PART 9

555 38 1
                                    

Hari ini hari Ahad dan hari ini merupakan adanya perhimpunan mingguan bagi sekolah-sekolah di Johor dan sewaktu dengannya.Aku berasa seram sejuk kerana aku akan menaiki pentas sewaktu perhimpunan nanti,kerana aku telah membuat sesuatu perkara diluar jangkaan pelajar-pelajar lain...

Aku menunggang moto ke sekolah dengan berbagai perasaan seram,takut,gembira dan paling aku takut apa reaksi si dia tentang aku...Aku menunggang moto dengan kelajuan sekitar 80 km/h(ni memang kelajuan luar biasa bagi aku...😂).

Aku sampai di sekolah dan parking moto aku dengan kemas dan cermat.Aku menaggalkan topi keledar aku dan letak di atas seat moto dan mengambil kunci terus bergerak ke tapak perhimpunan.Aku lalu di celah bangunan,aku cuba mengelak dari terserempak dengan pelajar-pelajar yang lain.

Setiba aku sampai di tapak perhimpunan,aku dapati banyak mata-mata memerhatikan aku sampailah aku duduk di sebelah Aniq.Aku bersalaman dengan Aniq and lepas tu aku tanya khabarnya dan terus aku senyap menyepikan diri aku.

Aku hari ni tak banyak cakap sangat sebab aku takut.Ye aku takut nak hadap benda ni,aku dia tidak bercakap seperti biasa.Biasanya mulut aku ni macam mulut burung Murai,tapi bukan hari,aku terus senyap dan menyepikan diri.

Sampailah Al-mathurat habis dibaca.Aku dapati ramai pelajar memerhatikan aku,perhati lepas tu pandang depan balik,lepastu tengok balik(tak pernah temgok orang ke...?).

Aku tahu yang aku akan dipanggil untuk ke atas pentas untuk menerima sijil penghargaan dari tuan pengetua(ni nak cerita tentang cinta atau ape ni author...?)

Perhimpunan mingguan pun bermula dengan nyanyian lagu sekolah,johor dan ikrar.Selepas itu diikuti dengan ucapan guru bertugas pada minggu lepas.

Aku masih menunddukan muka aku daripada menghadap ke hadapan dan melihat reaksi pelajar lain.Aku masih mendengar ucapan guru bertugas dan sampai pada part yang telah lama aku nantikan...

''pada minggu lepas,kita dapati ade seorang pelajar yang sanggup membantu mengawal lalu lintas daripada kesesakan lalu lintas.Dengan ini majlis menjemput tuan pengetuan menyampaikan sijil penghargaan kepada peljar tersebut''.

Apabila nama aku disebut oleh guru tersebut,kaki aku sudah mula menggeletar akibat nervous dan seram.Aku tetap bangun dan menuju ke pentas untuk menggambil sijil.Ramai pelajar bertepuk tangan sebagai tanda pernghargaan atau nak menyakat je...?.

Aku menaiki pentas dan mengambil sijil yang disampaikan oleh pengetua.Aku memandang kemera dan tak terfikir nak lihat si dia yang berada betul-berul di hadapan aku kerana pelajar tingkatan 5 betul-betul berada dihadapan pentas.

Tak pasal-pasal aku dapt gelaran Abg trafik dan Abg JPJ....haish...sapelah memandai letak gelaran tu.Aku layan kan jelah diorang ni.Kang kalau tak layan kata kita apa pulak kan...dh jadi terkenal lepastu sombong dengan pelajar-pelajar lain...

Hari Rabu....

Hari aku sebelum ni berjalan seperti biasa dengan rutin yang sama,nampak dia lalu depan aku dan Aniq lepastu hilang....

Tapi hari ni lain dan best
gila-gila,sebab hari ini ialah hari Rabu and hari ni ialah Kelab dan Persatuan.

Apa yang bestnya ialah....Si dia ni satu kelab dengan aku hoi...Kelab Sivik dan kewarganegaraan.Dpatlah aku cuci mata puas-puas,dah lah dh dekat,tinggal duduk sebelah-sebelah je.And lagi best...Afsar and the geng sama jugak,kelab Sivik jygak dengan aku(Aduh kenapa ni nak semua nak sama.Biarlah asing-asing,boleh cuci mata lain-lain,ni tak sekali nak tengok nak dua-dua swkali gus)...

Tak lama lagi sekolah aku akan menggadakan Hari Keusahawanan dan pengetua mintak setiap kelab dan persatuan sediakan satu benda nak jual pada hari keusahwanan.Aku tak ambik bahagian pon,tapi aku dengar kelab aku nak jual anak-anak pokok.Aku iyekan jelah.

Sewaktu dalam perbincangan aku mencuri-curi memerhati dia yang masih berbual dengan rancak dengan kawan-kawan dia.Time aku nak tengok dia tiaba-tiba aku terkejut sebab dia macam tengok aku(perasan gile...)aku terus pandang ke meja kerana aku malu.

