Pagi tu kami sekeluarga breakfast diluar berdekatan dengan tempat kerja aku.
"Apa yang mama nak cakap semalam tu?" Soal ku sambil menghirup ice milo yang ku pesan tadi.
"Semalam masa kami semua tengok TV , abang dengar ada suara perempuan berteriak.. Mula-mula mama ingatkan mungkin ada jiran kita yang bergaduh.. Tapi bila mama ingatkan lagi, jiran kita tak ramai..banyak yang belum pindah.. Tapi lepas tu kami cuba tidak memikirkan suara teriakan tu, tidak semena-mena ada suara perempuan menangis macam minta tolong.. Tapi suara tu seram.. Tu lah pasal semua orang pergi masuk bilik mama" terang mama sambil aku fokus mendengarkan ceritanya.. Memang rumah ni ada sesuatu lah .
" ika , hari tu adik nak cakap sesuatukan, adik nak cakap apa?" Soal efy kepada ika yang berdiam diri dari tadi.
" hari tu adik pergi jamur bajukan.. Adik perasan macam ada orang perhatikan adik dari tingkap bilik abang tu.. Sikilas adik nampak macam perempuan .. Tapi lepas tu dah hilang dah.. Adik malas nak fikirkan, tapi macam adik rasa kita ni dalam perhatian lah" ini kali pertama aku dengar adik aku ika mengadu tentang benda-benda macam ni.. Biasa dia tak pernah nak peduli pun kalau aku beritahu.
"Kita kena jumpa ustad lah, kena tanya juga kenapa rumah kita tu macam ada orang lain yang tinggal selain kita" kata ibu dan terus menjamah makanannya.
"Okay, tapi kita tak boleh pergi hari ni.. Hari ni hani kerja dan malam nanti ada latihan, besok boleh sebab esok hani cuti" memang kalau boleh aku nak jumpa ustad tu secepat mungkin..tapi masa tidak mengizinkan.
"Kalau boleh mama nak secepat mungkin.. Tak tahanlah tinggal rumah macam tu" kata ibu sambil mencebikkan mukanya.
"Okay..esok kita pergi jumpa ustad tu..tapi mama bagitahu lah awal dekat ustad tu..nanti kita pergi sama, dia tak ada pulak"
"Nanti lepas makan mama text, sekarang ni cepat habiskan makanan kamu" kami pun meneruskan makan dan memikirkan apa yang bakal terjadi malam nanti. Semoga tidak ada apa-apa yang berlaku.
**************************************
Sesampai ku dirumah, aku terus membersihkan badan dan masuk bilik mama.. Semenjak kejadian kemarin kami semua tidur dibilik mama. Alhamdullilah tidak ada apa yang berlaku. Aku pun cuba melelapkan mama ku tapi malangnya seperti semalam juga, aku tidak dapat melelapkan mata ku sedangkan yang lain sudah tidur lena.
Jam menunjukkan pukul 1:15am , mata ku mulai layu.. Baru aku terlena , tiba-tiba badan ku kaku tidak dapat bergerak, Dan aku terkaku melihat seorang perempuan serba hitam , berwajah hitam dan bermata besar berada disebelahku.. Mulut ku terkunci tidak dapat berkata apa-apa. Aku cuba membaca surah-surah yang terlintas diminda ku dan Alhamdullilah perempuan itu menghilang dan aku pun mampu bergerak.. Tapi kejadian itu berlaku lagi ketika aku baru terlelap dan apa yang mengejutkan aku perempuan itu terapung di hadapan ku dan memandang tepat kemataku.. Sekali lagi aku tidak mampu berbuat apa-apa dan ketika aku cuba melawan daripada terus kaku, aku dapat bergerak lagi dan dia hilang lagi.. Kejadian ini berulang-ulang dan yang terakhir, aku berbungkus didalam selimut kerana terlalu takut, tetapi apa yang memeranjatkan aku, perempuan tadi juga berada dalam selimut ku.. Kali ini aku benar-benar sudah lelah, aku terus berteriak sehingga membangunkan mama dan ika. Mama terus bangunkan efy dan menyuruhnya memasang surah-surah yang ada didalam HP efy.
"Hani bawa beristighfar, bawa membaca" kata mama menenangkan ku sambil mengosok belakang badan ku.
Aku memberitahu mereka apa yang ku lihat dan apa yang ku rasakan. Mereka semua hanya memandangku dan mengarahkan aku untuk tidur dahulu.. Aku pun menurut kata mereka dan cuba menenangkan fikiranku.
Heii readers kesayangku ! Sorry sebab annie lambat update.. Harap-harap semua sabar menunggu, okay?
So , kamu rasa story ni seram?
Part mana yang seram?
Don't forget to VOTE, SHARE AND COMMENT kalau perlu..
I hope you enjoy reading my story ;)
With Love,
Annie Haris ❤
KAMU SEDANG MEMBACA
Misteri Rumah Putih
TerrorMisteri Rumah Putih mengisahkan tentang seorang perempuan muda yang bernama Hani. Dari kecil Hani boleh merasakan kehadiran makhluk halus dan selalu mendengar bisikan-bisikan aneh. Tetapi apa yang dirasakan Hani tidak pernah diendahkan oleh keluarga...