Assalamualaikum, kisah ini adalah kisah yang pertama ingin aku ceritakan/share dengan semua pembaca/peminat cerita horror , so okay lah , selamat membaca ..
HANI POVnama aku hani .. pagi tu aku pergi kerja macam biasa tetapi perasaan aku hari tu bercampur baur, bahagia, teruja dan tak sabar rasa menunggu jam balik kerja.. maklum lah, minggu lepas mama aku dapat rumah baru.. hari ni kami sekeluarga akan pindah ke rumah baru itu .
bila sampai saja dirumah baru mama aku tu, tiba-tiba perasaan aku macam tak sedap hati, aku rasa macam ada orang perhatikan aku..yela sebab aku ni masa masih kecil/kanak-kanak dulu selalu juga nampak benda tu, tapi dia tak pernah kacau lah, so aku biar ja... aku cuba menenangkan perasaan sendiri, mungkin sebab aku belum sesuai dengan suasana di rumah baru ni..
malam tu tepat pukul 9pm, hanya aku dan mama saja yang ada dirumah.. Hari ni aku minta awal balik, sebab tak sabar nak pindah rumah baru. Abang pergi keluar berjumpa kawan-kawannya manakala adik aku pula masih berkerja dan balik pukul 10pm.. oh ya, rumah mama aku dua tingkat, tidak lah terlalu besar tetapi agak sunyi kalau bersendirian dirumah. jadi malam itu aku dan mama berada ditingkat atas, aku berada di bilik dan mama di kamar mandi.. kerana aku merasa tak sedap hati, aku terus mainkan lagu mengunakan speaker dan kuatkan volume nya sekuat mungkin.. apabila aku asyik dengar lagu tu, tiba2 telinga ku menangkap bunyi sesuatu tapi bila aku cuba dengar lagi, bunyi tu berhenti.. dan aku teruskan dengar lagu tu.. tapi bunyi tu datang lagi, lagi kuat.. bila aku dengar betul2 ,bunyi tu datang dari tingkat bawah dekat dapur .. bunyi orang sedang susun pinggan kaca dan aku pun berfikir lah sejenak dan cakap dalam hati
"ouhh mungkin jamee kacau meja makan" .. Jamee tu nama kucing aku..
tapi fikiran ku terhenti lagi bila aku ingat yang kucing aku cuma seekor dan tak pernah pun kacau barang dapur dan yang paling penting, kami tak guna pinggan,cawan,mangkuk kaca dalam rumah ni, sebab kami kan baru pindah, tak beli lagi pinggan mangkuk kaca ni.. setiap kali aku cuba dengarkan bunyi tu, dia berhenti tapi kali ni dia tak bunyi lagi sampai mama keluar dari kamar mandi..bila mama dah siap , mama pergi bilik aku.. dia tanya
"mana abang?" ..
aku pun dengan muka blur jawap
"abang kan pergi jumpa kawan" ..
dan mama cakap tadi dia dengar aku bercerita dengan seseorang, tetapi suara tu agak garau .. aku pun terdiam dan tak boleh fikir apa yang berlaku selepas ini..
Bersambung..Sorry lah part 1 ni sikit saja .. InsyaAllah kalau ada masa aku sambung..
Annie ❤
KAMU SEDANG MEMBACA
Misteri Rumah Putih
HorrorMisteri Rumah Putih mengisahkan tentang seorang perempuan muda yang bernama Hani. Dari kecil Hani boleh merasakan kehadiran makhluk halus dan selalu mendengar bisikan-bisikan aneh. Tetapi apa yang dirasakan Hani tidak pernah diendahkan oleh keluarga...