Jadikan Aku yang Terakhir 6.2

721 28 6
                                    

Balik dari kafe Iskandar, Aisyah terus masuk ke dalam rumah. Dia sempat singgah di sebuah pasar raya dan membeli beberapa makanan ringan dan minuman untuk kudapan. Segan juga kalau asyik makan percuma aja di rumah Kak Yam.

Dia pun rasa tak selesa bila memikirkan Kak Yam berpenat lelah memasak sedangkan dia tidak membantu. Walaupun dia tetamu di rumah itu dia tidak akan mengambil kesempatan atas kebaikan wanita itu.

Aisyah membuka peti ais. Dia mahu menyimpan minuman dan makanan seperti yogurt dan sedikit buah-buahan yang dibelinya. Tiba-tiba dia teringatkan pesanan Sarah semalam. Gadis itu meminta dia melabelkan makanan supaya tidak berlaku kesilapan termakan makanannya.

"Alah... tak apalah kalau dia nak makan pun. Aku halalkan aja" Bicara Aisyah sendirian.

Dia lihat di dalam peti ais itu tidaklah ada begitu banyak makanan Sarah. Hanya sekotak jus dan beberapa makanan sejuk beku. Semua makanan itu tidak berlabel. Macam mana pulak kalau aku yang termakan makanan dia?

Aisyah geleng kepala. Malas dia nak fikir lagi benda remeh seperti itu. Dia tak pernah tinggal menyewa dan tak terfikir pula serumit itu jika ada rakan serumah.

Selama ni rakan serumahnya cuma Deniz seorang saja. Aisyah tersenyum mengenangkan Deniz. Kalau difikirkan, selama serumah dengan Deniz, segala keperluan dapur dan makanan semua Deniz yang uruskan. Dia hanya tahu buka peti ais dan ambil saja makanan yang dia suka.

Selesai menyimpan makanan di dalam peti ais, Aisyah keluar dari rumah. Dia duduk di buaian yang berada di tepi rumah itu. Suasana sekeliling sunyi sepi. Dia tak nampak pula kelibat Pak Ya sejak dia balik tadi. Tak kerja ke pak cik tu hari ni?

Aisyah mula rasa bosan. Matanya terpandangkan ATV di halaman rumah Reyhan. Teringin pula dia nak tunggang kenderaan itu. Kalau bawa jalan-jalan pusing kawasan ladang sana mesti seronok!

Aisyah bangun dari buaian. Baru saja nak mengatur langkah telinganya menangkap bunyi seperti kuda meringkik. Aisyah berpaling dan terpandang sebuah binaan seperti kandang. Sekali lagi telinganya mendengar bunyi itu. Memang bunyi kuda meringkik!

Aisyah membatalkan hasrat mahu menunggang ATV. Dia mengatur langkah ke arah kandang. Sebaik masuk ke situ dia melihat seekor kuda hitam sedang makan rerumput kering sambil terangguk-angguk kepalanya.

Aisyah rasa teruja. Semasa praktikal di sebuah ladang ternakan kuda, dia pernah membantu mentornya membedah kaki kuda yang cedera. Dia juga pernah membantu seekor kuda betina melahirkan anak. Pengalaman pertama yang sangat berharga dalam hidupnya sebagai vet.

"Hai cantik..."

Aisyah rasa gembira melihat reaksi kuda itu yang tidak bertindak liar apabila disentuh. Dia tak sangka ada seekor kuda dibela oleh penghuni rumah itu. Dia harap kuda itu bukan milik Sarah!

Aisyah mengusap muka kuda itu. Tidak ada bunyi rengusan marah atau menunjukkan tanda-tanda kuda itu seekor kuda liar. Tentu tuan kuda itu mahir mengawalnya. Lihat pada ketinggian kuda itu sudah tentu daripada baka yang sangat bagus.

"Dia suka awak... biasanya dia tak suka orang datang dekat. Nak pula orang tu perempuan" Suara garau kedengaran di belakangnya.

Aisyah baru perasan Reyhan ada di situ. Lelaki itu dengan berpakaian kemeja kelabu dan berseluar jean serta bertopi cowboy sedang bersandar pada tiang kandang sambil memerhatikannya. Aduhai... handsome teruk mamat ni!

"Ya ke? Hmm... agaknya sebab apa ya kuda ni suka saya?" Tanya Aisyah tanpa memandang Reyhan.

Dia terus menggosok lembut kepala kuda hitam yang sekali sekala meringkik itu.

"Agaknya, Jaguh suka orang cantik datang usap dia macam tu" Jawab Reyhan bersama senyuman memikat di bibir.

"Ohh... Boleh tahan gatal ya kuda awak ni" Usik Aisyah.

Tiba-tiba kuda itu merengus dan menggoyangkan kepalanya ke kiri dan kanan seperti marah.

"Opss, sorry... gurau sajalah Jaguh sayang..." Aishah gigit bibir dan tersenyum comel melihat gelagat kuda itu. Dia tak perasan Reyhan turut tersenyum memerhatikannya.

