BAB 2

1K 39 2
                                    

           "Ain!!" jerit Mya. Ain yang sedang menonton televisyen terganggu dengan jeritan Mya.'apa lagi yang si Mya nak ni?'

           "apa?!"laung Ain sambil menuju ke bilik Mya.'Ya Allah bersepahnya bilik!.....'ujar Ain dalam hati sambil mengelengkan kepalanya.

             "Aku tak jadilah nak kerja tu!" ujar Mya selamba.

             "Kerja apa?" tanya Ain polos sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

             "kerja sebagai pembantu rumah lah!" bengang betullah si Ain ni, dia juga yang mempromosi kerja..dia tanya aku pulak..Ain , Ain.mm

              "Kenapa tak jadi pulak ni?, nasib baik aku belum beritahu mama aku ..ish kau ni..menyusahkan betul!"

               "Yalah aku ni menyusahkan kau, memang aku kawan yang menyusahkan..Sorry lah kalau aku selalu menyusahkan selama ni, terima kasih kerana sentiasa menolong aku walaupun aku ni menyusahkan kau.."ujar Mya lirih. 'Perfect tak lakonan aku..haha aku tau si Ain ni cepat cair ..haha..'

              " Ala kau ni sentap betul la, aku main-main je, ala-la kawan aku ni merajuk pulak, sorry lah eh?" pujuk Ain lembut. Mendengar pujukkan Ain itu membuatkan Mya melebarkan senyumannya.

               " aku main-main je, aku memang tahu aku ni kawan yang tak menyusahkan plus cantik, plus menawan " ujar Mya sambil angkat bakul sendiri.

                " Suka hati kau lah, yang kau tak jadi ambil kerja tu kenapa?" soal Ain lagi dengan dahi yang berkerut-kerut. ' Yalah tiba- tiba tak jadi, siapa tak heran'

                 "Oh, aku nak balik rumah parents aku, aku nak jaga dia orang dan ambil alih syarikat papa aku, lagi pun dia orang dah tua, kalau harapkan adik aku si Mikael tu, dia tu masih diploma" jawab Mya dengan hati yang berbolak-balik. 'Sebenarnya aku rasa tak sedap hati, rasa macam dia orang nak pergi jauh, tapi aku tak tahu kemana.'

              " Oklah kalau macam tu, lagi pun kau dah lama tak jumpa dia orang , tapi kan aku rasa, dia orang takkan kenal kau punya" ujar Ain dengan penuh yakin. ' Masa aku jemput dia lagi aku tak kenal, kalau Mya tak tegur aku, maunya aku balik terus.'

             " Entah lah, tapi aku rasa nak balik, mungkin besok malam aku balik......aku serahkan kondo ni untuk kau jaga ya? aku percayakan kau"ujar Mya. Ain hanya mengganguk mendengar permintaan kawannya itu. ' kenapa aku rasa macam tak sedap hati ni.. Ya Allah lindungilah hambamu yang lemah ini' doa Mya dalam hati.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

               "Rayyan! awak curangkan?!" tengking Nana iaitu teman wanita Rayyan Irfan selepas Lisa.

   

              "Maaf Encik Rayyan, saya dah halang tapi dia nak masuk juga" ujar Tika, setiausaha Rayyan.

               "Tak pe, awak boleh keluar" arah Rayyan sambil merenung tajam tepat ke mata Nana. Tika pun terus keluar setelah menerima arahan dari Rayyan.

               "Awak tahu kan saya tak suka orang datang ke pejabat saya hanya untuk berbincang tentang hal peribadi!" tengking Rayyan Irfan. Dia memang pantang kalau orang datang untuk buat kecoh semata-mata.

              Nana mencebik. Dia memang tahu tentang itu tapi dia tidak peduli kerana ada yang lebih menyakitkan hatinya iaitu melihat kecurangan Rayyan dihadapan matanya sendiri.

Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now