The Reason WHY
PART 1 : Be Strong !
Kelihatan sebuah kereta jenis Honda memasuki pintu gate resort. Kereta tersebut terus bergerak menuju ke kawasan parking kereta. Apabila kereta itu sudah berhenti pintu kereta bahagian driver terbuka. Keluar seorang gadis berambut panjang. Tanpa melihat kiri kanan dia melangkah menuju ke arah pantai. Sesampai di pantai dia ternampak sebatang kayu terdampar di tepi lantas berjalan menuju ke arah kayu itu. Kemudian perlahan lahan dia duduk.
Adakah ini pengakhirannya? Gadis berbaju putih itu kedengaran melepaskan keluhan yang agak kuat. Air muka dia jelas menunjukkan dia sedang menanggung beban yang sangat berat. Gadis itu membuang pandangan ke arah lautan kemudian dia berdiri. Berjalan beberapa langkah menuju ke pantai. Dalam 5meter lagi kakinya akan menginjak air laut. Lama dia termenung. Matanya tertuju ke arah laut namun fikirannya jauh melayang ke belakang. Dia meraup wajah polosnya beberapa kali. Saat dia mengenggam jari jemarinya, dia mendongak langit.
" Apa yang patut saya lakukan sekarang mamy? Saya tidak sekuat yang mamy cakap dulu. Kenapa harus sekarang hal ini terjadi.. Kenapa?! Ini tidak adil.. Betul betul tidak adil.. !! " jerit gadis itu.
Perlahan lahan air matanya menitis ke pipi. Semakin lama makin laju air mata dia mengalir. Esak tangisnya juga kini kedengaran.
" Mamy... saya rinduuu betul mami sekarang..Bawa saya bah.. Kenapa mamy kasi tinggal saya.. Tiada orang percaya saya mamy. Semua menunding jari terhadap saya. Sakittt betul saya rasa sekarang. Sakitttt...... " dia terus terusan menangis. Sambil memukul mukul dada.
" kenapa??.. Mamyyy !! " jerit dia lagi. Hati dan jiwanya betul betul terlalu penat. Dugaan demi dugaan yang dihadapi. Semuanya masalah yang terjadiq pada mulanya biasa biasa saja tetapi diperbesarkan oleh orang yang selama ini dia anggap menyayangi dirinya.
Tiba tiba pandangannya berubah menjadi gelap. Gadis itu rebah tidak sedarkan diri.
Dari jauh kelihatan seorang lelaki berlari pantas ke arah gadis tadi. Apabila dia sampai, tanpa membuang masa dia mengangkat tubuh gadis itu dan berjalan pantas ke arah hotel penginapan resort. Pekerja pekerja yang ada di ruang legar ketika itu tergesa gesa berlari ke arah lelaki tadi. Sampai sampai saja terus tu lelaki tingu durang semua.
" All of you follow me now ! " bilang dia sama tu pekerja sambil jalan terus ke arah lift. Tu tiga orang pekerja, dua lelaki sama seorang perempuan kelam kabut ikut dia di belakang.
Ngam ngam terbuka pintu lift masa durang sampai. Tapi sebelum durang semua masuk di dalam sempat lagi tu kusai panggil sorang pekerja lelaki
" Youu.. Boy ! " panggil dia. Bingung bingung tu pekerja yang duduk di meja bahagian pertanyaan. Dia tingu tempat durang. Tingu kiri kanan lagi. Terus dia tunjuk muka dia sendiri.
" yess ! You. Come here. " kusai
Terus tu pekerja lari pigi dekat durang.
" Tolong saya call Dr. Ferdinand. Suruh dia datang sini as soon as possible. Now ! " kusai
" Okey.. Okey.. " pekerja
kuhh semua dia arah arah bah. Gaya dia macam terlalu risaukan bini yang sedang sakit. Belum pernah lagi dia berkelakuan seperti ini. Asal datang muka serius. Paling sandi sangat susah mau tengok dia senyum. Mahal betul senyuman dia. Ada gigi amas kali dia mau kasi tapuk aaa.. Kalau senyum pun susah mau tingu apalagi mau ti gu dia ketawa. Aduii.. Berjatuhan la duit dia udara kalau nampak dia ketawa. Memang serius tahap dewa.
Lepas tu durang semua masuk dalam lift. Itu pekerja diam saja. Berbalas pandangan durang sesama sendiri. Sambil angkat bahu tanda tidak tahu apa apa. Bingung kan tiba tiba kana suru ikut. Tiada yang berani bersuara untuk bertanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Oleh kerana arahan dari kusai tadi maka mau tidak mau terpaksalah durang bertiga ikut saja. Tidak ikut kana teriak lagi free free oh. Matai.
YOU ARE READING
The Reason WHY
Romance" Kau memang hebat.. Tapi jangan lupa, saya 10kali ganda lebih hebat dari kau.. !! " Imaginasi terkadang di luar kawalan but i like it ! Bahasa adalah sabahan slang.. english pacah seribu tp antam jak. ? Strictly di ingatkan cerita ni tiada kaitan s...