Bab 6: Kekejaman

337 38 0
                                    

"Kenapa kecoh sangat ni?" Rayna kehairanan melihat ramai orang mula berkumpul berhampiran podium.

"Kau tak tahu? Hari ni hari Biram". Jawab Li. Dia turut melemparkan pandangan ke arah podium yang betul-betul berada di tengah pekan.

"Biram?" Dahi Rayna berkerut.

"Ya, orang-orang yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman sebatan dan dipenjarakan untuk satu jangka masa atau mungkin lebih teruk dari tu". Terang Li.

Dua orang berseragam datang mengiring seorang lelaki yang kedua tangannya telah diikat. Bajunya lusuh dah penuh dengan darah. Mukanya pula habis bengkak dan membiru. Keadaannya sangat teruk sehingga dua orang berseragam itu terpaksa mengheretnya.

"Depan orang?" Rayna bersimpati.

"Sebagai pengajaran untuk tidak bertindak bertentangan dengan kerajaan".

"Lepaskan aku!" Teriak lelaki berbaju lusuh itu. Dia meronta-ronta namun dua orang yang mengiringinya itu memegangnya dengan kemas sekali.

"Diam! Kau ditangkap mencuri makanan di gudang. Kau berhak dihukum!"

"Kalau bukan aku yang tanam semua tanaman tu, kau orang dah lama mati kebuluran! Lagipun, makanan itu semua hak aku! Kau rampas dari aku semuanya! Kau yang patut mati!" Lelaki itu terus melawan.

"Apa semua ni?" Tanya Rayna kehairanan.

"Selalunya... tak, memang setiap hukuman bagai perahu karam sebelah". Jelas Li.

"Dengan ini, hukuman akan dijalankan! Kedua tangannya akan dipotong! Supaya dia tidak boleh mencuri lagi. Lidahnya akan dikerat! Supaya dia tidak boleh lagi berkata-kata semahunya!" Petugas Diraja itu mengangkat tinggi pedangnya.

"Dia patut diselamatkan. Kenapa tak ada orang melawan? Sudah jelas sekali itu satu penyeksaan yang kejam!" Rayna menyelitkan dirinya di celah-celah orang ramai untuk ke depan.

Li menahan Rayna daripada pergi lebih dekat. "Rayna, nampaknya masih banyak yang kau tak tahu".

"Oh tidak..."

Dua tangan jatuh bergolek ke tanah. Darah pekat memancut keluar menyirami bumi. Teriakan dan gelutan tidak dihiraukan. Mulutnya dibuka luas, lidahnya dicungkil keluar. Kemudian, lidah itu dicampak ke dalam api yang marak.

Dia berhenti bergerak. Kesakitan yang teramat perit itu merupakan satu penderitaan yang tidak terhingga. Tangannya yang dipotong dijulang tinggi. Amaran keras diberi untuk menggerunkan rakyat.

"Rayna, kita patut pergi sekarang".

"Tak, aku nak rawat dia!"

"Jangan, Rayna! Kalau mereka tahu, kau akan dihukum bunuh!"

"Aku takkan biarkan dia dihina macam binatang!"

"Rayna!" Tegas Fin bersuara.

"Bertenang. Emosi sedang mengawal kau sekarang. Kau tak boleh bertindak melulu". Sambungnya.

"Pengawal tengah lihat arah ni. Kita kena pergi".

Mereka segera melarikan diri menelusuri lorong-lorong kecil. Namun, pengawal dapat mengesan mereka dan terus mengekori.

"K-kenapa mereka kejar kita?" Rayna mengilas ke belakang. Dia menarik hudnya ke depan untuk menutup muka.

"Gila! Apa agaknya mereka mahu?"

"Ikut sini!" Luca mengetuai jalan. Mereka terus berlari di antara dinding-dinding batu itu.

"Mereka dah tak ada".

"Aku rasa baik kau tak pergi mana-mana buat masa ni". Cadang Li.

"Khabar angin tu mesti dah sampai pengetahuan mereka". Muka Fin serius memandang Rayna.

"Mana kau tahu?"

"Apa?"

"Khabar angin tentang aku. Siapa yang beritahu kau?"

"Aku terdengar orang-orang sini berbual. Tentang gadis kecil berhud merah yang beri ubat pada permaisuri. Siapa lagi kalau bukan kau?"

><><><><><><

"Aku pulang dahulu".

"Bila keadaan dah reda nanti, kau datanglah melawat".

"Kalau aku masih hidup". 

"Tuhan takkan izinkan kau mati sebelum tiba masanya". Kata Li.

Rayna ketawa namun jelas kelihatan muka gusarnya. Dia naik dan duduk di atas kereta kuda Pakcik Chen. Dia melambai ke arah Li yang setia menghantar pemergiannya.

Dalam perjalanan, Rayna banyak menghabiskan masanya melihat ke arah langit dan awan-awan yang berarak. 

"Pakcik dah selalu tengok Hari Biram tu?" Soal Rayna.

"Selalu juga. Pakcik bersyukur yang kita tak tinggal di sana. Sekurang-kurangnya kita tak terikat dengan adat mereka".

"Kenapa tuanku raja begitu kejam?"

"Pakcik dengar cerita ni agak lama. Katanya Raja Wiga hilang kepercayaan kepada sesiapa pun selepas kematian bonda tersayang gara-gara diracun oleh tabibnya sendiri. Sebagai hukuman, ramai orang ditangkap menjadi tikus makmal untuk segala jenis perubatan yang dihasilkan. Hanya ubat-ubat yang telah diuji kaji dibenarkan kegunaannya dalam istana". Cerita Pakcik Chen.

"Jadi kenapa rakyat tidak dibenarkan belajar tentang perubatan?" Rayna masih tidak faham dengan sejarah kerajaan yang begitu banyak dengan misteri dan rahsia.

"Supaya rakyat dapat rasa apa yang Raja Wiga rasa apabila kehilangan orang tersayang".

"Mengarut! Itu cuma alasan. Jelas sekali Raja Wiga tidak dapat menerima hakikat. Semua orang pasti mati. Dendam dan dengki hanya membawa kepada kemusnahan. Segala harta kekayaan dikautnya. Apa lagi yang saya boleh katakan? Raja bersikap pentingkan diri sendiri".

"Kita tak ada kuasa untuk melawan, Rayna".

"Saya takkan terkejut kalau suatu hari nanti, Putera Mahkota itu bukanlah waris tahkta yang sah".

"Maksud kamu?"

"Sesiapa boleh saja menyamar dan mengaku dialah Putera Mahkota kerana tiada siapa pernah nampak muka sebenarnya".

"Raja dan Pemaisuri Wiga mestilah kenal anak mereka".

"Bagaimana jika keadaan tidak mengizikan mereka untuk berkata benar?"

_____

Maaf kerana hiatus. Saya akan cuba untuk update dengan kerap.

Terima kasih kerana memberi sokongan! Teruskan baca dan vote. 




RAYNAWhere stories live. Discover now