Bab 4

968 33 4
                                    

" Assalamualaikum....Mak..o..mak!!" jerit Is yang berada dipintu utama.

Mak Iskandar yang berada didapur terus bergegas ke muka pintu.

" Is yang kamu terjerit- jerit ni kenapa? Kamu fikir mak ni pekak ke? Hiishh sudah besar panjang besar pun nak menjer..." percakapan Mak Is terhenti tatkala melihat seorang perempuan cantik yang berdiri di sebelah anaknya.

'eh, siapa pulak ni?, cantik pulak tu..Calon menantu aku kot!!' jerit Mak Is dalam hati dan terpancar kesinaran keterujaan dimukanya.

" Mak..kenalkan ini Mya, yang Is cerita semalam kat Mak " ujar Is dengan memperkenalkan Mya.

Wajah tua Mak Is yang tadi teruja sudah sedikit keruh apabila mengetahui itu bukan calon menantunya tetapi wajahnya tetap mempamerkan senyuman.

"Oh, jemputlah masuk, Is ada cerita tentang kamu semalam...jangan malu-malu ya.. buat macam rumah sendiri " jemput Mak Is.

Apabila Mak Is fikir balik boleh juga dia ambil Mya sebagai menantu, dia pun takde suami, kalau ada suami tak lah dia mahu tinggal kat sini. Hati Puan Imani yang tadinya sudah tidak teruja, kini kembali teruja.

" Terima kasih Mak cik " balas Mya sopan.

"eh, apa pula panggil mak cik , panggil mak je, sama macam Is panggil mak, mungkin nanti mak jadi mak Mya, kan Is kan?" tanya Puan Imani dengan kening yang terangkat melihat anaknya.

" Eh, Mak takkan kita tercegat kat pintu ni, kesian Mya kaki dia masih sakit..." kata Is yang cuba untuk mengalih topik.

'" yalah, jom masuk dah nak maghrib ni, Is angkat beg Mya tu sekali!" ujar Puan Imani. 'Macam lah mak tak tahu yang Is nak mengalih topik, kamu tu anak mak' ujar Mak Is dalam hati sambil tersenyum.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

" Encik Rayyan, kita ada appoinment petang ni dengan Tengku Tajul dan Megat Kamal" ujar setiausaha Rayyan yang berada dihadapan meja Rayyan.

" Ohh..mm, lepas tu ada apa-apa lagi tak?" tanya Rayyan.

" tak ada"

"awak boleh keluar sekarang" arah Rayyan dan Tika, setiausaha Rayyan pun terus keluar.

" ihhhh...penatnya, malas nak keluar..kalau keluar makin pening kepala pulak disebabkan perangai perempuan gedik..hahaha " Rayyan memusing- musingkan kerusinya. ' kenapa lah aku pilih perempuan gedik macam tu, aku rasa sudah tiba masanya nak cari calon isteri' Rayyan tersenyum sedirian.

Tiba-tiba Iphone Rayyan berbunyi. Rayyan pun melihat telefonnya dan tertera nama mummynya diatas screen telefonnya.

"Hello Mummy, kenapa mummy telefon Ir?" Tanya Rayyan setelah menjawab panggilan mamanya.

" Ir cepat balik, papa ada dirumah, cepat, jangan lambat!" kata Mummy Irfan Rayyan tegas.

" Mummy..kenapa.." belum sempat Irfan Rayyan membalas panggilan pun terputus.

Rayyan berasa hairan. Baru juga tadi dia melihat papanya masuk pejabat. Dia terus keluar.

" Tika cancelkan semua appoinment saya petang ni saya ada urusan lain ,ok...." ujar Rayyan dan terus keluar ke kereta BMW nya.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

" Papa, mummy.. Ir dah balik ni" Laung Rayyan Irfan di pintu utama. ' Mana diorang ni, tadi suruh aku balik cepat, dah ni kenapa pulak, macam tak de orang..aduhh..pening kepala ni! ' Tiba- tiba datang bibik Suharti memanggilnya untuk ke bilik kerja papanya. Dia pun terus ke tingkat atas menuju ke bilik kerja papanya.

Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now