BAB 3

1.3K 29 0
                                    

SURAT di tangan dipandang silih berganti dengan pintu bilik Encik Fauzan. Kaisara menarik dalam nafasnya sebelum mengetuk pintu. Mendengar saja perkataan masuk, dia memulas tombol pintu perlahan. Segaris senyuman dihadiahkan pada lelaki itu.

"Bos, free tak sekarang? Sebab saya ada perkara penting nak cakap dengan bos."

Angguk. "Duduklah dulu."

Encik Fauzan mengekori kelibat Kaisara dengan anak mata sehingga wanita itu duduk di hadapannya. "Ada apa ni, Kaisara? Macam penting aje."

Kaisara berdeham beberapa kali lantas dia menyerahkan surat pada lelaki itu.

Sebaik saja surat bertukar tangan, Encik Fauzan terus mengeluarkannya dari sampul dan membacanya. Serta-merta dahinya berkerut. Dia memandang wajah Kaisara sekilas sebelum pandangan kembali pada isi surat.

"Kenapa tiba-tiba aje awak nak berhenti ni? Something wrong? Awak ada masalah apa-apa ke?"

"Takdelah bos, saya takde masalah apa-apa pun. Saya dah jumpa HR dan maklumkan pasal ni. Jadi saya rasa, saya perlu jumpa bos jugak. Sebab saya kerja bawah bos kan? Saya tak nak bos dengar dari orang lain."

Kaisara memang suka bekerja di bawah Encik Fauzan kerana lelaki ini tegas dengan kerja dan baik disamping menjaga kebajikan pekerja. Misalnya, selalu lepak dengan pekerja dan belanja makan.

Namun jarang mengambil port jika pekerja lain bergosip malah selalu melarang. Dia tau. Sudah hampir dua tahun lebih dia bekerja di sini.

"Awak dah tak suka kerja sini ke?"

"Saya suka kerja di sini. Banyak pengalaman yang saya dah dapat dengan kerja di sini. Terima kasih pada bos sebab dah bagi saya peluang dan banyak ajar saya. Cuma saya rasa, saya nak cari pengalaman baru. Enviroment baru."

Encik Fauzan angguk tanda mengerti maksud Kaisara.

"Awak pekerja yang bagus. Rasa sayang nak lepaskan awak. Tapi saya tak ada hak untung halang awak. Jadi awak dah selesaikan dengan HR?"

"Saya baru hantar notis. Mungkin saya kena bayar sebulan gaji saya sebab saya berhenti mengejut macam ni."

Kaisara sudah tidak kisah tentang semua itu. Yang pasti dia akan berhenti juga walau apa pun yang jadi. Dia sudah dapat peluang lain!

"Awak dah ada tempat kerja baru ke?"

"Mungkin adalah rezeki saya nanti." Itu saja jawapan yang keluar dari mulut Kaisara. Mana mungkin dia akan beritahu perkara sebenar. Biarlah hanya dia sorang saja yang tau.

"Okey, Kaisara. Good luck!"

"Terima kasih bos." Kaisara bangun dan terus keluar dari bilik. Usai menutup pintu, dia menarik nafas lega dan mengurut dada.

Selesai. Ini saja perkara yang dia risaukan. Mujur Encik Fauzan menerima keputusannya dengan baik. Dalam ofis ni selain Danish, bosnya saja yang boleh dikatakan baik. Yang lain asyik mengutuknya saja dari belakang.

Kaisara melangkah ke pantry. Dia mahu membasahkan tekak dengan air. Namun saat mendengar suara beberapa orang sedang berbual di dalam, langkah Kaisara mati. Dia mula memasang telinga.

"Aku dengar yang Kaisara nak berhenti! Orang dekat HR bagitau aku."

"Baguslah. Tenang sikit hati aku ni. Tak payah nak tengok muka kerek dia."

Kaisara genggam tangan. Dia kenal benar dengan suara itu. Rita dan Julia!

"Dengan berlagak... acah bagus. Eh, dengar cerita dia pinjam duit tau nak beli Honda Jazz tu, betul ke? Dia pinjam duit siapa agaknya ye?"

HEARTLESSWhere stories live. Discover now