PART 4

711 41 3
                                    

SIAPA YANG TAHU SIAPA SENIORR TU?..

Sampailah waktu rehat,aku masih memikirkan siapakah nama dia ni....

So lepas rehat Addmath.Selalunya kelas Addmath di blok lain di tingkat 4,tapi hari ni aku dimaklumkan bahawa kelas Addmath diadakan di library.Selalunya aku,Aniq and Amirul akan bergerak terlebih dahulu daripada rakan-rakan yang lain sebabnya,kitaorang malas nak jalan-jalan ke suatu tempat last-last minute(dengan peluhnya)jadi dengan kebijaksanaan aku(cehhh😂),aku pun pergi library dengan sahbat-sahabat aku.

Semasa aku dalam perjalanan hendak ke library,kitaorang singgah sekejap kt koperasi untuk membeli makanan dan minuman(ingat jual peralatan belajar je ke,makanan aku pun adelah...😁) untuk mengiisi perut sewaktu menuggu waktu rehat tamat di luar perpustakaan.And lagi satu,kt library dapatlah kitaorang bergosip dan menyejukkan badan.

Sesudah kami selesai makan dan minum di luar perpustakaan(ingat kita orang bad boys ke😈?)kitaorang pun mencari tempat yang kene pada penghawa dingin dan tersorok daripada prnglihatan orang lain.Masa ni aku terfikir ''siapa nama seniorrrr tuu...''
aku menjerit kuat dalam hati.(kalau jerit mahu kene tendang keluar perpustakaan).

And masa tengah fikir,aku baru teringat yang si Amirul ni ade kawan dengan budak tingkatan 5,yang sama-sama pengawas(suka bergosip si kawan Amirul ni).And aku tersenyum sambil memanggil Amirul''Mirul!Kau ade kawan kan dengan budak tingkatan 5 kan?Cuba kau tanya dia siapa nama senior tu''.

Amirul menjawab ''Oh..ade.Nanti aku cuba tanyakan untuk kau''.Semasa aku mendengar perkataan Amirul yang keluar daripada mulut dia,membuatkan aku tersenyum gembira sambil melompat-lompat kerana gembira di dalam hati aku yang kecil ini.

Akhirnya,waktu rehat pun habis,maka bermulalah Pembelajaran Dan Pengajaran untuk subjek Addmath.

Waktu pulang...

Sebelum pulang,kebiasaannya semua pelajar diarahkan untuk menunaikan solat fardhu zohor secara berjemaah di dewan terbuka.

Sewaktu aku sampai untuk mengambil wudhuk di tempat wudhuk,aku terperasan yang Amirul ni tengah berbual dengan rakannya iaitu Hafiz.Aku pun memanggil Amirul dengan kuat untuk menarik perhatian yang sedang rancak berbual dengan kawan pengawas yang aku katakan tadi,aku bermonolog dalam hati ''ape jelah yang si Amirul bualkan dengan Hafiz tu?''.

Amirul dan Hafiz datang mendekati aku,lalu aku pun bertanyakan pada Amirul ''Kau dah tanya Hafiz belum yang aku suruh tanya tu?'',Amirul menggelengkan kepalanya yang membawa maksud yang dia belum bertanyakan lagi soalan aku kepada Hafiz.

Lalu aku mendekati Hafiz yang masih berdiri di sebelah Amirul,''Hafiz!kau kenal tak budak form 5 yang maknya GPK PRA U di sekolah ni?''.Hafiz menjawab ''ohhh...kenal-kenal.Kenapa tanya?''.

Aku bertanya lagi ''Kau tahu x nama dia dan dia kelas ape?''.

Hafiz pun menjawab ''nama aku tak tahu,tapi kalau x silap aku lah kan, dia kelas 5 permata kot.Hah betul,kelas 5 permata''.

Aku pun menjawab ''Oh ok.Anyway thanks for info yang sangat berguna pada aku''.Walaupun aku tak tahu namanya,tapi aku tahu dia kelas ape.Kerana di bilik GPK HEM terdapat senarai nama pelajar di setiap kelas di setiap tingkatan.

Aku pun pergi mengambil wudhuk bersama Amirul dan Hafiz.Aniq?Oh...dia dh pergi ambil wudhuk dahulu sebab dia malas nk ambik tahu and dia malas nak berebut paip masa hendak mengambil wudhuk.

Sesudah aku mengambil wudhuk dan mencari di manakah Aniq berada.And terjumpa dia tengah berbual dengan Nazri dan Zul.(Nazri dan Zul berlainan kelas dengan aku,Aniq dan Amirul)Aku pun duduklah dan bersalaman dengan Nazri dan Zul sebagai tanda hormat.

Sewaktu Aniq,zul dan Nazri berbual,aku terfikir untuk pergi ke bilik GPK HEM untuk mengambil senarai nama pelajar tingkatan 5 permata.Sewaktu tengah berfikir,iqomat dh berkumandang menandakan solat fardhu zohor secara berjemaah akan  dilaksanakan sebentar lagi.

Sesudah habis memberi salam dan membaca doa,aku menolong untuk mengulung sejadah(rajin tak aku?hihihi😂).Aku mengulung satu sahaja sejadah,yang lain biarlah orang lain yang buatkan.(orang lain pun nak pahala jugak😂)

Aku pun memakai kasut dan bersalaman dengan sahbat-sahabat aku untuk pulang ke rumah.

Sesudah sampai ke rumah,aku menepuk dahi aku,sambil berkata''Aduhhh..lupalah lah pulak nak ke bilik GPK HEM nak ambik senarai nama pelajar tingkatan 5 permata.Macam mana boleh lupa ni.Syameel,syameel.Makan semut banyak sangat''.So rancangan aku untuk mengambil senarai nama pelajar tingkatan 5 permata gagal akibat aku yang telupa je memanjang😂.

Aku ambil keputusan untuk pergi ke bilik GPK HEM sesudah tamat Pembelajaran Dan Pengajaran di akhir jadual waktu aku.

Bersambunggg....

Jangan lupa vote dan komen sebagai semangat untuk aku menaip...Byee...

MUSUH NO 1(M1) COMPLETEWhere stories live. Discover now