+ 03

2.5K 471 58
                                    

" Abang , saya disahkan mengandung 4 minggu dah " kataku di dalam telefon . Aku boleh dengar dia menjerit terkejut , cuak dengan apa yang aku cakapkan tadi .

" maldo andwae! Setahu abang , abang tak ada melakukan persetubuhan dengan Haerin pun ! ke saja nak tipu abang ? " dia betul-betul menafikan fakta palsu nih .

" Haerin , kenapa diam ? tipu ehh ? " disebabkan syurga bawah telapak kaki dia dan tak nak dosa free . Aku mengaku jugak yang aku cuma tipu dia .

Jelas kedengaran yang dia menarik nafas lega bila semuanya tak betul dan hanya rekaan aku dan Mina semata-mata .

" Jangan buat abang macam ni lagi boleh , kalau sayang mengandung , mana abang nak cari duit ? nak beli baju baby lagi , cukur rambutlah itulah inilah " bebelnya panjang lebar pasal masalah duit lagi .

Laki aku ni patut beruntung dapat isteri penyabar macam aku sebab kalau orang lain, awal-awal lagi dah mintak cerai ! IDEAA MINA TAK JALAN! MASA UNTUK PLAN B !

+++

" HAERIN ! ABANG DAH BALIK NIH !!" pekiknya .

Bila tiada sahutan , Tae mencari isterinya di bilik .

" UHUKKK UHUKK "

" demam ke isteri saya sorang ni ? "

Aku mengangguk lemah .

Dia meletakkan belakang telapak tangannya di dahiku dan satu lagi di dahinya .

" Tak panas pun . panas dalam ke ? "

" Boleh panggilkan doktor tak abang ? saya betul-betul sakit nih " ngaduku .

Kalau plan minta dia keluarkan duit ini juga tak jalan , memang buntu habis tho .

" Tak , kenapa perlu panggilkan doktor sedangkan suami awak ni pandai menyihatkan orang ? kejap , saya tahu cara pulihkan awak "

Dia tahu ? Ohmaitaetae , memang kedekut , dengan isteri sendiri pun kedekut !

" Nah "

" ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!!! LIPASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS !!! "

Haerin lari lintang pukang apabila Taehyung melempar lipas mainan padanya yang boleh gerak-gerak .

" ini mesti kes pura-pura demam sebab nak mintak keluarkan duit , sorry naik lori pi sungai petani lah " kata Taehyung perlahan dengan muka yang tersenyum .

+++

" Abang nak pergi mana malam-malam buta nih dengan balang duit bagai ? "

Soal Haerin bingung dengan Taehyung , dia nak pergi mana pukul 12 tengah malam nih ? dengan balang yang dipenuhi duit syiling .

" Nak pergi tanam duit takut ada toyol curi ke , awak curi ke kan? " balasnya lalu keluar .

" ... "

Kalau nak curi , dah lama dah Haerin buat .

-tbc-

[C] Suami Over Kedekut | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now