"Deniz tahu tunggang kuda? Kalau tahu, abang Rey boleh keluarkan Jaguh dari kandang"

Aisyah terkesima sekejap apabila lelaki itu membahasakan dirinya abang. Kalau tengok pada rupa paras lelaki itu, dia pasti umur mereka berdua memang jauh jaraknya berbanding dia dengan Iskandar. Mungkin Reyhan lebih tua lima atau enam tahun daripadanya. Jadinya, memang kena panggil abanglah kan?

"Pernah tunggang tapi tak selalu... tak apalah, lain kali aja" Aisyah menolak.

Reyhan sekadar angguk. Bukan selalu dia pelawa orang lain tunggang Jaguh apatah lagi perempuan.

"Deniz dah ke kafe Iskandar ke?" Reyhan menukar soalan.

Sebolehnya dia mahu menarik perhatian gadis itu supaya terus berbual dengannya. Tidaklah hanya menumpukan perhatian kepada kudanya. Untunglah kau Jaguh...

"Sudah... tapi boss suruh balik. Hari Isnin depan baru mula kerja" Jawab Aisyah.

Ketika itu dia sudah berjalan keluar dari kandang. Tak manis pula kalau ada yang nampak dia berdua-duaan dengan Reyhan di situ. Sebaiknya mereka berbual di tempat yang lapang.

"Boss?" Ada tawa kedengaran.

Reyhan mengekorinya setelah menutup pintu kandang. Aisyah berjalan ke arah pondok wakaf berhampiran padang yang luas. Dia duduk di kerusi batu yang disediakan di wakaf yang diperbuat daripada kayu jati itu.

Reyhan turut duduk di hadapan Aisyah sambil menanggalkan topinya. Terserlahlah rambut hitam yang dipotong rapi. Masya-Allah... lelaki itu kelihatan sangat tampan dengan gayanya yang maskulin. Dia juga masih tercium haruman yang dipakai Reyhan. Langsung tak ada bau peluh! Mamat ni tak macam orang kerja di ladang pun? Muka elok, bau pun wangi...style dia tak payah ceritalah. Dah macam model pakaian.

" Abang Reyhan tak ke ladang ke hari ni?" Kali ini Aisyah pula bertanya.

Sesekali dia mencuri pandang wajah Reyhan. Dia sangat tertarik kepada mata lelaki itu yang berbulu lentik. Lelaki dengan mata sebegitu jarang dijumpai. Lebih kurang macam mata Zayn Malik artis antarabangsa yang sememangnya menjadi kegilaan remaja. Mitos menyatakan lelaki bermata lentik perangainya lebih nakal!

"Tak kerja... Hari ni abang dan Sarah ada mesyuarat di pejabat Andika. Biasalah... kena bentangkan laporan hasil ladang. Andika yang uruskan kewangan hasil ladang. jadi, dia perlu tahu tentang semua duit yang keluar masuk" jawab Reyhan agak panjang lebar.
"Ohh...patutlah" Aisyah angguk.

Dengar nama Sarah dia rasa lain macam pula. Patutlah wangi semacam aja Abang Rey ni, rupanya ada urusan dengan Sarah...

Agaknya dia dengan Sarah rapat ke? Macam pekerja dengan majikan? Atau... eh, banyak pula aku ni fikir!

"Apa yang patut?"

"Ahhh.. Err, maksud saya patutlah abang Rey nampak extra handsome hari ni.." Alamak, terlepas cakaplah pula!

Aisyah tersipu-sipu malu bila Reyhan ketawa kecil. Okey Aisyah, cepat cari topik lain untuk cover malu!

"Err.. esok saya balik KL" Beritahu Aisyah. Tawa Reyhan mati.

"Kenapa? Deniz tak suka tinggal kat sini? Layanan kami ada yang kurang ke? Deniz beritahu aja apa yang kurang Abang Rey akan cuba cukupkan keperluan Deniz"

"Taklah... semua okey. Saya suka tinggal kat sini cuma saya kena balik sebab nak ambil barang-barang yang tertinggal" Cepat-cepat Aisyah terangkan perkara sebenar.

Dia tak sangka pula begitu sekali reaksi Reyhan.

"Nak abang hantarkan? Jauh nak drive sorang ke sana..."

"Tak payahlah... Saya boleh drive sendiri" Aisyah geleng.

Memang taklah nak suruh dia hantarkan.

"Okeylah kalau macam tu...tapi lama ke?"

"Dalam dua tiga hari"

Reyhan angguk. Air mukanya nampak tak puas hati. Sejak Aisyah datang dia selalu curi-curi pandang gadis itu. Orangnya nampak lemah-lembut, sopan-santun walaupun agak cemerkap tetapi wajahnya sangat polos..
Patutlah abah berminat nak buat dia ni jadi menantu. Tiba-tiba dia rasa terkilan pula mengenangkan gadis itu pilihan abah untuk Iskandar.




Jadikan Aku yang TerakhirWhere stories live. Discover now