Nama : Aim
Tarikh : R A L A T
Lokasi : R A L A T
•
Apa yang terjadi? Aku berlari, tapi tiada penghujung, apa yang aku lihat hanya padang rumput yang menghijau dan aku dikelilingi pelbagai pokok dan flora. Inilah apa yang aku inginkan, satu dunia yang dipenuhi alam sekitar yang indah... Bunga-bunga hidup mekar dan mengembang sihat... Tapi, kemana orang lain pergi? Kenapa hanya aku seorang diri di sini?
Apa ni?
Akan seperti satu cahaya putih yang bersinar terlalu kuat sehingga aku menutup muka aku dengan tangan aku untuk mengurangkan kesilauan cahaya tersebut...Daripada cahaya tersebut, keluar seorang jejaka tampan yang menarik hati aku...
Aku telah jatuh cinta?"Adakah kau betul-betul suka dan hormat akan alam semula jadi?"
Aku mengangguk tanda ya.
"Ambil ini, banyak perkara yang akan kau lalui... kau adalah insan yang terpilih, kerana... kau ada deria keenam yang tidak semua orang ada... sesuatu akan berlaku kelak... kau layak menjadi Medium... kerana kamu mempunyai keikhlasan yang lebih dalam kalangan kawan-kawan kau... ambil ini, sapu seperti minyak wangi biasa... kau akan diselamatkan Tuhan jika Tuhan mengizinkan..."
Ea... memanglah, kalau Tuhan nak selamatkan aku, maka terselamatlah aku... kalau itu ajal aku, maka disitulah ajalku... tapi kenapa aku? Perlu ke aku menerimanya? Tapi, mimpi aku kali ini, ada lainnya... aku rasa, mimpi kali ini memang akan menjadi kenyataan... sebelum ini... menjadi kenyataan juga tapi itu adalah perkara biasa, ini tidak... aku pasti ada lainnya... aku tidak boleh bangun dari mimpi ini, aku kena teruskan mimpi ini... sejak aku sedari yang mimpi aku adalah future's sight, aku cuba untuk mempelajari Teori Lucid Dream... Pada awalnya, aku takut untuk melakukan Lucid Dream, tapi selepas sekali aku dapat kuasinya, aku rasa mimpi bukan mainan tidur... Tambah pula, aku ada deria keenam yang dikurniakan Tuhan... Deria Keenam aku itu ialah, mimpi aku adalah sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang.
Aku perlu terimanya, jika ia memilih aku, aku akan menerimanya...
Aku menghulurkan tangan dan lelaki tersebut memberi aku satu botol kecil minyak wangi, harumannya agak aku gemari, bau Bunga Melati... aku suka Bunga Melati.
::Error 404:://Server Not Found//
![](https://img.wattpad.com/cover/146213785-288-k554725.jpg)
YOU ARE READING
L A W A T A N
HorrorSebuah ceritera bergenre seram. Tapi tidak menyeramkan kerana telah diselit beberapa genre lain. Isi Kandungan Mungkin Mengandungi; -Perilaku 18+ -Sifat Negative -Perkataan Kasar dan Kotor Ekstra ; ::Hidden Footage:: Bahagian ini adalah bahagian bo...