Adakah ini cinta?

2.4K 58 1
                                    

BAB 1

Mya Qaisara menarik bagasinya untuk keluar dari KLIA. Dia menaiki teksi untuk pulang kekondonya yang baru sahaja dibeli oleh kawannya. Kepulangannya tidak dikhabarkan kepada keluarganya.

Sengaja dia buat begitu. Apa yang penting sekali dia perlu mencari kerja lain dahulu, sebelum papanya menyuruh dia bekerja diSyarikat papanya. Selama 5 tahun berada di UK dia sudah mendapat kata ilham. Dia sudah mendapat keputusan mengenai hala tuju selepas tamat pengajiannya di UK.

"Home sweet home."Dia bersuara selepas pintu kondonya dibuka. 'Pandai juga si Ain ni memilih kondo , hmmm...pilihan yang tepat.'Dia bemonolog sendirian. Mya menarik bagasinya masuk ke dalam. Selendang Pashmina ditanggalkan.

Dia menuju ke bilik lalu merebahkan badannya di atas katil. Leganya dapat tidur. Kalau di UK, belum tentu dapat tidur seharian, mesti bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran. Rindunya dia pada tempat tidur. Tidak lama kemudian dia pun terlena.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Baby, jom kita pergi shopping, I nak beg Gucci, besokkan birthday I, bolehlah you.."rengek si Lydia manja.

"Oh...besok hari jadi you eh, bukan minggu lepas ke hari jadi you?" tanya Rayyan Irfan sinis sambil menaikkan kening kirinya.

"ummm..aaa....mm...minggu lepas tu hari jadi I dalam bulan islam ha....ummm..besok hari jadi I yang dalam calender biasa.."Lydia membuat alasan.'alah banyak tanyalah mamat ni ish..I bukan nak you tapi duit you'

"betul ke you ni?? you tipu I eh?.."sengaja Rayyan main tarik tali. Dia bukan tak tahu yang si Lydia tu jenis perempuan pengikis. Dah berapa banyak teman wanitanya yang membuat alasan yang sama macam si Lydia ni..

"eh betullah, haha jom!"Lydia menarik tangan sijejaka untuk masuk kedalam kereta BMW Rayyan dan terus pergi shopping mall.

Dalam kepala Rayyan sudah memikirkan cara untuk putuskan si Lydia. Dia hanya akan keluar dengan perempuan tidak lebih lima kali, selepas itu dia putuskan. Dia tidak sekejam mana pun, siapa suruh perempuan terhegeh-hegeh nak jadi teman wanita aku. Tapi kan siapa yang tak mahu jejaka idaman malaya yang kacak, bergaya dan paling penting kaya macam aku..eh perasan pula aku ni! tapi memang betul pun ..haha ..

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"uaaaaa....mm"Mya menguap dengan perlahan. Mya mengerling jam lonceng yang menunjukkan pukul 9:00 malam dan dia tidur semula. Tidak lama kemudian dia terus membuka matanya dan terus melihat jam dengan riak muka tidak percaya.Hah apa?! pukul 9...lamanya aku tidur, aku belum solat maghrib lagi!!

Dia terus menuju ke bilik air, mengambil whudu untuk menqada sembahyang maghrib dan terus sembahyang Isya'.

Selepas Mya selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, dia berasa sangat lapar. Dia belum makan dari lapangan terbang lagi.'huh!!laparnya'rintih Mya dalam hati. Dia pun bercadang untuk pergi ke Cafe yang tidak jauh dari kondonya.

Mya memesan ayam grill dan latte. Tiba-tiba dia terjumpa seorang jejaka bersama seorang perempuan yang tidak bertudung dan memakai t-shirt merah sambil memegang tangan sijejaka.'Tidak tahu hukum agama ke apa?!'adu Mya dengan penuh geraman.

'eh aku macam pernah tengoklah mamat ni , kat mana eh?'fikir Mya.

Ahhh!! baru aku ingat, dia ni kan senior yang selalu buli aku kat sekolah dulu...kalau tak salah namanya Rayyyy...apa eh??Hah!! Rayyan. Alah kalau dia kenal aku macam mana eh ..aduh!!

Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now