Bab 6

765 27 3
                                    

" Mak Imah, close the curtains, Ir baru je tidur " Rayyan Irfan yang sedang tidur bersungut kerana mandapati pembantu rumah yang dia anggap sebagai keluarga sendiri, membuka tirai jendela dibiliknya.

"Ir, ni dah nak pukul 9, Datin turun suruh makan, pergi mandi cepat" suruh mak Imah sebelum dia keluar untuk memanaskan sarapan pagi yang sudah sejuk untuk Rayyan. 'Rayyan kalau esoknya cuti, mesti dia akhir balik ke rumah haih!'

Rayyan pun segera mencapai tualanya dan pergi ke bilik air untuk mandi sebelum mak imah membebel.' Mak Imah kalau membebel kalah mummy'

Setelah Rayyan selesai mandi dan bersiap, dia mencapai telefon canggihnya dan turun ke bilik makan sambil melihat telefonnya.

"Message from Rina, Thia, Leen, Jazmin, Mira dan bla, bla Misscall from Reny, Rina, Leen, Farah dan bla-bla. Okey, hari ni pecah rekod, misscall sebanyak 152 misscall dan mesej sebanyak 304. Wow! inilah hasilnya jika aku yakni jejaka idaman setiap wanita, tidak membuka telefon bimbit selama sehari" kata Rayyan sambil tersenyum penuh lagak.

"Ir , sudah-sudahlah tu, buang tabiat buruk kamu tu, tiap pagi kalau nak turun sarapan, mesti check telefon berapa mesej lah apalah, Hishh budak-budak zaman sekarang ni, berenggang telefon pun susah kalau berenggang dengan ibu bapa seronok pulak hmm.." bebel Datin Sofia sambil menggeleng-gelangkan kepalanya.

Rayyan hanya tersengih dan terus duduk. 'Dah anak mummy ni kacak sangat, ramai perempuan yang tak nak berenggang dengan anak mummy ni, hehe' monolog Rayyan dalam hati, kalau cakap depan mama ada kena pelengkung nanti.

"Hah, yang kamu ceria sangat ni kenapa?" soal Datin Sofia selaku mummy kepada Rayyan Irfan, mengerutkan dahinya. 'Kenapa dengan anak aku ni, ceria sangat, tak pernah-pernah, selalunya diam je lihat handphone' 

"Ir rasa mummy akan happy dengar berita ni" kata Ir setelah selesai makan.

Datin Sofia hanya mengangkat keningnya tanda 'apa?'.

"Ir dah setuju nak ikut rancangan mummy!"

"betul ke?" ujar Datin Sofia dengan riak wajah yang gembira.

Rayyan Irfan menangguk-anggukkan kepalanya sambil meminum air.

"Okey, esok kita pergi rumah kawan mummy tu" kata Mummy rayyan dengan gembira.

Rayyan yang mendengarnya, tersedak kerana kata-kata mummynya.

"Biar betul, Mummy ni kenapa cepat sangat?" soal Rayyan dengan dahi yang berkerut-kerut dan sambil mengusap-usap dadanya kerana tersedak.

"Hish, Ir ni kita mesti cepat nanti anak kawan mummy tu di ambil orang, anak jutawan, siapa yang tak mahu, cantik ke hodoh ke, belakang kira, kita tahulah perangai orang zaman sekarang. Okey, jadi esok kita mesti pergi ke rumah kawan mummy" kata Datin Sofia dengan tegas tapi riak wajahnya gembira.

"Tapi Mummy..."

"No compromise!" belum sempat Rayyan nak membantah, Datin Sofia sudah membamgkang kata-katanya, seperti tahu apa yang Rayyan nak ungkapkan. Datin Sofia pun berlalu ke biliknya.

Rayyan hanya mampu mengeluh.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


" Is, terima kasih eh, hantar saya sampai sini" Mya yang sudah sampai di halaman rumah kawan baiknya, Ain mengucapkan terima kasih kepada Tengku Iskandar kerana sudi menghantarnya.

