HANI POV
Malam tu aku rasa aku tak boleh tidur dengan lena.. Bila rasa nak terlelap je, mesti ada sesuatu yang menganggu, tapi aku tak pasti apa benda tu.. Nasib baiklah malam ni aku tidur dengan adik aku.. Tiba-tiba aku rasa macam malam tu seram je, nak buka lampu tapi takut nak buka sebab 'switch' lampu tu agak jauh dari tempat tidur aku ni...
Selepas berapa jam tak boleh tidur , baru aku rasa nak terlelap. Tapi ada sesuatu yang buatkan aku tak jadi tidur, sebab aku nampak ada bayangan disebalik almari baju aku tu. Bayangan tu macam bergerak-gerak. Di sebabkan aku ni mempunyai ' high curiosity' aku pun terus pandang tepat dekat bayangan tu sehingga aku nampak sesuatu yang membuatkan aku takut dan terus histeria(berteriak). Aku nampak bayangan tu melihatkan dirinya , yang membuatkan aku histeria adalah aku nampak dia pakai baju putih dan rambut panjang kusut tapi tidak nampak wajahnya. Jadi bayangan yang aku nampak tu sebenarnya adalah rambutnya.
Aku pejam mata dan terus berteriak, disebabkan teriakan aku tu adik aku terbangun dan terus buka lampu..
"Hani kau kenapa??" Tanya adik aku ika.
Dia terus keluar bilik dan mengejutkan mama dan abang aku.
Aku merasa masa tu badan aku macam dah nak terbang, macam aku rasa badan aku tu dah tak bermaya. Nasib baiklah dalam HP abang aku tu ada 'surah yasin' . Lepas beberapa menit abang aku pasang 'surah yasin' tu baru aku tenang sikit.. Aku pandang dekat bayangan tadi tu dah tak ada. Malam tu semua tidur dekat bilik aku, family aku tunggu aku tidur, baru diorang boleh tidur.Bila dah pagi kira-kira pukul 6 am , aku terbangun dan tangan aku rasa sakit semacam je. Macam aku bekas pikul benda berat. Abang aku efy perasan yang aku dah bangun.
Efy tanya " kau okay tak ni?? kau nampak apa semalam?? "
Aku pun ceritalah dekat efy apa yang terjadi semalam sambil aku urut tangan kanan aku tu.
"Semalam, masa kau tidur ,tangan kau tu asik bergerak sendiri, tangan kau 'karau' semacam.. Macam tangan orang kena rasuk.. Tiap kali tangan kau bergerak tu, ika yang pegang" kata efy memberitahu aku apa yang terjadi semalam selepas aku terlelap."Patutlah tangan aku sakit semacam je ni" aku beritahu efy aku .
Aku pun meluru keluar mencari adik dan mama aku. Mama dah siapkan sarapan untuk kami, siap sarapan aku terus bersiap untuk pergi kerja . Hari tu cuma aku saja yang kerja, abang dan adik aku ambil cuti .
"Harap-harap tak terjadi apa-apa hari ni.. Kalau hari-hari macam ni, penatlah aku kurang tidur" aku berbisik sendiri dan terus masuk kereta. Disebabkan aku tak ada lesen memandu, mama lah yang tolong hantar dan ambil aku kerja. Mama memang dah lama tak kerja.
Bersambung
Hey readers kesayanganku.. Sorry lah kalau part ni membosankan dan mungkin agak pendek juga .. 😂 ceritanya based on real story/stories . Cuma nama dan tempat terjadi tu saja yang diubah.
Harap-harap kamu semua sabar menanti next chapter okay??
Love youuuu guyss
Annie ❤
KAMU SEDANG MEMBACA
Misteri Rumah Putih
HorreurMisteri Rumah Putih mengisahkan tentang seorang perempuan muda yang bernama Hani. Dari kecil Hani boleh merasakan kehadiran makhluk halus dan selalu mendengar bisikan-bisikan aneh. Tetapi apa yang dirasakan Hani tidak pernah diendahkan oleh keluarga...