Bab 1

35 1 2
                                    


HARI  sudah menjengah malam. Guruh berdetang-dentum, kilat pula menyambar-nyambar.

Budak lelaki itu teresak menangis. Bersendirian ditemani gelap malam, badan juga basah kuyup dek terkena hujan lebat itu. Tempat berteduh juga tak ada.

"Mama! Papa!" Hanya kedua nama itu diseru namun sia-sia kerana hanya bunyi cengkerik  sahaja membalas.

Kini dia berada di kawasan yang berhampiran dengan jurang yang sangat dalam.

Dia boleh sampai kesitu kerana mengejar kucingnya, Koko.

Dia sesat disitu. Hilang arah kerana asyik kejar Koko. Koko lari dari perkarangan rumahnya tadi kerana mengejar seekor kucing betina yang entah datang dari mana. Koko mengejar kucing betina itu sehingga ke tempat sunyi ini. Kucing betina itu pula tiba-tiba hilang.

Koko meningkus pula bila  terlihat  seekor katak  tinggi melompat ke dalam jurang lalu Koko tergelincir jatuh. Dia sedih kerana tak sempat menangkap Koko dan dia tak boleh terima hakikat yang Koko dah tak ada. Koko dah mati.

Hanya Allah saja yang dia tahu bagaimana dia terlalu sayang akan Koko kerana Koko ialah kucing peninggalan arwah neneknya. Kokolah satu-satu pemberian bermakna arwah nenek kepadanya dimana sekarang sudah tak ada lagi.

Maafkan Qaleef nek. Qaleef tak pandai jaga Koko. Nenek mesti kecewa kan dengan Qaleef. Kalau nenek ada lagi mesti nenek rotan Qaleef kan?Qaleef memang patut kena marah dengan nenek. Marah Qaleef nek! Rotan Qaleef! Makin laju air mata mengalir dipipi.

Seluruh badan sudah mula gigil. Mata ditebar ke seluruh kawasan. Kawasan yang sangat sunyi. Satu rumah pun tak ada. Tempat ini sepertinya kawasan larangan. Pertama kali dia sampai disini kerana Koko. Tempat ini rasanya sangat jauh dari rumahnya.

Dari jauh dia ternampak seperti kelibat orang. Betul, perasaan dia tak salah. Benar-benar pelosok seseorang datang dari arah itu. Pelosok itu makin dekat dengannya.

Dia sedikit gembira kerana akhirnya ada orang disini.

"Tolong saya, saya sesat, saya nak balik rumah, saya nak mama..papa," rayunya bersungguh-sungguh. Wajah orang itu cuba dilihat namun dek kerana cuaca yang gelap, wajah itu terlihat samar-samar sahaja.

Susuk tubuh lelaki. Hanya itu dia dapat cam.

Beberapa saat kemudian. Tiba-tiba kedua belah bahu dia dipegang oleh lelaki misteri itu. Lelaki misteri itu mula menolak budak itu sehingga betul-betul rapat dengan jurang.

"Pakcik..pakcik nak buat apa ni?!" Dia menjerit kuat. Tangan lelaki yang memegangnya begitu kuat sehingga tak mampu dia leraikan.

Sedikit demi sedikit ditolak sehingga kaki sudah tidak mencecah bumi kalau dilepaskan sudah tentu jatuh. Kenapa lelaki itu ingin berbuat jahat padanya! Apa salahnya?!

"Tolong jangan lepas aku dalam jurang! Jangan bunuh aku!"

Namun lelaki misteri itu melepaskannya juga tanpa rasa belas kasihan.

Akhirnya dia melayang jatuh.

"Aaaaa!!!!!"

Lelaki misteri itu berlalu pergi sambil menguntum senyuman puas hati.

Dengan kuasa ilahi dia tak jatuh menyembah bumi kerana dia sempat memaut di dahan kayu itu.

"Tolong!! Tolonggg!!" Sekuat hati dia menjerit. Dia tak tahu sampai bila dia mampu bertahan kerana badannya terasa semakin lemah. Bahunya juga sakit,pedih kerana terseser dengan dahan kayu tadi.

Mungkin takdirnya memang mati.

"Ya Allah macam bunyi suara orang minta tolong aje, isk betul ke orang? Jangan-jangan.." Terhenti disitu. Dia pantas menggeleng. Takkanlah. Johan meneguk air liur. Niatnya  ke tempat ini nak mencari cacing untuk dibuat umpan memancing di sungai terdekat. Kawan dia kata banyak cacing kat sini. Banyak cacing ke banyak hantu? Bulu roma dah meremang.

MY IMPECABBLE HEROWhere stories live. Discover now