BAB 7

1K 23 1
                                    

Maaf kalau ada typo. Ni versi RAW. <3 

*******

Entah mimpi apa Si Nidham tu bagi dia balik awal hari ni. Buang tabiat agaknya. Terkejut juga dia tadi tapi dia malas nak tanya lebih-lebih sebaliknya dia terus keluar dari pejabat neraka itu! Sepanjang hari dia tercongok saja di dalam ofis Nidham seperti tunggul kayu.

Lelaki itu tak keluar langsung dari ofis melainkan untuk menunaikan solat. Kaisara jadi sedikit segan apabila Nidham memandangnya sebelum keluar. Tetapi lelaki itu tidak bertanya dengan lebih lanjut. Memang dia sedang 'bercuti' sekarang ini. Ah, mesti Nidham dah mula menilai dia.

Makan tengah hari pun dalam bilik. McDonald menjadi menu tengah hari mereka. Kaisara hanya memesan bubur ayam saja. Lelaki itu memilih set burger. Seperti biasa, Nidham akan memotong gajinya.

Apa yang buat Kaisara jadi geram sangat, bila dia nak keluar cari makanan sendiri, Nidham tidak bagi!

Selain Mr. Devil dan Mr. Banyak Syarat, Nidham sudah mempunyai nickname baru, Mr. Potong Gaji dan Mr. Kuat Makan!

Baru dua hari bekerja sudah macam-macam dia menggelar Nidham. Kalau sebulan, tak mustahil lelaki itu bakal mendapat lebih dari tiga puluh gelaran.

Dia tidak faham kenapa Nidham seakan sengaja menayang makanan berlemak macam tu depan mata dia. Ingat aku teringin? Helo... dah hampir enam bulan aku tidak makan fast food. Aku perlu jaga badan.

Jadi, oleh sebab Kaisara balik awal, dia ke pusat membeli belah. Dia perlukan terapi dan terapinya cuma satu. Shopping! Bau kedai butik pun sudah mampu buat dia tenang.

Lega sikit rasa gundahnya bila pandang baju-baju dan beg tangan tersusun cantik. Beberapa helai baju kemeja dan skirt menjadi pilihan. Selesai membeli dia hanya berjalan tanpa hala tuju sambil beberapa buat restoran berdekatan. Lapar sebenarnya tapi dia perlu pilih makanan yang yang rendah kalori. Salad misalnya.

"Sakan shopping?"

Suara itu membantutkan langkahnya. Kaisara menggigit bibir. Dia kenal sangat dengan suara itu. Tolong, jangan musnahkan moodnya yang baru nak okey ini. Kenapa dia kena jumpa dengan manusia itu pada waktu-waktu macam ni?!

Sebaik saja berpaling, wajah sinis Julia ditatap. Kaisara tidak boleh mengalah. Dia mempamerkan senyuman lebar.

"Mestilah, dapat kerja di tempat yang best, mestilah kena reward diri, kan?"

"Aww. Tapi kenapa ye, semalam I nampak you, drive kereta yang buruk? Kemik sana sini. Calar. Warna pintu pun tak sama. Dan ada lelaki duduk di belakang. Eww, you kerja apa sebenarnya?" Julia melangkah mendekati Kaisara yang sudah tergamam. Seronok melihat riak wajah wanita itu. Sedikit sebanyak dia yakin apa yang dikata tepat sama sekali.

"You salah orang, mungkin..."

"No no. Mata I tak rabun lagi. I kenal yang tu you. Tapi I tak nampak you bawak siapa. Well, siapa lelaki tu? Sugar daddy? Tapi," Julia memetik jari berkali-kali. "Kalau sugar daddy takkanlah naik kereta macam tu, kan? Takde class langsung."

Genggaman pada tali beg menjadi kuat.

Benci! Dia tak suka cara Julia pandang dia sekarang. Macam dia ni hina sangat. Tak lama selepas itu muncul seseorang yang buat Kaisara menjadi kaget. Matanya membulat. Hampir-hampir saja dia terlepas tali beg kertas yang dipegang. Lelaki itu juga kelihatan terkejut memandangnya.

"Hai sayang," Julia memandang ke arah Danish dan lengan lelaki itu dipeluk sebelum wanita itu kembali memandang Kaisara dengan pandangan sinis.

"I pergi dulu. Kita orang tengah dating," hanya Julia saja bersuara, Danish kekal diam. Sengaja Julia melambai pada Kaisara sebelum mereka berdua melangkah.

HEARTLESSWhere stories live. Discover now