"Ok, sama-sama, kalau awak rindu saya,eh, mak saya, awak boleh je datang rumah saya. Awak sangat dialu-alukan untuk datang" kata Iskandar dengan sedikit gelabah. ' Is, krontrol diri, composure '

"Okey, kawan saya dah tunggu tu, Assalamualaikum" kata Mya dan terus berlalu mendapatkan teman karibnya.

"Wehh! Gila bapak handsome! Naik kereta BMW, memang suami idaman aku ni, wuu!" jerit Ain.

"Aku luku juga karang kepala kau ni!" ujar Mya dengan muka sengal dan terus berlalu masuk ke dalam rumah Ain.

"Wei! kau tak cakap pun mamat tu handsome macam pelakon english tu, siapa nama eh? ah! tak peduli, yang penting dia handsome!" puji Ain lagi dengan teruja. ' seronoknya kalau dia jadi suami aku, boleh pandang dia hari-hari tanpa jemu' monolog Ain dalam hati sambil tersenyum riang.

Mya hanya menjeling Ain dan terus mendapatkan barang-barangnya untuk dibawa ke rumah ibu bapanya.

" Mana barang-barang yang aku suruh tu order tu?" tanya Mya.

"Dalam almari kau" jawab Ain selamba dan terus menyambung kembali ceritanya yang tertangguh tadi kerana menyambut Mya.

Mya pun masuk kedalam biliknya dan terus mencapai barang-barang yang di ordernya di dalam almarinya.

"mm, boleh tahan, tapi macam mana nak pakai?" kata Mya sambil mengaru-garu keningnya.

"hmm, macam ni kot" ujar Mya lagi sambil cuba memasang alat untuk mengembungkan perut.

Setelah Mya selesai memakai alat-alat itu dan menggunakan alat solek dengan tebal dia pun keluar untuk dilihatkan kepada Ain.

"Oi, kau ni siapa, kau ni nak ceroboh rumah aku ke? Mehh sini aku lawan kau, aku ada tek wan do black belt tau!!" jerit Ain apabila dia melihat orang yang dia tidak kenali berada di dalam rumahnya.

"Bengong punya kawan, ni akulah Mya!"

"yeke kau jangan tipu?"

" yalah, kau tahu rahsia kau, kau kan yang suka bud.." belum sempat orang itu menghabiskan kata-katanya, Ain pun sudah mulutnya. Tahulah dia itu memang Mya Qaisara!

"Oi, aku lemaslah" kata Mya selepas melarikan tangan Ain dari mulutnya.

"wow! kau nampak.." Ain tidak menghabiskan kata-kata sambil menilik Mya dari atas sehingga kebawah.

Mya menunggu komen daripada Ain.

"G.E.M.U.K!!" laung Ain dengan mengejanya satu-stu huruf.

"oklah, jom hantar aku pergi ke rumah Umi aku" Mya menarik tangan kawannya dan terus mengambil barang-barangnya masuk kedalam kereta.

Dalam perjalanan mereka hanya diam. Tidak lama kemudian mereka pun sampai.

" Thank you, hantar aku sampai sini " kata Mya setelah sampai.

" ok, bye, by the way good luck! for your mission" ujar Ain dan terus berlalu dari perkarangan rumah itu.

Jantung Mya berdebar-debar untuk masuk kedalam rumahnya. Dia pun menekan lonceng rumah uminya.

Tidak lama kemudian seseorang membukakan pintu.

"Assalamualaikum!" ujar Mya kepada wanita yang membukakan pintu dan juga yang dirinduinya.

"Waalaikumussalam! Anak, nak cari siapa?" soal wanita yang dirinduinya itu.

"Umi ni Myalah" kata Mya dan terus memeluk ibunya.

"Mya!" kata Umi Mya dan terus melepaskan pelukan. Ibu Mya menilik Mya dari atas hingga bawah. ' Ya Allah, biar betul ni anaknya'

"Mya rindu umi!" Mya memeluk ibunya lagi.

Ibu Mya melopong.' Apa jadi dengan anak aku ni?'


~~~~~~~~~~~~~~



Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now