Bab 5

798 26 1
                                    

Hembusan angin fajar yang lembut dan nyaman menampar ke pipi Mya.

"Subhanallah, indahnya ciptaan tuhan" puji Mya yang sedang berdiri di luar beranda melihat taman belakang rumah Iskandar. Penuh dengan pokok yang hijau dan bunga-bunga pelbagi warna. Sesiapa yang melihatnya pun akan berasa tenang dan damai ditemani angin lembut yang sejuk.

'Tok, tok' bunyi ketukan pintu kedengaran.

Mya yang berdiri diluar beranda terus mencapai tudungnya dan menyarungnya sambil menuju ke pintu.

"Mya dan solat?" Dengan suara yang lembut suara itu bertanya.

"Oh ibu, baru je Mya selasai solat tadi, ada apa-apa ke Mak?" Tanya Mya dengan penuh kelembutan sebagai seorang wanita.

"Tak, Mak nak panggil untuk solat berjemaah tadi tapi memandangkan Mya dah solat tak jadilah tapi esok solat berjemaah ye?"

"Lagi pun solat berjemaah ini besar ganjarannya 27 kali ganda daripada kita solat bersendirian. Ada seorang lelaki yang alim tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid walau apa pun yang berlaku, tetapi pada suatu hari beliau tidak sempat untuk solat berjemaah di masjid, pada malam itu beliau didatangi mimpi yang aneh.

Ketika itu dia sedang menunggang kuda bersama penunggang yang lain tetapi ketika beliau ingin mengejar kuda yang di hadapan, kuda itu semakin laju ke hadapan meninggalkan beliau dan kudanya dibelakang, beliau tidak dapat memotongnya walau selaju yang beliau cuba lakukan. Beliau pun terbangun dan memikirkan apakah yang dimaksudkan oleh mimpi tersebut dan apa yang telah beliau buat sehinggakan beliau diberikan mimpi yang begitu. Jawapannya ialah kerana beliau telah meninggalkan solat berjemaah. Lihatlah bahawa kita haruslah solat berjemaah kerana ganjarannya yang tidak dapat ditandingi dengan solat bersendirian, kalau boleh kita solat berjemaah ya Mya?" Sambung Ibu Is dengan cerita yang penuh pengajaran.

"Insya Allah" ujar Mya dengan kalimah itu yang bermaksud 'jika Allah mengizinkan atau dalam kata lainnya 'if Allah's will'.

" Kalau macam tu Mak solat dululah ya dengan Is, Assalamualaikum " kata Ibu Is setelah mendengar jawapan daripada Mya dan lantas berlalu.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

'Mummy nak Ir kahwin dengan anak kahwan mummy, tak kira cantik ke tak demi menyelamatkan syarikat kita, Ir mesti kahwin dengan dia, kalau Ir kahwin dengan anak kahwin dengan kawan anak mummy tu, mesti hartanya turun kepada Ir kan?' terniang-niang masih suara Datin Sofia, mummy Irfan Rayyan.

"Apa aku nak buat ni?!" teriak Rayyan yang ketika itu berada di taman yang direkanya di tempat yang tersembunyi.

"Aku mesti kahwin dengan perempuan tu kalau tak macam mana aku nak membeli barang-barang yang aku nak, kena berjimat pulak tu" monolog Irfan Rayyan sendirian.

Tiba-tiba dia dapat satu idea. Dia tersenyum jahat.

" Selesai pun masalah!" Jerit Rayyan dan terus berdiri untuk pulang ke rumah sambil bersiul kecil.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

"Mya" tegur Tengku Iskandar melihat Mya Qaisara yang sedang termenung walaupun matanya menghadap television.

Mya yang termenung, terkejut disebabkan teguran Is. 'Bukan ke tadi dia baru keluar pergi kerja?' Dia melihat ke jam dinding..'oh, dah tengahari rupanya! Tak perasan pulak! Tapi dia memang selalu balik tengahari ke?'

"Saya memang selalu balik tengahari sebab nak temankan ibu saya makan kat rumah" jawab Is seakan tahu apa yang difikirkan oleh Mya.

" oh.." Mya tak ada modal lagi untuk bercakap. Mereka diam untuk sementara.

Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now