Jam 8:30 malam. Razin ralit menonton berita di ruang tamu bersama papanya.
"Eh banyaklah kes bunuh, apa nak jadilah dunia sekarang," ujar Borhan sambil menggeleng-geleng kepala.
"Tu lah pa, manusia takde hati nurani sanggup membunuh,"Razin setuju dengan papanya.
Pelbagai tajuk kes bunuh dikemukakan pembaca berita malam ni. Kes bunuh bayi, kes bunuh kanak-kanak jual organ, kes bunuh hartawan, kes bunuh keluarga sendiri, kes bunuh rakan kerana dendam.
"Suspek membunuh masih dalam buruan polis," ujar pembaca berita itu.
Iklan.
Sangat menyakitkan hati Razin mendengar sebaris ayat itu. Kenapa susah sangat nak tangkap pembunuh tu?!
Kisah lelaki misteri yang ingin membunuhnya sentiasa segar di ingatan. 10 tahun berlalu. Kebalkah orang tu? Hidup lagi kah?
" Razin Qaleef Rayqal ," Lamunannya tadi terhenti bila mamanya memanggil. Mamanya sahaja yang rajin panggil nama penuhnya itu.
"Apa ma?"
"Takdelah mama nak tanya, macam mana hubungan kamu dengan Tasnim sekarang? Takde perkembangan ke? Yelah nak bertunang ke? Kahwin ke?" Tanya Rose sambil mengusik anak keduanya itu. Anak sulung lelaki sudah mendirikan rumah tangga. Anak bongsu perempuannya masih belajar di Korea dalam jurusan medical. Tinggal dua orang lagi yang belum kahwin.
"Em macam tu lah ma, belum ada perkembangan, nanti kalau ada Razin lekas bagitahu ya," jawab Razin dengan nada mendatar. Sudah lali dengan soalan sama yang keluar dari mulut mamanya.
"Janganlah tangguh-tangguh benda baik ni. Tak elok bercinta lama-lama,"
"Razin tak bercinta la ma, berkawan aje. Tak elok bercinta-cintun sebelum kahwin ni ma,"sangkal Razin bersahaja.
"Dah tu lekaslah kahwin, takkan nak berkawan sampai tua?"
"Kalau ada jodoh kitaorang kahwin okay ma?"
"Tahulah Rose, sudahlah paksa anak tu. Biar dia yang tentukan bila dia nak kahwin, kita ni tunggu dan lihat aje," sampuk Borhan.
"Yelah bang. Saja aje Rose nak tanya tadi perkembangan mereka berdua, Rose taknak paksa pun. Tapi Rose berkenan betullah dengan si Tasnim tu, manis orangnya. Dahlah terkenal kat Malaysia ni, yelah pelakon bertudung yang pandai jaga batas walaupun dalam drama. Bukan setakat pelakon terkenal ada ijazah bidang lawyer pulak tu. Famous kita nanti bila anak kita kahwin dengan dia. Mesti penuh media datang rumah kita kan bang? Untung anak kita,"
Razin saling berpandangan dengan Borhan bila mendengar Rose beria-beria memuji Tasnim.
Sejak bila mama fanatik Tasnim ni?
Borhan pula menggeleng-geleng kepala.
"Rose..Rose itu yang awak fikirkan? Untung anak kita kalau dia isteri yang baik buat anak kita, kalau setakat famous tak menjamin kebahagiaan anak buat apa?"
Fuh! Ayat papa tak pernah tak win. Razin hampir meletus tawanya.
"Yelah bang. Saya pun nak yang terbaik untuk anak kita, harap dia mampu buat anak kita bahagia, InsyaAllah,"
Razin hanya diam, malas nak menyampuk perbualan mama dan papa tentangnya.
Tasnim Arisa? Dia kah bakal isteriku? Orangnya baik, cantik. Artis tapi kurang kontroversi macam artis lain. Belum ada gosip bercinta dengan mana-mana artis lelaki.
Ya dia selesa dengan Tasnim. Tapi cinta? Mungkin sekarang cinta tu tak ada lagi kerana cinta itu boleh dipupuk selepas kahwin. Cinta selepas kahwin itu indah. Cinta sebelum kahwin itu gundah. InsyaAllah dia akan memegang prinsip itu sampai bila-bila.
