Keadaan semakin lengang. Heira pula masih disitu, matanya tertumpu pada mangsa lemas yang alhamdulillah sudah sepenuhnya sedar.
"Macam mana adik, okey dah ke?" Soal lelaki yang masih disisi adik itu.
"Hmm, terima kasih bang," Mangsa lemas yang berusia 12 tahun itu cuba kuatkan dirinya. Dia bangun dari berbaring.
"Sama-sama," balas lelaki itu ceria.
"Jom adik, kita balik," Kakaknya begitu rungsing tadi hingga sekarang hatinya masih trauma. Sudah tidak mahu disini dan dia ingin membawa adiknya pulang ke rumah.
"Baik Kak," akur adiknya.
Dua adik-beradik akhirnya berlalu pergi.
"Razin, good job! I'm proud of you,"ucap Tasnim.
Razin?
Perempuan yang berdiri sambil memandang lelaki itu, Tasnimla! Baru perasan kerana tadi kalut tengok mangsa lemas tu aje.
Wahhhhh..Tasnim mesti kenal lelaki itu. Siapa ya lelaki itu? Boyfriend dia? Alamak. Sebelum ni Tasnim ada keluar statement yang dia taknak bercinta dengan sesama artis.
Dan lelaki itu mestilah bukan artis.
Aku ship dia dengan Syafiq Kyle dalam drama terbaru dia tu. Haha aku ship diorang dalam drama aje.
Hati dia ni nak sangat tengok rupa lelaki yang bernama Razin itu. Yelah mana tahu lagi handsome dari Syafiq Kyle. Makin nak tahu sebab lelaki itu ada kaitan dengan Tasnim.
"Hmm Tasnim boleh tolong I tak?"
"Tolong apa? Anything for you,"
"Ambil towel dalam kereta I, kat seat belakang,"
"Oh okay boleh aje, tunggu jap ya,"
"Okay thankyou Nim," .
Tasnim berlalu pergi. Kawan-kawannya ikut sama pergi. Tinggallah Razin sendiri disitu.
Razin masih duduk disitu. Malas nak bangun dek badannya yang habis basah. Pasir pantai juga habis melekat di pakaian. Rimas! Itulah perasaan yang dia rasakan sekarang.
Lelah berenang tadi masih terasa. Lama sudah dia tak berenang, mungkin itu penyebabnya.
Demi menyelamatkan nyawa adik tadi, dia sanggup berkorban. Harap adik itu takkan merasa trauma sama dengan trauma yang dia rasa selama bertahun-tahun. Walaupun situasinya berbeza tapi kedua-dua situasi itu boleh meragut nyawa.
Okey line dah clear Heira.
Heira perlahan melangkah untuk misi melihat wajah lelaki itu.
"Aucwhhhh!!" Jerit Heira. Kakinya seperti terpijak sesuatu yang tajam.
Razin pantas menoleh bila terdengar suara menjerit.Dia melihat perempuan yang macam dia kenal di belakangnya.
Heira terduduk disitu untuk melihat kakinya. Alamak berdarahlah! Kakinya terpijak kulit kerang yang tajam.
" ya Allah sakitnya," keluh Heira sambil membelek-belek kakinya perlahan. Dalam juga luka ni. Tak dalam macam mana tengoklah betapa tajamnya kulit kerang ini.
"Are you okay?"
"Okay," Heira mendongak.
Gulp!
Tergamam gila Heira. Mahu aje terpelanting dua biji mata.
Wajah itu!
Kat sini!
YOU ARE READING
MY IMPECABBLE HERO
Genel KurguRAZIN QALEEF RAYQAL Dr mata dan juga pemilik eyes smile yang menawan. Dimata para gadis, dia sempurna. HEIRA RALISSA cik arkitek. Sedikit brutal walaupun berpenampilan ayu. TASNIM ARISA - Artis dan model terkenal YUSOFF AIDAN - Timbalan Ceo Isycorp...