Bab 7

808 33 4
                                    

"Pssst ,Pssst...Umi" kedengaran suara seseorang memanggil Puan Sri Maria disebalik dinding dapur.

Puan Sri Maria menoleh.

"Kamu buat apa tu Mika, terhendap-hendap? Macam perisik ada juga" Kata Puan Sri Maria setelah mengetahui siapa gerangan suara tersebut. ' Apalah jadi dengan anak aku ni seorang macam budak-budak, seorang lagi haih..tak pandai jaga badan!'

"Umi, siapa tu?" tanya Mikael Qusyairi sambil menunjuk tangan kearah ruang tamu.

"Kamu tak kenal?"

"Tak!"'Aku kenal ke dengan perempuan tu?' monolog Mika dalam hati.

"Itulah kakak kesayangan kamu!" kta-kata Uminya itu membuatkan dia melopong.

"Betul ke itu kakak umi?!" soal Mika separuh menjerit.

Mika terus pergi ke ruang tamu setelah Puan Sri Maria mengiakan.

"Kakak?"

Mya yang sedang membelek telefonnya menoleh ke arah suara itu.

"Mika!" Mika yang sedang berdiri dibelakang kakaknya terkejut kerana Mya memeluknya.

"kenapa kakak boleh jadi macam ni?" soal Mika setelah pelukkan dileraikan.

"Mika boleh tolong beg akak ke bilik?" soalan adikknya tadi tidak dibalas.

"Okey"

Tidak lama kemudian mereka pun sampai dibilik Mya.

Mya melihat biliknya. 'Sama masih macam dulu'

"okeylah akak, nanti kita sembang lagi, banyak soalan yang Mika nak tanya kat akak. Mika ada kelas ni, bye akak" kata Mika sebelum menutup pintu dan berlalu.

Setelah memastikan Mika sudah berlalu, dia pun mengunci pintu biliknya.

"Hiissh, rimasnya pakai benda ni" Mya menanggalkan alat-alat yang merimaskannya itu dan juga mecuci alat solek yang dipakainya.

Setelah itu dia pun membaringkan dirinya diatas katil dan terus terlelap.

5 jam telah berlalu

Tiba-tiba Mya mengeliat dan membuka kelopak matanya. Dia pun terus melihat ke arah jam. 'Eh dah nak asar, aku belum solat lagi'

Apabila dia hendak menuju ke bilik air, dia pun teringat sesuatu.

"Apalah kau ni Mya, kau kan tak boleh solat" katanya sendiri sambil tersengih. Dia pun kembali kekatilnya dan duduk melihat sekeliling.Dia membuka pintu biliknya dan kembali semula setelah melihat tiada siapa yang ada di luar biliknya. 'sunyi je' Tiba-tiba dia terlihat benda yang selalu dia pegang kalau bosan.

"Eh, gitar aku!" 'Dah lama aku tak main, korang jangan tak tahu, dulu aku ni terror tau menyanyi, semua orang puji suara aku sedap kat sekolah dulu, bukan sedap, hehe, merdu' Mya pun terus megambil guitarnya yang berwarna coklat belang itu.

"ehmmm, ehemm, okey test one, two, three" Mya berdeham untuk men'test' suaranya. 'Nak nyanyi lagu apa eh, mmm, lagu taylor swift lah'


Nice to meet you

Where you been?

I could show you incredible things

Magic, madness, heaven, sin

Saw you there and I thought oh my god

Look at that face, you look like my next mistake

Love's a game, wanna play

Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now