01 ; dare

390 21 3
                                    

+

" pusing cepat botol tu ! tak shabarrrr nak tengok sapa kena muahahahha . " vernon bergelak
sakan sementara kawannya yang lain hanya memandang kosong.

jhope pun apa lagi , botol yang sedia
ada di tangannya terus diputarkan di
tengah tengah bulatan .

pusing , pusing dan pusing ..

" ALAH , PAHAL AKU PULAK KENA
NI ? TAK MASUK AKAL ! jhope kau guna kuasa apa ha sampai asyik kena aku je ?! "

joon menghentakkan kakinya di atas
lantai , tanda kemarahan sebab botol asyik berhenti di tempat yang dia
duduk . truth or dare kalau main , memang akan kena dia je .
terpaksa pilih dan redha je la baek joon ..

" hotak kau kuasa . pilih cepat truth or dare ? " jhope memandang ke arah joon yang sedang membuat
muka cemberut nya .

" dare la joon ! dare laaaa . " jaemi , kawan baik joon mula menarik - narik tangan joon supaya mengikut
kehendak rakan baiknya itu .

" ishhh , yela yela kalini je eh aku main benda alah ni . aku campak jugak kang botol ni . " joon membuat
gaya nak balik botol tersebut , tapi cepat - cepat vernon ambil dari tangan joon . joon ni bukan boleh chill , buatnya dia baling botol tu dekat kepala jhope , ha naya je anak
teruna orang tu

" hm papejela joon , baik kau
pilih cepat . berjanggut aku tunggu . "
vernon menggeleng perlahan melihat  muka joon yang merah habis . tadi kena truth ni dare pulak aih , kesian budak gengster celup ni . well. baek joon ni agak gengster la jugak , dia bukannya wanita terakhir di korea , mahupun memakai hanbok atau barang perhiasan . dia lagi gemar
memakai pakaian sempoi atau sedap
dipanggil swag .

rambut yang diikat ponytail dan muka yang seakan - akan awek cendol menambahkan kecomelan
baek joon , dan dia agak disukai oleh ramai namja dekat sekolah . cuma dia jual mahal , katanya jadi single lagi best , tunggu crush masuk meminang .

" k , dare ! cepat la dare aku ! setakat menari alien hijau depan pagar
sekolah aku tak kecut arr . "

" ok , kalau macam tu kalini agak extreme dan memalukan . dipersilakan ketua jhope untuk bagi
dare yang sesuai untuk cik joon kita."  vernon dan jaemi mula memandang muka jhope yang agak , em mungkin
dia tengah berfikir . nampak berkerur semacam je dahi .

"... ok , aku cadangkan .. kau kena pikat crush kau dalam masa sebulan . cukup sebulan kau tinggal dia , and kau akan dapat payment sebanyak mana pun kau nak . deal baek joon ? "

jhope menghulurkan tangannya ke arah joon , muka joon agak terkejut mahupun terkentut , siapa je nak pikat jeon jungkook merangkap crush baek joon yang sudah lama dia suka semenjak tingkatan satu , ramai yang tahu si juon jungkook ni agak
dingin macam ais batu campur , dan
cendol . muka seketat ketat kain sajat , mata macam pedang hiroshima yang mampu menjeling manusia
sehingga terkena serangan jantung.

sedingin dingin peti ais rumah joon , dingin lagi jeon jungkook si crush tak guna yang tak pernah nak notice si seketul joon yang macam kentang
basi ni . tomboy , pastu jual mahal . cuma muka dia ayu dan mampu membuat mana mana lelaki jatuh hati kepada joon.  cuma dia je tak tahu keistimewaan dia tu . ceh

tapi itula ... tak mampu untuk buat jeon jungkook jatuh hati kepada joon.
bomoh mana si jungkook ni pakai sampai tak pandang joon yang
terkapai - kapai menunggu jungkook
untuk notice dia , sekali pun jadila.

ini tak .. lalu sebelah pun jungkook
pandang straight je no belok belok. cuma joon yang pandang jungkook sampai nak tembus mamat ais batu ni.

" .... "

" oi ! kau nak tunggu aku jadi kerepot dulu baru kau nak sambut huluran tangan aku yang fab ni ke ? " jhope mematikan lamunan joon yang dari tadi terkejut . lama benor shook nya , biar kebenaran ?

" aish , dare je pun no problem . "

joon menyambut huluran tangan jhope yang sudah lama lenguh menunggu jawapan dari joon . itula kalau bercerita pasal si mamat ais batu tu , mahu 1k words habis . macam macam perangai mamat ais batu tu buat . eleh senang cerita dua dua jual mahal .

" okey , joon bersiap sedialah malam ni dare kau akan start . jhope akan bagi nombor telefon jungkook , and information yang lain . gerak lu pape jangan roger ! bai jaemi , jhope ! " vernon berjalan meninggalkan kami , terkulat kulat memandang dia yang selamba pergi . hoi salam takde ke ?

" k aku pun nak gerak lah , malam ni aku kasi info pasal jungkook . and one more thing , jungkook still single so jangan risau ok . bai korang " jhope pun tinggalkan kami ke ? k nampak sangat aku dengan jaemi forever alone huhuu .

" joon , jom minum coolblog . aku belanja sempena dare kau yang berani mati ni HAHAH . " jaemi bangun lalu menarik tangan joon untuk berjalan sebelah dia .

" eleh , kau nak beria kenapa ? susah bodoh nak tarik perhatian si mamat ais batu tu . kau ingat senang ke ha ? jhope ni saja kenakan aku ke apa ? " joon membuat muka sedih bila mengenangkan yang dia kena pikat crush tercinta , uhukk tercinta la sangatttt . nak notice joon pun tak pernah . blah la kau juon jungcook !

" hm takpe , aku kan ada . nanti aku tolonglah kau bagi tips untuk memikat crush , ke kau baca fanfiction misi memikat crush + please dont ke ?  mana tahu dapat pikat jungkook ke , haa . " jaemi cuba memujuk rakannya yang dari tadi muka masam macam makan asam jawa . HAHAHA K HAMBAR .

" thanks jaemi , kaulah kawan dunia akhirat akuuuuuuuu , peluk sikitt " joon mendepakan tangannya ke arah jaemi dengan harapan yang jaemi akan memeluknya juga .

" eee bau ketiak busukk , sah tak mandi HAHAHA . "

" tahi kau la ! aku baru je mandi . meh sini aku cubit bontot kau ! " joon mengejar jaemi yang cuba melarikan diri . kau jangan si gengster celup kejar kau tu jaemi .



+

well , tangan aku takkan pernah penat untuk mengetaip ff baru :')

just enjoy♡ ! abaikan typo ok 🙇

mamat ais batu ; jjk [전정국]Where stories live. Discover now