Hari ni kami semua berada dirumah, menunggu jam untuk pergi kerumah ustad yang kami bincangkan kemarin. Kerana kami semua berada dirumah, kami pun mengambil masa untuk membersihkan rumah dan menyusun barang-barang yang belum sempat tersusun.
Tidak terasa hari sudah semakin senja, kami berjanji kerumah ustad selepas solat isyak. Alhamdullilah hari ni tiada gangguan-gangguan yang aneh, mungkin kerana kami sekeluarga berada dirumah dan semua menyibukkan diri masing-masing.
Setelah kami selesai solat isyak, kami terus kerumah ustad tersebut.Disebabkan rumahnya tidak terlalu jauh, 15min kami sudah sampai dirumahnya.
Rumahnya agak kecil, rumah tempat berubat pun kecil tetapi sejuk keraja dia memasang penghawa dingin. Setelah ustad tadi bertanya akan masalah kami sekeluarga, dia pun menyuruh aku dan ika duduk membelakanginya. Dia membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan meruqyah kami. Aku mula merasa panas dan tidak tentu rasa, tapi aku cuba menenangkan diriku. Dia mula memegang kepala ku mengunakan jari telunjuknya dan menjalankannya perlahan sehingga jarinya berada di tengah2 belakang badan ku dan berhenti disitu. Sewaktu itu aku merasa terlalu sakit, rasanya seperti dia menekan jarinya sekuat mungkin . Tidak lama setelah itu aku mula merasa muat, tapi aku tidak berani memuntahkannya. Kerana aku fikir aku terlalu banyak makan sebelum kesini.
Setelah selesai ustad tadi meruqyah kami, dia pun bertanya kepada ku apa yang aku rasakan tadi. Aku memberitahu kepadanya bahawa aku merasa sangat panas, sakit dan mual. Dia pun memberi penerangan bahawa didalam diriku ada jin yang menumpang. Yang kepanasan adalah jin itu. Manakala aku memberitahu tentang sakit waktu jarinya berada dikepala ku, dia juga menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak menekan jarinya, dia hanya meletakkan tengan lembut . Ustad tadi juga menyatakan yang merasa sakit itu bukanlah ada melainkan jin tadi. Tentang aku merasa mual itu, itu adalah kerana jin tadi ingin keluar dari tubuhku.
Setelah semuanya selesai dia jua memberitahuku penghuni dirumah itu adalah perempuan dan ingin berteman dengan ku, tapi sudah dihalang katanya. Kawasan rumah kami dulu juga bekas kubur lama yang sudah dipindahkan, kerana itu juga kemungkinan besar kami diganggu. InsyaAllah tidak akan ada gangguan lagi. Dia jua menasihatkan agar kami sekeluarga rajin solat agar jin-jin seperti ini takut . Tapu sejujurnya memang aku jarang solat, kerana setiap kali aku solat, aku merasa seperti ada yang melihat ku dan itu membuatkan aku takut.
Kami pun meminta diri pada ustad tadi dan terus pulang kerumah.
*****************************************
Sudah dua tahun kami pindah dirumah ini, Alhamdullilah dan syukur kepada Allah tidak ada gangguan lagi dirumah kami. Kami sekeluarga pun sering solat bersama, kadang setiap malam jumaat kami akan memanggil jiran2 untuk solat bersama dan mengadakan jemuan dan doa.
Jiran-jiran kami pun sudah semakin ramai, tidak seperti mula-mula kami pindah dirumah ini. Jiran-jiran baru pun semuanya baik-baik dan ramah.
Semoga hidup kami sekeluarga terus aman damai, semoga semuanya berkekalan .. Amin~ InsyaAllah..
Tentang diriku, aku masih bisa melihat kelibat-kelibat seperti dulu.. Tetapi tidak terlalu menganggu ku lagi, mungkin mereka hanya ingin lewat . Asalkan mereka tidak menganggu ku, itu sudah cukup baik.
The end
*****************************************
Alhamdullilah , cerita ni dah habis, harap semua pembaca suka dan sekiranya ada tersalah harap dimaafkan. Maklumlah Annie baru mula menulis walaupun idea sudah lama ada.
So kamu rasa story ani seram?
Kurang seram??
Part mana yang seram??
Next annie kan buat love story lagi. So jangan lupa follow Annie Haris untuk next story 😘😘
Please vote, comment (if necessary) and share to all your friends. 😘
Follow my IG : syazwani.haris
With love,
Annie haris ❤
KAMU SEDANG MEMBACA
Misteri Rumah Putih
HorrorMisteri Rumah Putih mengisahkan tentang seorang perempuan muda yang bernama Hani. Dari kecil Hani boleh merasakan kehadiran makhluk halus dan selalu mendengar bisikan-bisikan aneh. Tetapi apa yang dirasakan Hani tidak pernah diendahkan oleh keluarga...