"Sakitlah kaklong, apa dia?" Soal Heira sambil menggosok-gosok bahunya.
Hana lupa nak bagitahu adiknya tentang hal itu kerana dia ternampak Aiman, crush seuniversiti dengan perempuan mana entah kat mall kelmarin. Ergh geram juga lah. Lepas tu terus dia tarik tangan adiknya keluar dari Mirqal optik tu untuk spy Aiman dan perempuan tu. Spy punya spy, rupanya perempuan tu memang girlfriend Aiman. Heartbroken gila! Hilang segala mood. Boleh pula Aiman pegang tangan dia. Siap rangkul pinggang lagi. Ingat Aiman bukan jenis lelaki macam tu.
"Kaklong?"Heira melambai-lambai kat muka Kaklong yang cam sangat lagi sedang berangan. Time macam ni pun sempat berangan. Parah kakak dia sorang ni.
Hana tersedar dari lamunan. " oh..aku nak cakap yang spec mata kau tu...free of charge! Takde bayaran langsung!"
"Hah?" Heira berhenti mengunyah serta-merta. Mulut mestilah ternganga.
"Seriously masa aku nak bayar, pekerja kaunter tu cakap tak payah,"
"Biar betul kaklong?Takkanlah free kot. Agak-agaklah. Mengarut kaklong serious mengarut gila,"
"Betul! Tapikan Heira orang dah bagi free kita ambil lah, rezeki Allah. Alhamdulilah. Bukan senang rezeki nak datang bergolek macam tu,"
"Pelik! I cannot terima lah, it's a nonsense! Nonsense kaklong!" Bagi Heira tak masuk akal lah kalau tak kena bayar apa-apa. Perkhidmatan percuma ? Ada ke? Mana ada benda free sekarang. Masuk tandas pun kena bayar.
"Dah orang bagi free, kita terima ajelah! Anggap jelah rezeki kau,"
"Mesti ada reason dia bagi free, Kaklong. Kalau dia selalu bagi free kat orang macam tu boleh bankrup kedai dia tu," Heira membetulkan kedudukannya. Hati sudah merasa tidak senang. Kedai optik tu bukan calang-calang kot. Takkan sesenang tu dia bagi free barang dia? Perkhidmatan dia?
"Kaklong pun tak tahu wahai adik ku sayang. Maybe kedai dia tengah buat amal jariah kot masa tu, kalau betul semoga murah rezeki mereka amin,"
"Ke ada orang lain bayarkan?" Otak Heira masih ligat mencari alasan yang logik. Dia menghirup sedikit hot chocolate yang beransur sejuk itu.
"Siapa? Secret admire kau? Siapalah nak kat kau Heira?" Ejek Hana lalu dia merampas oreo ditangan adiknya. Disua sekeping dalam mulut.
"Eh sedapnya mulut. Ramailah nak kat I . Kaklong tu takde orang nak. Crush pun dah ada girlfriend," bidas Heira bersama senyuman mengejek.
" Ala ingat dia sorang crush aku? Ramailah..Lelaki yang crush kat aku pun ramai, aku aje tak layan mereka,"
"Eiuww, uwek! Uwek! Nak muntah lah Kaklong, bye Heira naik atas dulu,sila berangan sorang-sorang,"
"Eleh padahal jealous. Kalau jealous cakap jealous kan senang,"
Adik dan kakak sama naik aje sebenarnya. Dua-dua sejenis nak menang. Sama-sama senget.
Tanpa menghiraukan kata-kata Kaklongnya, Heira mendaki tangga untuk masuk ke bilik. Mahu sambung kerjanya melukis plan. Teringatkan kerja terasa mahu menangis. Dalam minggu ni dahlah banyak kali kena pergi ke site. Banyak betul projek Isycorp sejak dua menjak ni. Alhamdulillah dengan itu minta-mintalah gaji aku naik. Amin.
"THANK you so much sudi teman I," ucap Tasnim pada Razin yang lagi fokus drive.
"Most welcome Nim. I sentiasa sudi tolong you. You kan my bestfriend," balas Razin kepada sahabat karibnya sejak sekolah menengah itu.
"Untung I dapat kawan macam you ni. Ya lah you selalu ada ketika susah senang I," Balas Tasnim ikhlas.
"InsyaAllah I will always be with you in your dark and bright times. Definitely that a function of bestfriend,right?" Razin toleh Tasnim kejap.
Tasnim ketawa kecil. Makin terharu. " Thankyou so much! I will be with you too no matter what happen. I promise."
Razin tarik senyum. "Welcome and thanks for being such a good best friend,"
"You know what Zin, memang manusia tak sempurna tapi bagi I you sempurna dalam semua hal,"puji Tasnim lalu memandang sahabatnya lama.
"Amboi apa ni puji-puji. I tak sempurna lah. I pun banyak kekurangan,"laju Razin menafikan.
"I mean your kelebihan menutupi segala kekurangan you. That why I call you perfect. By the way , ini pujian ikhlas dari lubuk hati I yang dalam untuk you, cehhh .."
"Saja lah tu nak buat I terharu. Dahlah Nim puji I. Ni kawan you yang mana punya birthday?" Razin sengaja ubah topik taknak Tasnim terus-menerus memujinya. Bukan apa seganlah juga walaupun sahabat sendiri.
"Fatin,"
"Oh Fatin. Kita kat sana sampai pukul berapa?"
"Entahlah. I'm not sure tapi kalau lambat pun jangan nak ajak I balik awal ya sebab I dah janji dengan Fatin nak stay sana sampai habis event,"
"InshaAllah tak," Tapi kalau lama sangat, gila. Huh tapi kesian kat Tasnim. Dia dah janji nak teman Tasnim. Mujur lah harini bukan syif dia. Syif Dr Amir. Off day harini.
YOU ARE READING
MY IMPECABBLE HERO
General FictionRAZIN QALEEF RAYQAL Dr mata dan juga pemilik eyes smile yang menawan. Dimata para gadis, dia sempurna. HEIRA RALISSA cik arkitek. Sedikit brutal walaupun berpenampilan ayu. TASNIM ARISA - Artis dan model terkenal YUSOFF AIDAN - Timbalan Ceo Isycorp...