m.*****:ok
Aku dpt mesej tu dari Si Dia pada 30 minit yang lepas.Aku masih lagi penat yang baru sahaja siapkan kerja rumah yang aku buat.
Jam menunjukkan jam 12 lebih,memandangkan hari ini hari jumaat so aku siap-siap untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang lelaki iaitu pergi masjid untuk solat Jumaat.
Aku tak mesej Si Dia buat sementara waktu sebab aku tak nak kacau dia and nanti dia kata apa pulak kan,nanti dia kata ''haish budak ni...nak ape jelah.Satu hari tak mesej aku tak boleh ke?''.Aku terfikir jugak kalau dia cakap macam tu.Nanti aku kene block macam mana?.
Waktu petang....
Aku mencari kunci moto aku yang entah diaman.Aku ni memang jenis cuai tau.Letak sepah sepah je...lepastu tak jumpa nanti mulalah nak mengamuk,sedangkan mak aku dh pesan banyak kali dh ''letak barang tu biarlah satu tempat,nanti senang nak cari...''.Kata kata mak aku macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
Akhirnya aku jumpa pon kuncinya yang berada di moto.Aku segera menghidupkan enjin motosikal aku dan terus memecut pergi ke kampung sebelah untuk ambik angin dan menengkan fikiran...
Aku berhenti di tepi tasik untuk berehat sebentar.Aku melihat beberapa orang yang sedang memancing dan ada juga yang berbual bual kosong.Aku membuang pandangan aku ke arah tasik dan melihat setiap alunan air yang dilakukan oleh ikan apabila ikan tersebut berada di permukaan air.
Aku berfikir sama ada aku akan dapat Si Dia yang telah ambil hati aku ni atau hanya jadi drama je...Aku menaiki moto ku semula dan terus memecut meninggalkan tasik yang tenang tu...
Malam tu aku sambung semula stalk dia.Aku tengok dan perhatikan setiap satu satu gambar yang dia post...
aku melihat sambil berfikir ''kenapalah kau ni comel sangat?''.Aku memulakan mesej aku dengan permulaan dengan salam.
Syameel:Hi assalamualaikum
m.*****:waalaikummussalam.hi
Syameel:Nak no telefon boleh tak?senang sikit nak chat dekat wassp,susah lah chat kat sini...kalau tak boleh tak ape.
m.*****:tak ade buat ape ape.boleh je...
Syameel:Esok awak datang tak hari kantin?
m.*****:insyaallah datang...
Syameel:Nak guna awak saya ke aku kau?
m.*****:up to you...
Syameel:guna awak saya lah sebab kalau guna aku kau takut terguris hati pulakkan...oklah awak,saya nak out dulu.Jumpa esok byee...
m.*****:ok..bye.
Aku menutup applikasi instagram dan terus menutup phone aku sambil aku berfikir ''apa nak cakap kalau jumpa dia?''.Aku terus melelapkan mata aku dan terus dibuai mimpi di malam hari...
Hari Ahad...
Hari ini aku semangat nak ke sekolah sebab yang pertama ialah hari kantin.Ofkoslah makanan dulu...Second harap dapat jumpa dia lah nanti...
Aku menghidupkan enjin motosikal aku dan terus pergi menuju ke sekolah yang tercinta...cehhh tercinta konon padahal nak makan je tu...Aku menyusun moto aku dan bergerak menuju ke dewan terbuka sebab ade perasmian lah apelah...menyusahkan betullah...
Aku berjumpa dengan Aniq,Amirul,nazri dan Zul.Aku bersalaman dengan mereka dan bermulalah gosip mak jemah pagi pagi ni...
Tamat sahaja perasmian yang dilakukan pengetua,semua pelajar dibenarkan untuk pergi shooping...😂.Aku mengikut jejak langkah Aniq dan Amirul sebab lepas ni kita orang nak pergi rumah hantu pulakkkk...😈.Nak kata seram,seramlah jugak budak Pra U buat rumah hantu...