Baru aku teringat yang aku duduk sebelah dengan Cikgu,sebab tu dia pandang aku,tapi aku baru teringat sebenarnya dia tengok Cikgu je...

Hari keusahawan aku akan diadakan pada hari Ahad,ye waktu persekolahan.Sebab pengetua cakap kalau buat time cuti mesti kurang peljar datang ke hari keusahawanan kerana pelajar duduk di rumah.Jadi pengetua ambil keputusan untuk membuat hari keusahawanan pada hari ahad iaitu hari persekolahan...

Sesudah perbincangan tentang hari keusahawanan,pelajar dibenarkan pulang.Sewaktu aku sedang mengemas barang-baranga aku,dia sudah bangun untuk meninggalakn bilik darjah yang digunakan.Aku masih mengemas barang-barang aku sambil memerhati dia keluar bilik darjah dengan kawan-kawan dia sambik berbual.

Aku amik keputusan untuk mesej dia pada hari Khamis sebab esoknya cuti,so bolehlah chat dengan dia...

Hari Khamis....

Aku menunggang motosikal aku dengan kelajuan tinggi(ceh....).Aku terus park moto aku dan terus ke tapak perhimpunan.

Setiba aku lalu di tapak perhimpunan ade saja yang memanggil aku Abg trafik/abg JPJ,layan jelah....Aku bersalamn dengan Aniq dan memberitahu hasrat aku untuk chat dia pada petang ni.

''Aniq,aku rasa aku nak chat dia lah bila balik sekolah nanti.Kau rasa Ok tak ek kalau aku chat dia?Aku takut lah kalau dia tak terima kalah aku nak berkawan dengan aku...''.

''Kau chat jelah dia,jangn takut.Nanti ape-ape terjadi,kau chat je aku balik''.

Aku hanya mengganguk sahaja tanpa senyuman sebab aku takut kalau dia tak terima aku sebagi kawan dia...Hari ini aku namapk dia dan kawan-kawan dia lalu depan aku.Aku macam tak ambik kesah,tak seprti yang selalu yang aku teruja apabila dia lalu depan aku dan rasa sedih bila dia tak ade di tapak perhimpunan.

Sampai aku di kelas aku,aku terus mendapatkan Amirul dan bercerita seperti mana aku cerita pada Aniq pada pagi di tapak perhimpunan.Amirul hanya megangguk sahaja.Aku masih lagi dalam mood takut sebenarnya...

Pembelajaran dan Pengajaran berjalan seperti biasa walaupun aku tak ade mood pada hari tersebut,sampailah tamat sesi PdPc(malas nak menaip,panjang sangat...😂).

Aku,Aniq dan Mirul bergerak ke tapak perhimpunan untuk solat berjemaah.Selesai kami mengambil wudhuk,seperi biasa akan cari tempat yang luas dan aku nampak depan Nazri dan Zul tiada sesiapa lagi yang duduk.Kami mengambil kesempatan ini.Aku segera duduk de hadapan Nazri dan Zul,aku bersalaman dengan meraka.

Aku bercerita dengan Nazri dan zul tentang hasrat aku untuk mesej  si dia untuk berkawan.Nazri dan Zul memberi sokongan kepada aku untuk aku mesej dia.Aku masih lagi takut walaupun sudah ade beberapa orang yang memeberi semangat kepada aku supaya aku mesej dia.

Habis sahaja imam membaca doa,aku terus bangun untuk memakai kasut dan balik.Time aku sedang memakai kasut dan sambil berbual dengan kawna-kawan aku,si dia lalu depan kita orang lalu menuju ke koperasi sekolah.

Aku masih memerhati dia sampailah dia hilang daripada pandangan aku aku.Aniq,Nazri Amirul dan Zul turut melihat Si Dia yang lalu sebenatar tadi.Hilang je Si Dia,mereka semua memandang aku,

''kenapa korang tengok-tengok dia.Dia aku punyalah,sibuk je korang ni...''.

''Yelah...kau je yang boleh tengok dia...''kata Aniq.Yang lain mentertawakan aku dan aku juga turut ketawa.

Bila sampai sahaja aku di rumah,aku terlupa nak mesej dia sebab terlalu penat dan tertidur sampailah masuk waktu Asar.Aku terus bersiap-siap untuk menunaikan solat fardhu asar.Sesudah habis aku menunaikan soalt Asar.Aku terus duduk di Sofa dan mencapai telefon aku yang berada tidak jauh daripada aku.Aku membuka Applikasi instagram dan pergi ke IG dia untuk memulakan mesej aku dengan dia.

SYAMEEL:Hai...assalmualaikum.

Bersambung...

Ade benda tak menarik berlaku time hari keusahawanan,nanti kan part seterusnya.Jangan lupa vote dan komen...bye.

MUSUH NO 1(M1) COMPLETEWhere stories live. Discover now