Bab 6

12 1 0
                                    

"KAKLONG nak pergi mana? Harini takde mood lah nak pergi jalan-jalan," Heira benar-benar malas.

"Biasalah hujung minggu kita ke pantai, berkelah,"

"Malas ikut lah, orang ada banyak kerja lagi ni, serabut kepala otak,"

"Tujuan kita ke pantai pun untuk release tension, sure boleh hilangkan kepala otak kau yang serabut dengan kerja kau yang banyak tu, kita pergi kejap aje bukan lama pun adikku sayang, so cepat siap,"

"Hmmm Kaklong pergi je lah dengan umi ," Heira tetap menolak.

"Oh so beranilah duk sorang-sorang kat rumah ni?" Hana cuba menakuti adiknya.

"Berani aje, nanti orang kunci semua pintu," Betul-betul tak mahu pergi kerana badannya terasa letih sangat. Semalaman duk lakar plan tu sampai bengkok badan-badan.

"Bukan tu yang Kaklong maksudkan tapi berani ke kalau ada benda lain teman? Heheheh," Hana buat gaya hantu ketawa. Saja nak takutkan adiknya.

"Eh Kaklong ni siang-siang mana ada hantu. Yang hantu tu Kaklong ada lah. Ada ke patut nak takutkan orang. Ingat orang takut ke?"

Taktik Hana tak menjadi nampaknya. Lupa adik dia memang brutal, sejenis tak takut hantu.

"Please adikku, kalau kau pergi kan lagi meriah. Lagipun siapa lagi aku nak ajak. Kita cuma bertiga aje," Hana buat-buat muka sedih sambil memujuk.

Haih mula dah Kaklong ni. Mulalah buat aku rasa serba salah. Hm memang mereka cuma bertiga. Ayah mereka dah takde. Hana dan Heira berstatus anak yatim sejak kecil lagi.

"Yelah...."

"Ha macam tu lah! Cepat siap! Umi dah lama tunggu dalam kereta tu,"

"Ye!"

SAMPAI pun kat pantai Morib Banting. Penat-penat pun, siapa tak teruja kalau nampak pantai. Tenang rasa jiwa. Terasa hilang segala beban di kepala.

Umi dan Kaklong sibuk menghidang makanan dan minum.

Heira menghirup udara. Wah segarnya udara. Nyaman rasa jiwa.

Heira memutar-mutarkan badannya kerana terlalu seronok. Feel sangat kau Heira!

Pegun Heira ketika ini. Ada perkara yang menarik perhatiannya. Betul ke apa yang aku nampak ni? Bagai tidak percaya!

"Kaklong!!!" Jeritnya sedikit kuat.

"Ada apa?!" Hana pelik melihat adiknya sampai terlompat-lompat. Dia masih sibuk menghidang makanan bersama umi.

"Sinilah cepat Kaklong!!"

Haish ada apa lah budak ni. Akhirnya Hana bangun juga.

"Kenapa dengan adik kamu tu?" Ayana juga pelik dengan kelakuan Heira. Terlompat-lompat.

"Tahulah umi. Tetiba aje. Kejap Kaklong pergi tanya dia kenapa,"

"Kaklong sinilah cepat! Cepat!"

" aku datang lah ni, terpekik-pekik,"

Heira terus menarik lengan kakaknya.

"Ada apa kau ni?? Ha?"

"Kaklong, perempuan tu bukan ke Tasnim Rashid? Pelakon drama terkenal tu," jari telunjuk Heira dihala ke arah yang tak jauh sangat dari kedudukannya itu.

"Yang kau excited lebih kenapa? Biarlah dia. Tu pun nak kecoh. Ingatkan nampak siapa tadi sampai terlompat-lompat. Ingatkan nampak Justin bieber ke? Ni nampak artis Malaysia," Hana kurang teruja. Baginya biasalah terserempak artis Malaysia kat sini sebab artis pun manusia juga nak enjoy!

"Cantik betul dia depan-depan!"

"Artis memanglah cantik,"

"Tapi Kaklong, mereka buat apa eh kat sana tu? Macam ada birthday party aje, bestnya!" Terlihat ramai yang sedang berkumpul disitu. Bestnya kalau boleh jadi sebahagian disitu.

"Taknak pergi ambil gambar ke dengan artis kesukaan kau tu? Peluang datang sekali aje,"

"Taknaklah, malu ramai orang kat situ,"

"Hana, Heira meh makan ni," laung Ayana.

"Ye umi kejap lagi, Heira rasa nak jalan kat tepi pantai dululah, Bolehkan? Baru sampai ni Heira ingat nak take a breahthe dulu la,"

"Okey, cepatlah! Nanti mi goreng ni sejuk, tak sedap nanti,"

"Baik umi kejap aje!"

"Kaklong taknak ikut?"

"Taknak, aku nak makan,"

"Okay,"

Kini Heira berjalan-jalan di tepi pantai. Seliparnya ditanggalkan. Basuh kaki jap!

"Cantiknya permandangan MashaAllah. Indah ciptaanMu," beberapa keping gambar permandangan disnap dan beberapa gambar sendiri disnap.

"Tolong!!! Tolong!!! Adik saya lemas, tolong!!! Tolong!!!"

Heira terus mendongak bila banyak perkataan 'tolong' bergelegar di cuping telinga. Heira melihat ada budak lemas yang hanyut disana dan suara minta tolong itu adalah dari wanita itu.

Ya Allah ya rabb. Kalau dia pandai berenang dah lama dia tolong. Hanya mampu menonton. Kini ada seseorang lelaki berenang ke arah budak itu. Alhamdulillah!

Kecut perut Heira menyaksikan perkara yang tak disangka-sangkakan itu. Mulut diterkup. Mata hanya fokus pada mangsa lemas itu yang telah berjaya digapai oleh lelaki tadi. Ya Allah selamatkan lah mereka berdua.

Dan akhirnya, budak itu telah ditolak ke tepi pantai oleh lelaki itu. Alhamdulillah lelaki itu berjaya menyelamatkan mangsa lemas itu. Heira terus berlari ke sana.

"Adik bangun adik!" Wanita yang seperti kakaknya menangis melihat adiknya tak sedarkan diri.

"Adik! Kenapa tak dengar cakap kakak jangan mandi jauh-jauh.. Hm bangun adik..bangun,"kakak itu menggocang kuat badan adiknya. Budak itu masih terpejam kaku.

Lelaki itu meletak jari dinadi budak itu. "Sabar ya, dia masih bernyawa,"

"Dia hanya perlu buat bantuan pernafasan," sambung lelaki itu. Pantas dia buat pernafasan CPR di mulut budak itu.

"Uhuk!! Uhukk!!" Tersembur keluar air yang dia telah tertelan.

"Alhamdulillah," ucap semua disitu termasuk Heira.

"Terima kasih encik. Kalau encik tak ada mesti adik saya..."

"Allah masih panjangkan umurnya. Allah dah takdirkan dia selamat. Tak kira lah ada saya ke takde saya ke kalau Allah kata selamat maka selamatlah dia,"potong lelaki itu bersahaja. Sejuk hati Heira mendengar. Baik betul lelaki itu. Alahai cair.

Mahu saja Heira melihat wajah lelaki itu. Heira mampu menengok dari susuk belakangnya sahaja . Tambah pula ramai yang sedang mengerumi mangsa sehingga susah Heira nak melihat wajah lelaki itu.

Tapikan suara lelaki tadi sungguh familiar.

MY IMPECABBLE HEROWhere stories live. Discover now