Bab 9

1.1K 50 17
                                    

"Oii, cuba kau lihat kereta tu, cantik gila!" jerit seorang pelajar kolej lelaki kepada kawan yang berada di sebelahnya dan suara yang nyaring itu menyebabkan pelajar lain pun menoleh kearah yang ditujukan oleh pelajar lelaki tadi.


" Fuyoo! lamborghini tu!" jerit seseorang dan ramai diantara mereka yang berbisik-bisik siapakah pemilik kereta yang mahal itu.


Di dalam kereta itu si pemilik sedang menahan malu dengan situasi yang riuh-rendah.


"Mika, akak tak nak keluar lah!Buat malu je"


"Eh, tak boleh, ingat perjanjian kita, akak nak Mika bagitahu Umi dan papa ke tentang akak?" kata Mikael Qushairi dengan tersenyum sinis dan menangkat kedua-dua belah keningnya.


Mya Qaisara hanya menjeling ke arah Mika.' Ish, tahu nya mengugut aje! Geram!'


Di luar kolej sudah di banjiri dengan pelajar-pelajar kolej. Mereka tak sabar untuk melihat pemilik itu , lagi pun kereta itu menggunakan privacy window.


"Ok dengan lafaz bismillah, kita keluar" ujar Mya sebelum keluar dari kereta tersebut.


Mya pun membuka pintu kereta dan di ikuti dengan Mika.


Semua orang berbisik-bisik ketika Mya dan Mika hendak masuk ke pintu utama.


"Kakak Mika ke tu?" tanya seorang pelajar perempuan kepada kawan yang berada di sebelahnya. Mya dan Mika terdengar berbualan tersebut ketika hendak melalui pintu.


"Bukan kot, sebab perempuan tu mata dia biru, tapi boleh jadi kakak dia sebab kulit diorang fair" jawab sikawan yang bertanya tadi.


Di kejauhan ada yang memerhati Mika dengan pandangan yang marah.


"Mika kita nak pergi mana ni?" bisik Mya kepada Mika. Dia terpaksa berbisik kerana masih ramai yang melihat ke arah Mika.


"Pergi ke dewan , sebab masa ni kelas tak ada , besar kemungkinan tak ramai orang yang guna"


"tak ramai?" tanya Mya.


"ada kawan Mika, Mika percaya dengan diorang, tapi diorang tak tahu yang Mika bawa akak ke sini"


Mya hanya menanggukkan kepalanya.


Setelah mereka sampai di dewan. Ada dua orang perempuan dan tiga orang lelaki.


Kawan-kawan Mika semua menoleh kearahnya.


"Hai guys..."


"ehhemm" Salah seorang dari kawan Mika berdeham.


"oh, sorry, Hai guys and ladies, meet my girlfriend Sara" Mika memberitahu kawannya. Sebelum mereka masuk tadi Mika sudah merencanakan sesuatu untuk mengenakan kawannya. Dia menyuruh Mya untuk menjadi orang asing unyuk sementara dan menjadi teman wanitanya.

Adakah ini cinta? (On Hold)Where stories live. Discover now