21 ; cemburu

194 15 8
                                    

+

" yey tak sabarnya aku nak cuci mata tengok jin sunbae, agak agak dia hensem tak harini ngeeee. " jaemi menepuk nepuk bahu joon yang berdiri disebelahnya bersama beg besar digendong di belakang.

" hoi engkau kalau nak bercerita pasal jin syaitan kau tu pastu tangan kau tak reti duduk diam aku malas ah pergi macamni. dah la berejam menunggu basnya, apa driver bas tu cirit birit ke apa? "

jaemi hanya tersengih seperti kerang busuk. tangannya cuba dikawal agar tak melebihi had. mulut yang cakap tangan yang over gituw.

dalam keadaan murid yang lain termasuk joon dan jaemi yang terpaksa berdiri di tapak perhimpunan bak berada di padang pasir yang hangat, seketul jaemi dan joon dikejutkan dengan sorakan murid mana entah.

" woo jungkook sunbae pergilaaa."

" ish hensemnya geng 7 orang ni, nak satu boleh tak ehe."

" hensem lagi atuk aku heh."

serentak joon dan jaemi memandang belakang, hm siapa lagi kalau bukan geng jungkook tu. mentang mentang hensem mengalahkan bang jat, tergugat joon usha diorang. dah la tengah panas pastu ada sikit peluh peluh di dahi jungkook pergh!

" eh joon, ada pulak crush durjana kau tu. aku pikir dia tu putera lilin acah anak manja taknak duduk kat hutan belantara. " jaemi mencuit bahu joon yang masih memandang jungkook dan ahlinya di hujung stesen bas.

" entah aku expect yang dia akan duduk rumah goyang kaki. heh tapi aku still rasa nak campak dia masuk laut. dasar lelaki " joon sempat menjeling jungkook walaupun jungkook takkan nampak.

jaemi hanya menggelengkan kepala. dua dua keras hati, bila berjumpa je mesti bergaduh takde beza dengan anjing kucing.

PON PON !!

terkezut semua murid mendengar hon dari dua buah bas yang agak besar. hmm dah selesai agaknya sembelit cirit birit driver bas tu. sengaja bagi murid tu kena panas agaknya yelah panas dunia apalah sangat nak dibandingkan dengan panas api neraka auCH DEEP 🤗

" okay murid yang tidak dikasihi sekalian, amaghi lah kita naik bas besor ni dan carilah tempat duduk kamu ya. maap ler mungkin buat kamu semua panas disini tapi takpe jangan risau panas diatas nanti lagi panas ye murid murid. ha masuk kau cepat aku tak sabor nak kena aircond dah ni." pengetua min yoongay segera naik ke dalam bas almaklumlah gedik jugak orang tua tu, kena panas sikit jer.

" jom joon, aku nak duduk sebelah kau yey ! " jaemi menarik tangan joon untuk memasuki bas. hish dahla tempat nak naiknya sempit ya amat. dengan beg joon besar namampus apahal bawak barang banyak banyak aku taktaulah. nak duduk hutan terus kut rasanya.

mereka berdua terus mencari tempat duduk. tapi belum sempat joon nak cakap ada dua tempat kosong, jaemi terus berlari ke sebelah kim seokjin atau lebih dikenali jin syait-- eh jin sunbae ehe.

terus sahaja joon menjegilkan matanya kepada jaemi. tibe je jaemi jadi gedik semacam. nak jugak dia cubit cubit perut jaemi gendut tu.

" hahahah joon sorry weh jin sunbae ajak aku duduk sekali. kau duduk dengan budak kelas kita eh heheh ." jaemi terus buat isyarat bagi lah aku bahagia kejap .

joon hanya menjeling jaemi tajam lantas dia kembali duduk di kerusi yang kosong kedua duanya. begnya juga diletakkan di tempat penyimpanan barang diatas. kepalanya terus berpusing menghadap tingkap. dapat tengok suasana luar pun syok.

" hai joon, boleh sunbae duduk sini? "

joon terus memalingkan mukanya menghadap gerangan yang menegurnya secara tiba tiba. ee kalau aku ada sakit jantung dah lama aku mati tadi. sempat joon monolog dihati.

wajah jimin sunbae yang sentiasa tersenyum membuatkan joon mengangguk perlahan. oo joon kau kemain kalau hensem terus on .

" ish dah la hensem baik adu hati janganlah cepat cairrr jebal ." sebut joon perlahan.

" apa awak cakap? saya ada dengar something tadi ." jimin yang memegang henfonnya terus terhenti. risau jugak kalau tiba tiba dia terdengar orang bercakap. jangan cakap bas ni berhantu sudah .

" err..... takda apa apa hehe ." kepala yang tak gatal digaru perlahan oleh joon. fuh nasib jimin tak dengar kalau tak habis kantoi. eh tapi apa salahnya kalau dia ada dua crush kan? tak semestinya jungkook je boleh bertakhta dalam hati joon heh.

" eee comel lah awak ni, awak mengingatkan saya dekat adik saya comel sangat tau. dah la chubby hahaha ." jimin ketawa perlahan serentak dengan tu matanya sekali tertutup. ni namanya cakap dengan cermin kotau? dia yang comel gila namampussss !

" bwo? sunbae nak cakap yang saya ni chubby lah ni? wah, sunbae tu yang chubby . jari pun gemuk gemuk macam mochi ee geram saya. "

" haaahahaha takpe janji kita sama sama comel kann ? hahaha " jimin kembali ketawa amboi kau ketawa tak habis habis. penat jugak aku nak kena type ' hahaha '

sedang dua merpati sejoli ni ketawa sana sini,  sorang mamat hensem dingin gigi jongang memerhati mereka dengan hati yang membara. siapa lagi kalau bukan jeon jungkook.

dia fikir dia yang dapat duduk sebelah joon tadi, tapi dia silap jimin yang dapat duduk dulu. first come first serve tak gituww?

" takpa ada lori ada bas ada hari aku balas, takguna kau jimin. " kata jungkook sambil matanya tak lepas memandang mereka berdua.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

mamat ais batu ; jjk [전정국]Where stories live. Discover now