"MIRQAL Optik," Heira dan Hana sesama membaca nama kedai itu.
"Hah jumpa pun!" jerit Heira perlahan.
Tadi puas pusing-pusing satu mall cari Mirqal Optik ni. Ramai yang rekomen kedai optik ni sebab servicenya tiptop! Layanan first class ! Barang berkualiti! Harga berpatutan!
Heira terbaca kat page kedai optik ni kat facebook semalam. Ramai sangat yang komen kedai optik ni bagus. So apa lagi.. Alang-alang dia tengah cari cermin mata yang baru ni. Ofcoureslah kali ni dia nak yang berkualiti tinggi. Kalau jatuh takkan pecah lagi dah.
Trauma beb!
"Ya cik berminat nak buat cermin mata?" Ramah pekerja disitu bertanya. Heira automatik angguk. Mata sudah tak senang duduk memerhati koleksi bingkai-bingkai cermin mata disitu.
"Yes adik saya nak buat spek,"
"Kalau macam tu cik boleh pilihlah model bingkai cermin mata yang mana cik suka, banyak stok yang baru sampai, cantik-cantik. Ha yang tu cermin mata trend zaman sekarang. Paling latestla,"
"Okay nanti adik saya pilih,"
"Baiklah,"
"Kau nak yang mana?" Soal Hana sambil memerhati barisan cermin mata itu.
"Nak spek bulat, style sekarang tu,"
" yang ni," tunjuk Hana.
"Haa, eh bukanlah Kaklong, yang kecik sikit bulatnya. Taklah besar macam ni," komen Heira lalu menggeleng-geleng kepala. Matanya kembali memilih yang berkenan dihati. Ha Heira ni bab memilih jangan main. Cerewet sikit.
"Haaa yang ni!"
"Sama aje besarnya," kaklong mencebik.
"Lainlah Kaklong, yang ni kecik sikit, tengok Heira pakai, cantikkan?" Heira mencuba spek yang dia pilih tadi. Cermin petak disitu ditiliknya sambil memuncungkan mulut, konon cute.
Hana tunjuk muka jengkel melihat aksi gedik adiknya itu.
"Cantik," balas pekerja itu ceria. Lain ditanya lain pula yang jawab.
"Tak payah cakap banyak bagi spek itu kat sis tu,"arah Hana. Lambat-lambat Heira menanggalkan cermin mata itu lalu dihulur kepada pekerja itu.
"Cik suka yang ni. Okay jom ikut saya jumpa optomestrist untuk test mata Cik. Sebelum tu, akak sila ke kaunter untuk isi borang, kami nak ambil maklumat adik akak untuk dimasukkan dalam maklumat urusniaga kami,"
"Okay kau pergilah," Hana ke kaunter pendaftaran.
Tanpa lengah Heira terus membuntuti sis tadi.
"Rayqal! Ni ada customer nak test mata,"
"Oh suruhlah dia masuk Rin," balas optometrist itu.
"Masuklah Cik, dia Dr mata yang akan test mata awak,"
Heira hanya mengangguk lalu masuk ke dalam bilik test mata itu.
"Have a seat, nanti saya akan test mata awak,"ujar Dr Rayqal tak mengangkat mukanya yang lagi sedang menghadap computernya itu. Jari-jemarinya juga sedang menari-nari di atas keyboard itu. Gayanya sibuk sekali.
Heira teguk air liur. Layak sangat jadi Dr mata. Kalau mata kotor, tak payah susah-susah pakai Eyemore, tengok muka dia pun boleh cuci mata.Istighfar Heira. Berdebar-debar rasa jantung.
Muka dia sangat charming! Kenapa Dr yang akan test mata dia perlu handsome begini?!
Dr Qaleef Rayqal. Chewah nama pun, sesuai sangatlah dengan muka tu. Sempat Heira mengerling tag nama dan gambar dia yang elok tergantung kat leher tu.
YOU ARE READING
MY IMPECABBLE HERO
General FictionRAZIN QALEEF RAYQAL Dr mata dan juga pemilik eyes smile yang menawan. Dimata para gadis, dia sempurna. HEIRA RALISSA cik arkitek. Sedikit brutal walaupun berpenampilan ayu. TASNIM ARISA - Artis dan model terkenal YUSOFF AIDAN - Timbalan Ceo Isycorp...