BAB 1

1.7K 35 8
                                    

RAW  version.

Face mist disembur pada wajah setelah selesai menyudahkan solekan. Ini bertujuan untuk melembapkan kulit selain mengurangkan alahan pada kulit memandangkan setiap hari dia mengenakan solekan.

Seperti hari-hari sebelum ini, solekan nipis akan menjadi pilihan Kaisara untuk ke temu duga.

Nur Kaisara bangun, meneliti pakaian yang membaluti tubuhnya dengan memusingkan badan di hadapan cermin. Baju kemeja biru muda dan seluar slack berwarna putih menjadi pilihan. Rambut disanggul kemas.

Perut ditepuk. Bibir berwarna merah terang persis yang selalu dipakai Taylor Swift, mengukir senyuman lebar.

Wajahnya yang putih, pakai lipstik berwarna apa pun tidak menjadi masalah. Jadi hari ini dia memilih warna merah. Nampak berani dan mengancam sedikit.

"Nur Kaisara. Tak pernah tak cantik... kurus pulak tu. Kenapalah kau perfect sangat?" puji Kaisara sambil ketawa sendiri.

Rutin harian. Puji diri sendiri adalah benda paling wajib dia buat. Secara tidak langsung itu menaikkan semangat dan keyakinannya. Orang lain belum tentu akan memuji dan hanya tahu mengeji.

Love yourself.

Kata-kata yang sering dia sebut dalam hati.

Kaisara menyembur minyak wangi Gucci Flora. Terpejam matanya saat aroma menerjah deria baunya.

Kemudian dia melangkah ke katil, memeriksa barang-barang yang berada di dalam beg tangan terlebih dahulu sebelum fail yang berada di sisi beg di capai dan dibelek buat kesekian kalinya.

Dia perlu pastikan semuanya berada dalam susunan yang betul dan sempurna. Sedikit kesilapan boleh mencacatkan sesi temu duganya.

This is it!

Dia akan pastikan yang dia akan bekerja firma arkitek itu. Satu tumbukan menghala ke udara.

Kad nama yang turut ada di atas katil dicapai. Disebabkan kad nama nilah dia akan interview hari ni.

Tersengih Kaisara dibuatnya.

Ingatannya kembali pada beberapa hari lepas. Macam mana kad nama ni boleh ada di tangannya.
***
Air disedut. Kaisara meneliti fail di tangannya sebelum nafas dihela perlahan. Dia baru saja selesai temu duga di salah sebuah syarikat.

Candidate banyak sangat dekat syarikat tu. Macam tipis je peluang aku. Fail dibaling kasar di atas meja. Kaisara menongkat kepala dan mengeluh hampa.

Memang dia sudah bekerja, namun hanya sebagai pembantu pegawai takbir dan gaji memang tidak cukup.

Dia lebih layak untuk mendapat jawapan yang lebih tinggi dari itu memandangkan dia mempunyai ijazah.

Perbelanjaan bulanannya memang banyak dihabiskan pada alat solek dan untuk penampilan diri. Baju, kasut dan handbag tiap-tiap bulan memang wajib dia akan beli. Memang dia jenis shopaholic! Susah betul nak buang tabiat yang satu tu.

Terpaksa dia mengikat perut dan menggunakan wang simpanan. ASB pantang ada bonus, memang dia akan keluarkan duit.

Tak cukup dengan itu, dia telah lakukan semuanya hanya untuk memiliki kereta idaman. Kadang-kadang terbit juga rasa risau kalau-kalau apa yang dia buat masa tu akan memudaratkan dirinya.

Tapi, sampai bila dia berkeadaan begitu? Jika berterusan macam ni, mesti wang simpanannya yang tak banyak mana tu akan habis.

Kaisara rasa tindakannya tepat. Dia perlu berusaha untuk menambah baik dirinya sendiri. Dia cuba mencari kerja di tempat lain yang gajinya lebih tinggi dari apa yang dia dapat sekarang ni.
Jika bukan dia, siapa lagi? Jadi dia perlu mengambil inisiatif untuk mencari kerja di tempat lain.

HEARTLESSWhere stories live. Discover now