dah senget tudung orang...”

Reyhan garu kepala yang tak gatal. Manalah dia tahu orang perempuan kalau tudungnya rosak macam itu sekali reaksinya. Muncung panjang macam ikan todak!

Dia perhatikan Deniz kembali ke kereta dan membetulkan tudungnya dengan melihat cermin sisi kereta.

“Alah...tudung senget pun orangnya masih nampak cantik juga. Tak payah nampak manis sangatlah.. nanti kena hurung dengan lebah kelulut, siapa yang susah? Abang jugak...”

Usikan itu hanya dibalas dengan jelingan tapi ada senyuman di bibir si gadis. Mak oi... dia punya jeling, boleh gugur jantung!

Bunyi tayar kereta kedengaran serentak dengan munculnya sebuah perodua Kancil warna putih. Aisyah yang sudah membetulkan tudungnya memandang ke arah kereta yang berhenti di sisi Reyhan.

Muncul Sarah yang begitu bergaya dengan kebaya nyonya serta rambutnya yang panjang separas bahu.

“Abang, nak jumpa kejap.. Ada hal penting terpaksa Sarah cari kat sini” Bicara Sarah tanpa mempedulikan kewujudannya di situ.

Aisyah sekadar memerhati. Abang? Oh.. maknanya memang panggilan abang itu bukan khas untuk dia seorang saja. Dah yang aku pun perasan istimewa kenapa? Rasa termalu pula dengan diri sendiri.

“Kenapa cari saya?” Tanya Reyhan. Lelaki itu tidak membahasakan dirinya abang seperti yang digunakan ketika berbual dengannya. Entah kenapa Aisyah rasa senang hati pula.

Namun begitu dia rasa agak jengkel dengan cara Sarah memanggil Reyhan “abang”...nada memanggilnya tu manja semacam aja!

“Sarah bercakap dengan abang aja boleh?” Pinta Sarah.

Aisyah faham yang Sarah tidak mahu dia berada di situ.

“Deniz... pergilah tengok sarang kelulut di bawah pokok sana... kejap lagi abang datang. Panas ni...” Arah Reyhan.

Jadikan Aku yang TerakhirWhere stories live. Discover now