BAB 12

1.1K 22 6
                                    

            

*****

Tidak seperti hari-hari sebelum ini, Kaisara tiba di pejabat dengan sedikit rasa teruja walaupun separuh lagi, dia gementar mengenangkan kata-kata Nidham semalam.

Ya, dia rasa dia sudah angau. Kalau tak, masakan dia tidur semalaman sambil memeluk kot Nidham? Parah. Makin banyaklah kesan air liur basi pada baju itu. Kalau Nidham tahu, habislah dia!

Pagi ini dia hanya bersolek nipis. Lipstik berwarna nude menjadi pilihan.

Usai berada di depan pintu bilik Nidham, dia menoleh memandang Dhuha. Tanpa berlengah langkahnya terarah di situ. Dia ingin bertanya tapi kelihatan teragak-agak. Kaisara hanya bermain-main dengan jarinya.

Dhuha yang menyedari Kaisara memandangnya mendengus perlahan. Dia tidak berniat untuk mulakan bicara, jadi dia hanya diam dan berpura-pura menumpukan perhatian pada kerja.

Tapi, Kaisara masih tercegat di situ. Entah apa yang wanita itu fikirkan sampai berkerut habis wajahnya. Tak pernah lagi Kaisara menayangkan wajah sebegitu sejak menjejakkan kaki ke syarikat ni. Akhirnya Dhuha mengalah.

"Nid ada kat dalam, kenapa tak masuk?"

"Errr, dah lama ke dia sampai?"

Kali ini kening Dhuha pula bertaut. Tetapi soalan Kaisara tetap dijawab dengan anggukan.

"Okey, terima kasih."

Terkebil-kebil Dhuha memandang wanita itu. Betul ke apa yang dia dengar? Kaisara baru saja ucap terima kasih padanya? Kaisara yang kerek, berlagak, acah bagus dan selalu dia nak hadiahkan kaki itu? Kelibat Kaisara dipandangan dengan riak wajah tidak percaya. Kaisara ni demam ke?

Kaisara menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengetuk pintu. Mendengar suara Nidham dia mula berdebar-debar.

Kepala mula terbayang kejadian semalam. Membahang wajahnya. Usai masuk ke dalam bilik dia terus duduk di tempat biasa. Sesekali dia mengerling memandang Nidham.

Lelaki itu langsung tidak menoleh memandangnya malah kusyuk dengan kerja. Kaisara sudah tidak peduli. Lebih bagus Nidham jadi macam tu dari Nidham memandangnya dan menyoal bukan-bukan. Atau lebih teruk lagi lelaki itu berperangai lagi seperti semalam.

Memikirkan kemungkinan itu, Kaisara menggeleng kepalanya berkali-kali. Ngeri.

Namun belum sempat dia menarik nafas lega, Nidham bersuara.

"Are you okey?"

Terenjut bahu Kaisara. "Apa maksud awak tanya macam tu?!" laju saja Kaisara menyoal.

"Awak kan pitam hari tu. Jadi dah okey ke belum?"

"Dah okey dah," jawab Kaisara dengan nada kembali perlahan. Langsung tidak memandang wajah Nidham. Dia segan.

"Jadi, mana baju saya?"

Air liur ditelan berat. Nidham buat suara berbisik macam tu lagi!

Kali ini Kaisara menjeling memandang Nidham. Lelaki itu sedang merenungnya bersama senyuman nipis.

Lekas-lekas Kaisara melarikan pandangan. Alasan yang dikarang sebelum ini bagaikan berterabur. Susah betul untuk dia meluahkan.

"Ba... baju awak saya hantar dobi... minggu depan saya bagi."

"Kenapa minggu depan? Esok kan boleh bagi. Hantar dobi tak selama tu saya rasa, kan?"

Esok? Terbeliak biji mata Kaisara. Kali ini dia tidak menjeling lagi malah dia membalas renungan Nidham.

"Esok kan sabtu!"

"Yes, I know. Bagi esok.  Saya nak esok. I don't care."

"Tapi..."

HEARTLESSWhere stories live. Discover now