HOT chocolate dikacau perlahan. Tiba-tiba tekak craving nak minum hot chocolate. Petang-petang ni sedap jugak cicah oreo dengan hot chocolate. Favourite doh! Langkah diatur menuju ruang tamu sambil membawa hot chocolate dan oreo tadi. Heira melihat gadis bertocang satu itu ralit menonton tv. Siapa lagi kalau bukan Kaklongnya.Untunglah Kaklong, enjoy aje cuti semester dia. Kaklong sambung master dalam jurusan engineering di Uitm.
Heira setakat ijazah aje. Bukan taknak sambung tapi dia tidak berkemampuan lagi. Kaklong lainlah dapat biasiswa sebab Kaklong pandai. Setiap exam selalu dapat pointer 4.0. Dia? Biasa-biasa aje.
Paling tinggi pun 3.7 tapi alhamdulillah lepas grade aku taklah menganggur. Aku dapat kerja di sebuah syarikat swasta sebagai arkitek tetap. Ingat senang ke nak dapat kerja kerajaan. Sangat-sangat terhad lagi-lagi arkitek macam aku ni sebab tu aku tak kisah kalau dapat swasta pun. Swasta pun swasta lah janji masyuk!
Punggung dilabuh disofa disebelah Kaklongnya. Cawan yang dipegang tadi diletak perlahan di atas meja. Plastik oreo dibuka. Sekeping oreo diambil lalu dicicah perlahan ke dalam hot chocolate itu.
"Best ke cerita tu Kaklong?" Tanya Heira kerana Kaklongnya langsung tak mempedulikan kehadirannya disitu. Oreo tadi disua ke dalam mulut dan dikunyah perlahan.
Nikmat!
"Best lah... Hero favourite aku kot,"
"Yang tua tu ke hero?" Heira sedikit mencebik.
"Hey! Tua-tua pun segak okey," Tingkah Kaklongnya. Pantang bila orang kutuk hero favourite hindustannya itu. Best layan drama hindustan petang-petang. Lakonan mereka real and tak cliche macam drama melayu lah. Dan taklah melalut macam sinetron. Babak buka pintu selalu aje lambat konon nak suspen sangat! Poyo betul. Buat sakit hati aje tengok.
"Err peliklah Kaklong punya taste,"
"Pelik apanya!"
"Kaklong," lembut Heira memanggil.
"Apa dia ?"
"Kaklong nanti Heira dapat gaji hujung bulan ni, Heira bayar balik eh duit kaklong tu?" Bukan apa rasa bersalah pula bila terpaksa minta Kaklong bayarkan guna duit biasiswa dia itu.
Gaji dia memang cukup-cukup aje. Sebulan RM2400 termasuk potongan KWSP. Dia baru 6 bulan bekerja. Kira okeylah dengan orang tak berpengalaman seperti dia ni.
Dengan gaji RM2400 tu lah dia buat bayar bil elektrik, bil air,kereta,PTPTN,belanja barang dapur dan belanja barang keperluan keluarga. Sejumlah khas dia masukkan ke dalam tabung Haji umi. Dan tinggal selebihnya lagi untuk belanja harian.
Jadi takde duit lagi nak bayar spec tu. Jadi terpaksalah minta tolong Kaklongnya bayar dulu tapi Kaklong kata nak belanja. Bukan taknak terima tapi dia cuma kasihan kat Kaklong sebab duit tu untuk study dia.
"Duit apa?"
"Spec mata ni lah,"
"Ya Allah lupa nak bagitahu kau," tangan Hana menampar bahu Heira kuat. Mata Hana tidak lagi fokus pada televisyen itu. Ada perkara penting yang Hana lupa untuk memberitahu adiknya.
YOU ARE READING
MY IMPECABBLE HERO
General FictionRAZIN QALEEF RAYQAL Dr mata dan juga pemilik eyes smile yang menawan. Dimata para gadis, dia sempurna. HEIRA RALISSA cik arkitek. Sedikit brutal walaupun berpenampilan ayu. TASNIM ARISA - Artis dan model terkenal YUSOFF AIDAN - Timbalan Ceo Isycorp...