Jadikan Aku yang Terakhir 6.1

751 28 2
                                    

"Tak bawa?”

Aisyah gigit bibir. Dia dah agak mesti Iskandar akan marah. Memang dia tak akan tunjuk CV Deniz kepada Iskandar sedangkan dia bukanlah Deniz yang sebenar.

“Maaflah Encik Iskandar... CV saya tertinggal di rumah baba saya”
Itu saja jawapan yang mampu dia fikirkan. Nak menipu lebih dia memang tak pandai.

Tapi betul kata orang, sekali menipu akan jadi banyak kali... mula-mula kecil lama lama makin besar... Aisyah semakin takut memikirkan sejauh mana dia akan pergi dengan penyamaran itu.

“Dah tahu nak minta kerja buat apa tinggal?” Iskandar menjelingnya sambil bersandar pada kerusi.

“Manalah saya tahu yang Encik Iskandar nak tengok CV saya tu. Lagipun, baba saya suruh saya datang kerja dengan encik kan... Saya fikir dah tentulah saya dah dapat kerja kat kafe encik ni. Manalah saya tahu rupanya encik nak interview saya juga” Jawab Aisyah.

Iskandar merengus. Pandai juga menjawab budak ni! Muka nampak innocent aja... ingatkan jenis gelabah sangat.

Dia diam saja tapi matanya masih tajam memandang Deniz yang seawal pagi sudah datang ke kafenya itu. Gadis itu seorang yang menepati masa dan hal itu sedikit sebanyak melegakan hatinya. Dia tak sukakan pekerja yang bermasalah.

“Okey... saya boleh terima alasan awak. Kalau macam tu awak boleh terus ke dapur dan sediakan pastri yang ada dalam menu jualan hari ni. Apa-apa hal awak boleh minta tolong dengan Kak Yam.” Arah Iskandar.

Dia dapat tahu Deniz merupakan graduan dalam bidang seni kulinari. Dah tentulah dia tak perlu mengajar bagaimana tugasan di dapur.
Deniz...

Dia sebenarnya pernah mengenali seorang pelajar kulinari dengan nama itu. Dia terfikir mungkin gadis ini orang yang sama tapi ternyata dia tersilap. Deniz ini bukan junior yang pernah menarik perhatiannya ketika di kolej dulu.

“Err... Encik Iskandar, boleh tak kalau saya mulakan kerja dari bawah?”

“Dari bawah? Apa awak ingat kafe saya ni atas pokok ke?”

“Bukan tu maksud saya” Aisyah menahan tawa.

“Habis tu...” Iskandar sedikit tersenyum. Dia tak nafikan Deniz mempunyai raut wajah polos yang menawan dan tak keterlaluan kalau dia rasa lelaki mudah tertarik untuk memandangnya banyak kali.

Patutlah abangnya Reyhan pun boleh jadi tak tentu arah sejak kehadiran gadis ini.

“Maksud saya... boleh tak kalau saya mulakan dengan kerja mencuci dan membersih...macam lap lantai ke..kemas dapur...cuci tandas?”

“Hai.... kata nak jadi baker kan...takkan nak buat kerja pembantu. Nanti awak cakap saya dera awak pulak”  Iskandar rasa hairan dengan permintaan gadis itu.

“Baba saya pesan suruh encik bagi saya kerja yang asas dulu”

Aisyah menjawab penuh keyakinan. Padahal dia memang sengaja mencari alasan kerana tak mahu masuk ke dapur dan memulakan kerja-kerja membuat kek dan pastri. Dia langsung tak tahu apa-apa. Dia lebih rela cuci tandas!

“Awak ni kerja dengan saya ke dengan baba awak tu?”

Aisyah gigit bibir. Fikir lagi Aisyah alasan lain asalkan kau tak buat kerja baking tu semua! matilah nak.. kalau dia suruh aku buat kek, maunya bantat kek tu! Entah-entah baling ke dinding pun tak hancur gamaknya! Deniz, kat manalah kau dah perangkap aku ni!

“Okeylah! Awak boleh mula dengan kerja mencuci lantai dan tandas termasuk mengemas dapur” Iskandar setuju.

Elok juga sebab sebelum ni Kak Yam yang selalu buat kerja sebegitu. Setidaknya ringan juga kerja Kak Yam. Dia pun tak suka ada saingan di dapur walaupun dia teringin nak tengok kehebatan Deniz menyediakan hidangan pastri dan kek yang baru untuk diperkenalkan di kafenya itu.

“Emm...boleh tak kalau saya mula kerja Isnin minggu depan?” Aisyah mencuba nasib lagi.

