Bab 8

758 29 3
                                    

"Eh awal Mya bangun" ujar Puan sri Maria yang baru sahaja turun dari tingkat atas untuk menuju ke dapur.

Mya yang sedang sibuk memasak nasi goreng, terus menoleh ke belakang.

"Assalamualaikum umi!" Mya terus memeluk ibunya dan ibunya pun membalasnya dengan erat melepaskan rindu yang tersemat di jiwa.

"Mya dah biasa bangun awal masa kat sana" sambung Mya setelah melepaskan pelukan.

"Mya tak jet lag ke?" Puan sri Maria bertanya dengan persoalan penuh di minda.

'Aduh macam mana ni, memanglah aku  sudah biasa dengan masa kat sini, dah dekat sebulan kat sini, mula-mula memanglah tak biasa sebab masa kat UK dengan kat sini mana lah sama, kenapa kau tak fikir dulu sebelum bercakap'

"Aaaa...Mya memang dah biasa sebab...aa...sebab.." belum sempat Mya menyambung kata-katanya, Mikael memanggilnya.

"Boleh tak akak temankan Mika pergi kolej pukul 10 nanti?" Tanya Mika dan terus duduk di meja yang berhampiran dengan Mya.

"Kenapa Mya pulak yang kena ikut Mika?" Tanya Puan sri Maria denyan hairan.

"Aammm...aaa...ada...ada ...hah... Sir Zul suruh Mika bawa seseorang yang kita sayang..aa untuk mengukur kasih sayang seseorang..hah itulah dia" ' apa yang kau cakap ni Mika, tak lojik langsung, mudahan lah umi tak tanya lagi' monolog Mika dalam hati.

Puan Sri Maria yang percaya dengan Mika terus menyoal Mya dengan soalan yang berlegar-legar dimindanya sedari tadi.

"Mya, Mya tak buka ke contact lens Mya kat rumah?, bukan ada siapa pun ajnabi kat rumah kita ni" 'Kenapa lah dengan anakku ni, Allah dah bagi mata warna biru ikut mata laki aku, tapi pakai contact lens pulak, Astagfirullah Maria, syukurlah anak kau nak menjaga dirinya dari zina mata' Puan sri Maria berkata di dalam hati.

"Alah umi, Mya dah biasa, ok ni nasi goreng dah siap panggillah abah sekali" kata Mya yang menuju ke meja makan.

Puan sri Maria terus berlalu untuk memanggil suaminya. Manakala, Mika pulak masih duduk di meja makan.

"Akak, akak ikut Mika tau pergi ke kolej, tapi buka contact lens akak dan jangan pakai alat yang..yang..apa itu...yang akak pakai tu, ok yang itu jangan pakai"

"Nanti Umi nampak lah Mika kalau akak tak pakai benda tu" kata Mya dalam kerisauan.

"Alah akak, pandai-pandailah Mika nanti, ok jumpa nanti" kata Mika sambil tersengih dan hendak meninggalkan tempat itu.

"Eh, Mika nak pergi mana tu? Makan dulu"

"Eh lupa pulak Mika nak makan, excited sangat nak lopongkan mulut si mamat perasan tu" Mika tersenyum lebar dan duduk kembali di meja makan.

Mya Qaisara hanya mencebik ean kemudian tertawa kecil. 'Mika, Mika tak pernah berubah'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'Sakitnya tu disini, di dalam hatiku~' telefon Puan sri Maria berdering. Puan Sri Maria yang terdengar bunyi itu terus mengambil telefonnya dan terus menekan punat 'accept'. Jangan fikir orang macam Puan sri Maria tak dengar lagu macam ni.

"Hello, Assalamualaikum Sofia, ada apa call aku ni?"

"Waalaikumussalam, Petang ni kau free tak?" Soal suara yang berada di dalam telefon Puan Sri Maria.

"Aku free, kenapa kau nak datang rumah aku ke?"

"Yelah, dah lama kita tak sembang kan, by the way aku dengar anak perempuan kau dah balik sini betul ke?"

" haah, dah balik, ok lah nanti kita sembang lagi eh, aku ada kerja nak buat, Assalamualaikum" setelah mendengar jawapan salam daripada kawannya itu, Puan Sri Maria terus menekan punat end call.

Puan Sri Maria terus menuju ke bilik Mya untuk memaklumkan perkara itu.

"Mya" panggil Puan Sri Maria dari luar pintu bilik Mya.