Setelah semua selesai beli makanan dan minuman,kita orang bergerak ke rumah hantu...hihihihi.
Kita orang terpaksa beratur panjang sebab setiap tahun rumah hantu dapat sambutan hangat daripada semua pelajar.Aku pun tak tahulah ape best sangat rumah hantu,ade hantu dan menakutkan pulak tu,diaorang suka masuk rumah hantu...pelik bin ajaib,eleh cakap orang kau pun masuk jugak kan...
Setelah sampai di hadapan rumah hantu aku dah rasa seram sejuk je masa tu,nasiblah rumah hantu ni masuk tiga orang sekali...Aku berasa seram sejuk gile time nak masuk dalam.
Aku terpaksa memegang lampu dan terpaksalah duduk hadapan sebab siapa pegang lampu dia kene duduk depan sekali.Yang Aniq dengan Amirul pegang beg aku...Aku berlagak macam tak takut,padahal dalam hati ni mintak mintaklah jangan hantu tu pegang aku ke,jerit kat aku ke.
Aku acah acah tak takut macam lelaki sejati lah kononya....Aniq tunduk je sambil pegang beg aku,yang amirul aku tak pasti ape jadi kat dia sebab tak pandang belakang pon,lantak dialah nak jadi ape kt dia,kene makan ke,kene cekik ke atau kene ngorat dengan hantu tu ke aku tak kesah,janji aku nak keluar secepat mungkin dari rumah hantu yang memang berhantu dengan pelajarnya...
Aku berjaya keluar dengan selmat nya tanpa sebarang kecederaan.Aku tengok Aniq dan Amirul dan macam betul betul nampak hantu dah....Time ni aku pikir sekejap ''kt mana Si Dia ni,tak nampak pon...''.
Aku sambung bershooping sampailah jam 12.30 tengah hari.Aku mengala ke pondok belakang seorang diri sebab sebelum aku gerak aku dh berpesan pada Aniq dan Amirul yang aku nak kebelakang nak ambik sikit,padahal nak cari Si Dia...
Aku bergerak dan duduk sambil termenung Si Dia yang comel kt depan aku.Time tengak megelamu.Aku macam perasan ade orang di pondok seberang.Bila aku perhatikan betul betul rupanya Si Dia tengah lepak dengan kawan kawan dia yang lain.Aku berfikir beberapa kali sama ada nak lalu depan dia atau tundakan sahaja harapan yang aku nak lalu depan dia...
Aku ambik keputusan tak payah lalu depan dia.Aku bergerak ke dewan terbuka sebab nak bersama semula bersama Aniq dan Amirul yang pada awalnya sebelum aku meninggalkan diorang berdua di dewan terbuka.
Aku tercari cari di mana kelibat si Aniq dan Amirul di mana ntah.Jam menunjukkan pukul 1.15 minit petang menunjukkan akan masuknya waktu solat fardhu zohor.Aku ambil keputusan untuk pergi ke belakang semula sebelum pergi ke surau untuk mengerjakan solat zohor.Sebab aku nak lalu depan dia sebab aku nak tegur dia dan berbual bual dengan dia.
Aku bergerak ke belakang sambil jantung aku berdegup laju kerana takut,nervous dan seram.Hahahahaha.Aku nampak dia tengah berbual dengan kawan kawan dia yang lain yang agak rancak.
Setiba aku lalu di situ aku berasa....
Sorry guys sebab lambat update sebab exam yang macam nak hape ntah...Yang paling sedih aku bergaduh dengan Aniq...Aniq sorry aku stress malam tu,sorry teremosi dengan kau....Aku rindu kau😭.
Jangan lupa vote dan komen...bye
YOU ARE READING
MUSUH NO 1(M1) COMPLETE
RomanceBagaimana aku ternampak,terkenal dan terjatuh.Jatuh?alahhh,pikir lah jatuh apeee???.Kisah ni mcm mn aku cuba nk tackle senior aku pada tahun lepas,ye 2017.Masa tu aku form 4. Aku dh berjanji dlm hati ini supaya sentiasa setia pada seseorang yg berja...