Kali ni dahi Iskandar berkerut dan wajahnya yang tadi dah mula tenang kembali cemberut dan jelas tak puas hati.

“ Saya rasa awak ni banyak sangat permintaan cik Deniz. Sejujurnya, saya tak suka orang yang banyak songeh!” Iskandar berterus terang.

“Saya bukan banyak songeh encik... Saya sebenarnya  bercadang  nak balik semula ke rumah baba saya untuk ambil beberapa keperluan saya yang tertinggal..” Jawab Aisyah bersahaja.

Memang betul dia masih ada beberapa keperluan yang tertinggal dan satu hal yang dirahsiakan ialah dia perlu menghantar Deniz ke lapangan terbang kerana Deniz akan ke Izmir dua hari lagi.

“Baru sampai dah nak balik?”

“Bukan lama pun...Bolehlah Encik Iskandar” Aisyah sangat berharap.

Hari itu hari Khamis bermakna dia ada tiga hari lagi untuk memulakan kerja.

“Baik... tapi lepas ni awak jangan panggil saya Encik Iskandar lagi dah...Panggil saya boss” Arah Iskandar.

“Hmmm... Baiklah, boss...” Aisyah ukir senyum comel. Iskandar buat tak tahu saja kerana telefonnya berbunyi. Dia segera menjawab panggilan daripada abahnya.

“Hello, assalamualaikum abah... semua okey abah... macam abah suruhlah.. abah nak cakap dengan dia? Okey..”

Iskandar hulur telefon pintar kepada Deniz yang masih terkebil-kebil di hadapannya.

Dia akui gadis itu mempunyai aura yang membuatkan lelaki tidak mampu menolak permintaannya. Aneh betul kenapa dia boleh setuju saja dengan permintaan gadis itu.

“Abah saya nak  bercakap dengan awak” Beritahu Iskandar.

“Saya?” Aisyah tunjuk diri sendiri. Iskandar angguk.

“Abah saya nak cakap dengan Deniz... habis tu siapa lagi kalau bukan awak? Ada Deniz lain ke?”

Agak lambat Aisyah mengambil gajet itu dari tangan Iskandar. Dia menarik nafas panjang. Dadanya rasa sesak nak berbicara dengan lelaki di talian. Dia memulakan perbualan dengan memberi salam.

“Deniz... macam mana tinggal di sana? Anak-anak pak cik layan kamu okey ke?” Suara di hujung talian itu garau tetapi mesra.

“Alhamdulillah okey pak cik”

“Baba kamu ada call pak cik semalam... dia risau kalau kamu tak selesa dan buat hal katanya”

Ada tawa di hujung talian. Aisyah turut ketawa tapi bunyinya agak janggal dan dibuat-buat. Dia perasan Iskandar memerhatikan gelagatnya.

“Pak cik dengan baba jangan risau. Saya seronok kat sini. Encik Iskandar dan yang lain layan saya baik sangat.” Aisyah berbicara lembut. Dia perasan Iskandar senyum mendengar pujiannya. Iyalah tu baik sangat...

Anak pak cik yang kat depan ni macam singa! lainlah yang seorang lagi tu... Dia terbayangkan Reyhan.

“Kalau macam tu baguslah. Insya-Allah, ada masa nanti pak cik balik ke sana dan kita boleh jumpa... memang teringin sangat nak jumpa anak kawan baik pak cik ni...”

“Insya-Allah...”

Aisyah menamatkan perbualan dengan lelaki itu. Dia menyerahkan semula gajet kepada Iskandar. Kata-kata kawan baik baba itu tergiang-giang di cuping telinga. Teringin nak jumpa Deniz? Masalahnya aku bukan Deniz!

“Kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh balik ke rumah...”

Iskandar fikir lebih baik dia mula bekerja di dapur. Beberapa jam lagi dia perlu membuka kafe itu kepada pelanggan. Dia lihat Deniz masih termenung.

“Deniz....” Panggilnya. Entah apalah yang difikirkan gadis itu. Abah ada cakap apa sampai macam tu reaksi dia lepas berbual dengan abah?

“Deniz!!” Iskandar meninggikan suara. Terpinga-pinga gadis itu sambil membetulkan tudungnya.

“Boss panggil saya?”

“Tak! Saya panggil Kak Yam!” Sindir Iskandar.

“Oh... Boss ada apa-apa lagi arahan ke? Kalau tak ada elok saya balik rumah aja”

Iskandar tepuk dahi. Tak tahu nak gelak ke nak marah. Kan itu yang aku cakap tadi?

Jadikan Aku yang TerakhirWhere stories live. Discover now