Misteri Rumah Putih Chapter 5 ( Siapa didapur??)

1.6K 64 1
                                    

HANI POV

Jam sudah menunjukkan 9.00 malam, setengah jam lagi waktu aku balik berkerja. Tapi disebabkan hari ni aku dan kawan-kawan aku ada " rehearsal" tarian untuk "annual dinner" 3 minggu lagi, jadi aku terpaksa stay .

Whatsapp

To mama from Hani:
Ma, tak payah ambil Hani balik kerja, kawan Hani tolong hantar Hani balik nanti .. Okay ma??

From mama to Hani :
Okay Hani.. Hati-hati okay?? Pesan kat kawan tu jangan pandu kereta cepat sangat ..

To mama from Hani :
Okay ma.. Tak payah risau .

********************************

"Thanks win sebab tolong hantar I" kata ku kepada rakan sekerja ku, winna.

"Hey, tak apa lah.. Macam lah rumah kita jauh sangat.. Okay lah jumpa esok" balas winna kepada ku. Memang betul pun rumah kami tak jauh .

"Okay win, jumpa esok.. Hati-hati memandu .. Bye" kataku sambil melemparkan senyuman kepadanya.

"Okay bye" balas winna sambil membalas senyuman ku dan terus berlalu.

Aku pun terus menuju kepintu rumah dan membukanya. Penat yang teramat sangat aku rasakan hari ini.

Bila aku masuk kerumah menuju keruang tamu dan dapur, sepertinya semua sudah tidur. Maklumlah, jam sudah menunjukkan 12 tengahmalam . Aku pun terus menaiki anak tangga dan menuju kebilik tidur ku.

"Ehh mana Ika ni??" Soal ku sendiri kerana aku tidak nampak kelibat Ika dalam bilik kami. Tanpa membuang masa aku pun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badan.

"Apasal pulak air ni tak boleh buka ni??" Aku cuba membuka paip air , tetapi tidak ada air yang keluar.

Tidak semena-mena air yang tidak keluar tadi tiba-tiba terbuka. Aku pun terus mandi, tapi tidak lama setelah itu air tadi tidak keluar lagi.

"Hehhh geram pulak aku dengan air ni ! Dah lah tengah pakai shampoo" runggut ku sendiri.  Tapi seperti tadi, tidak lama air itu pun keluar lagi.. Tapi kali ini tidak terjadi apa-apa lagi sehingga aku selesai mandi.

Setelah siap mengenakan pakaian tidur ku, aku terus kebilik mama, ku dapati mama tak ada dibiliknya. Tapi aku terdengar bunyi orang didapur. Aku pun teruslah pergi kedapur.

" mama , kenapa mama ada kat dapur ni?? Bila mama turun?? Tadi Hani balik mama tak ada pun kat dapur ni.." Aku terus menyoal mama, tapi mama tak memberi respon tetapi meneruskan kerja nya .

"Hmmm okay lah ma, Hani naik dulu.. Hani nak tidur" aku terus berlalu naik ketingkat atas. Tapi sebelum aku masuk kebilik ku, aku pergi bilik mama lagi. Apa yang memeranjatkan aku adalah mama, Ika dan Efy tidur dibilik yang sama, yaitu "dibilik mama". Aku pun jadi tak tentu rasa. Berdebar tu memang sudah pasti. Tadi sebelum turun aku tengok bilik ni kosong, Aku kejutkan mama aku.

"Mama , kenapa Ika dan Efy tidur sini?? " soal ku kepada mama.

"Hani dah balik. Ada lah tu, esok mama cerita okay? Hani tidur lah sini" kata mama kepada ku. Aku pun tanpa berlengah lagi terus merebahkan badan ku sebelah mama .

***********************************

Selepas beberapa jam cuba melelapkan mata, aku tetap tak boleh tidur. Kisah tadi menghantui ku.. Aku asyik teringat tentang apa yang ku lihat didapur tadi. Aku dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang semua orang tak akan percaya dengan kata-kata ku Seperti selalu .

Tidak lama selepas itu aku mula terlelap, tetapi aku terdengar bunyi sesuatu di ruang tingkat bawah. Bunyi seperti orang ramai sedang menonton bola , kadang-kadang bunyi seperti orang membaca berita. Aku betul-betul tak boleh tidur dan jam pada waktu itu menunjukkan arah 2.15am.

"Ya Allah selamatkan aku Ya Allah.. Lindungilah aku dari makhluk-makhluk jahat dan yang cuba menganggu ku" aku berdoa didalam hati dan terus membaca Al-Fatihah dan Ayat Kursi untuk pendinding diri.. Alhamdullilah selepas itu bunyi tadi pun beransur hilang dan aku pun terlelap semula.


Helloooo pembaca kesayangan Annie 💕
So macamana dengan story yang Annie dah tuliskan ?? Suka??

Annie harap kamu semua suka dengan cerita yang Annie baru update ni... Maaflah kalau cara Annie menyampaikan tidak berapa difahami.

Chapter 5 done ! Kita tunggu next chapter lagi okay??

So korang suka part mana?

Part apa yang korang rasa seram?

Kisah ni berdasarkan kisah benar yang Annie alami sendiri.

Jangan copy paste story ni ..

Thank you so much guys ! Jangan lupa vote , comment & share .

With love,
ANNIE HARIS ❤

Misteri Rumah Putih Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang