BAB 2

1.9K 47 6
                                    

Oleh sebab Kaisara berjaya untuk mendapat kerja di syarikat itu, dia harus menghadiahkan dirinya sesuatu. Reward diri!

Dapat menjadi setiausaha kepada bos yang baik dan kacak. Bukankah itu akan menjadi idaman manusia sepertinya? Dia akan beli dress baru untuk menjaga penampilannya. Khas untuk hari pertamanya nanti.

Sudah beberapa buah butik pakaian dia jejak namun tiada satu pun yang berkenan di hati. Design baju di dalam butik itu semuanya sama seperti apa yang sudah ada di dalam almarinya. Dia perlu mencari sesuatu yang baru. Fresh. Berapa belanjanya dia tak peduli.

Sedang dia asyik berjalan untuk ke butik seterusnya, dia tersempak dengan seseorang. Rakan sekerjanya.

Jam dikerling. Ah, patutlah... sekarang waktu rehat rupanya. Apa yang dia harus 'goreng' pada lelaki itu nanti?

"Hai, Sara."

Kaisara hanya melambai tangan pada Danish. Bibir tersenyum manis.

"Bukan awak MC ke? Saya ingat awak demam. Sekarang dah okey ke?" Danish menyoal prihatin. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

Sebenarnya sudah lama dia menyimpan rasa pada Kaisara, namun dia hanya pendamkan saja. Dia tahu yang taste Kaisara sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan dia. Lagipun sudah beberapa kali Kaisara menyebut hanya dialah yang sanggup berkawan dengannya.

Jadi, Danish mengerti sendiri yang dia baru saja kena... friendzone. Dia harus move on dan mencari orang lain.

"Saya demam sikit aje tadi tapi sekarang dah okey, sebab tu saya keluar. Sakit ni bukan boleh dilayan sangat, nanti mengada, kan?"

Danish mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Kaisara. "Awak dah makan?"

Geleng. Mereka mula melangkah. Berjalan tanpa hala tuju.

"Awak buat apa di sini?"

"Awak ni macam tak kenal pulak saya macam mana? Bagi saya, shopping tu umpama ubat. Terapi diri..." balas Kaisara sambil tersengih. "Saya kalau demam-demam pun dapat baju or handbag baru, terus kebah demam tu tau."

Tawa mereka bersatu.

Dalam banyak-banyak rakan di pejabat, Danish saja yang rapat dengannya. Yang lain semua bukan suka sangat dengan dia. Walaupun tidak secara berhadapan tapi dia tau mereka semua akan mengutuknya di belakang. Tapi dia tidak peduli dan hanya berpegang pada satu ayat.

The only reason people talk behind your back is because you're already ahead of them!

Cuma ada seorang wanita di dalam ofisnya yang paling... paling dan paling dia benci. Lepas ni, bolehlah dia berlagak pada Julia, her rival.

Syukur dia tidak perlu melihat wajah Si Julia itu lagi. Kalau dah Julia tu dia tak suka, pasu depan rumah Julia jugak dia tak suka! Kereta Julia pun dah berapa kali dia tendang bila dia geram dengan wanita tu.

"Nak shopping tu boleh, tapi awak kena jaga kesihatan dan makan jugak. Jom, saya belanja... nak?"

Laju saja Kaisara mengangguk. Makan percuma, siapa tak nak? Diet yang on pun boleh off. Tapi nasi tetap dia tidak akan sentuh.

Danish hanya mengikut saja pilihan Kaisara yang hanya mahu makan ke restoran barat. Dia tidak kisah asalkan dapat makan berdua-duaan bersama wanita itu.

Usai memesan makanan, Kaisara memandang Danish... sedikit sedih sebenarnya bila terpaksa berpisah dengan lelaki itu namun dia lebih pentingkan pangkat dan gaji yang tinggi.

Dalam dunia ni, dia kena kisah soal diri sendiri dulu kemudian baru fikirkan yang lain. Apa-apa pun, dia rasa dia patut bagitau lelaki itu terlebih dahulu.

HEARTLESSWhere stories live. Discover now