EFY POV
Lepas makan, cawan dan piring aku letak atas meja. Malas rasanya hendak mencuci . Dalam minda ku masih ingat akan kejadian semalam "betul kah apa yang dilihat hani semalam tu?" Aku berbisik sendiri dan terus menuju kesofa ruang tamu. Ruang tamu terletak tidak jauh dengan meja makan. Malas nak fikir panjang , aku cuba pejamkan mata dan tenangkan minda kerana semalam tidak cukup tidur . Baru beberapa detik aku pejamkan mata ,tidak semena-mena ada bunyi piring jatuh. Mata ku terus tertancap pada piring yang berada dilantai. Piring yang aku letak diatas meja tadi berada dilantai . Saat itu aku tidak terfikirkan hal yang aneh-aneh .
"Ehh macamana piring ni boleh jatuh, seingat aku tadi aku letak atas meja tengah-tengah, tak ada angin pun" aku berkata sendiri kebingungan sambil memutik kembali piring jatuh itu dan membawanya kesinki.
"Ehhh abang rajinnya cuci pinggan, biasa letak ja atas meja" ada suara seseorang yang aku kenali menyapa aku .
"Astagafirullah! ika ni.. Lain kali jangan lah kejutkan abang macam tu" rupanya ika berada dibelakang ku, aku pun tidak sedar bila dia tiba dan dari manakah ia datang.
"Ala abang ni, sejak bila abang terkejut macam ni?? Abang takut ke? Takut kes hani histeria semalam tu ke?? Ahahha" ika memperli aku dan cuba mengusik ku.
"Ehh mana ada lah, abang tak fikirkan pun hal semalam tu.. Entah-entah hani tu mengigau ja kut.. Dia saja yang merasa diganggu, sebenarnya mana ada" kata ku sambil cuba menyembunyikan perasaan ku.
"Hmm, dia memang dari kecil macam tu pun, jadi tak heran lah .. Adik pun tak pasti lah bang.. Tapikan bang adik ada nak bagitahu sesuatu ni"
"Apa yang adik nak bagitahu ni, cakap lah sekarang " apa yang ika cuba sampaikan pada aku ni.. Aku pun tak sabar nak dengar.
"Hmmm Efy, Ika.. Borak pasal apa tu?" Tiba-tiba ada suara dari ruang makan .. Rupanya mama dah balik.
"Tak ada apa-apa ma , kami cuma cakap pasal hal hani semalam.. Mama rasa betul ke apa yang hani nampak tu??" Balas ika kepada mama dan terus mengajukan soalan.
"Kenapa ika tanya macam tu? Ika rasa kakak kamu tu menipu ke?? Mama bukan tak percaya atau terlebih percaya dengan kakak kamu tu, cuma memang dari dia masih budak-budak lagi dah nampak benda macam tu.." Kata mama seolah-olah dia kesal dengan soalan yang diajukan ika kepadanya. Memang benar apa yang dikatakan mama, bukan tak percaya, tapi memang dia selalu nampak benda macam tu.. Tapi kali ni agak lain,sebab dia sampai berteriak dan menangis, tak pernah-pernah dia macam tu.
Ika pun membalas kata-kata mama seolah-olah dia kesal dengan apa yang baru saja disampaikannya tadi "ehh bukan adik tak percaya ma, cuma ya lah kadang adik tengok kakak tu macam selalu berangan"
"Sudahlah tu Ika.. Daripada kamu tanya soalan yang tak berfaedah ni , mama ada soalan untuk kamu.. Kamu dah cuci baju ke?? Kalau belum pergi cuci.." Mama seperti ingin ika berhenti mempertikaikan tentang hani .
Setelah mama selesai bercakap, Ika terus kebelakang dan meneruskan kerjanya tadi yang tertunda dan aku rasa Ika dah lupa apa yang hendak disampaikannya pada ku tadi.
Hey readers ku tersayang, maaf kalau ada tersalah ejaan atau perkataan yang balik-balik . Hope you enjoy reading my book ! Love you guys ! 💕
Annieharis ❤
KAMU SEDANG MEMBACA
Misteri Rumah Putih
HorrorMisteri Rumah Putih mengisahkan tentang seorang perempuan muda yang bernama Hani. Dari kecil Hani boleh merasakan kehadiran makhluk halus dan selalu mendengar bisikan-bisikan aneh. Tetapi apa yang dirasakan Hani tidak pernah diendahkan oleh keluarga...