Mya yang bersiap untuk pergi ke kolej Mika tersentak.' Ya Allah, macam mana ni aku tak pakai contact lens, dan aku tak pakai alat tu, umi ni wrong timing lah, nak masuk bilik aku.

Kedengaran lagi suara Puan sri Maria memanggilnya.

"Ya umi" jawab Mya tanpa membuka pintu biliknya.

"Boleh buka pintu ni?"

"Tak boleh sebab bilik Mya ..aa..bersepah..hah bersepah, Mya malu lah kalau umi lihat bilik Mya bersepah"' Hentam je lah , asalkan tak terbongkar'

"Ooh, Mya lepas ni ikut Mika kan?" Soal Puan sri Maria yang masih berada diluar bilik Mya.

"Aaahhah, kenapa umi?"

" kalau boleh Mya balik sebelum petang eh, sebab kawan umi nak datang dan tanya pasal Mya"

"Oohh ok, insya- Allah umi"

"Umi masuk bilik dulu, jaga diri kalau jalan tu ok?"

"Ok umi" setelah tidak mendengar lagi suara ibunya, dia pun melepaskan nafas lega.

"Nasib baik tak kantoi, tapi macam ada something fishy je kawan umi ni, eh tak boleh Mya, think positive jangan bersangka buruk. Allah dah sebut dalam Quran" Mya berkata sendirian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rayyan yang sedang menghadap komputer dibilik ofisnya tersentak dengan kehadiran PA nya.

"Ada apa?" Soal Rayyan tetapi masih menghadap dengan kerja-kerjanya.

"Datin Sofia telefon suruh encik balik petang ni, ikut Datin jumpa kawan, dan dato' pun dah benarkan encik keluar" Rayyan hanya menanggukkan kepalanya dan menyuruh setiausahanya keluar.

'Ini tak lain tak bukan mesti budak yang mummy nak jadi isteri aku, redha je lah daripada keluarga aku bankcrupt '

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Akak line clear, umi pergi jumpa abah kejap kat ofis, jomlah" Mika memberitahu Mya setelah mengetahui ibunya tidak ada dirumah.

"Ok, tapi pakai kereta akak, akak baru beli kereta baru tapi akak park kat rumah lama kawan akak, kita pergi sana dulu ambil kereta selepas tu baru kita gerak, kereta Mika letak je kat situ, nanti kita ambil balik" kata Mya dan anggukkan Mika tanda setuju.

Setelah sampai ke rumah lama kawan Mya yang tidak berpenghuni itu , hanya ada sebuah kereta sahaja. Mika melopong dan menoleh ke arah kakaknya.

" Itu lah kereta akak, akak memang minat kereta Mika pun tahu akak minat sangat dengan kereta macam ni, susah tau nak kumpul duit untuk beli kereta ni, akak bayar cash tau" ujar Mya dan terus tergelak kecil.

"Akak ini bukan palsu kan?" Tanya Mika yang masih dalam keadaan terkejut , tak sangka kakaknya sanggup kumpul duit dari kecil untuk beli kereta macam ni. Akaknya sanggup bawa bekal dari rumah dan tidak menggunakan wang yang umi beri.

Mya hanya menganggukkan menujukkan ia bukan palsu.

" Yeah! Lamborghini bro!, terkeluar mata kau namti mamat perasan" jerit Mika sambil membelek-belek kereta Mya.

"Mika dah lah tu jom kita pergi ke kolej Mika, sebelum petang kita mesti balik."

" Akak Mika ada kelas lah petang ni, kalau akak balik, Mika balik dengan apa?"

" ye tak ye jugak..mmm.. kalau macam tu Mika guna kereta Mika lah, kita jumpa kat sana"

" alah tak dapat naik kereta akak" Mika bersuara lirih.

" Nanti-nanti kan boleh" ujar Mya sambil mengusap kereta mewahnya yang berwarna putih dan sedikit dengan jalur berwarna hitam.

"Oklah, tapikan akak nasib baik akak dah kurus" kata Mika sambil tersengih.

"Sebab kenapa pula?" Tanya Mya yang masih belum faham dengan usikkan adiknya.

"Sebab kalau akak gemuk, impian akak untuk beli kereta ni takkan tercapai, sebab tak dapat masuk, haha" Ketawa Mika terus makin menjadi-jadi.

Mya yang baru faham itu terus membuat muka masam.

"Dah jom, tak payah gelakkan akak nanti lambat pulak sampai" mereka pun masuk ke kereta masing-masing untuk menuju ke kolej Mika

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now