"Papa!"
Amirah melangkah laju memeluk Tan Sri Qayyum yang tersenyum senang walaupun kelihatan sedikit pucat daripada kebiasaannya.
"Mirah rindu papa," tutur Amirah dengan nada sebak .
Tan Sri Qayyum menguntumkan senyuman sambil berkata,
"Ayah mana yang tak rindu anaknya bukan?"
Amirah menganggukkan kepalanya laju lalu mengiringi ayahnya duduk di atas sofa ruang tamu. Tan Sri Qayyum memandang sekeliling ruang rumah mereka.
"Mama dan Bella belum balik lagi ke?"
"Belum." jawab Amirah sepatah.
Tan Sri Qayyum melepaskan keluhan yang berat. Amirah mengusap lembut bahu papanya.
"Amirah, papa nak cakap sesuatu tapi papa mahu kamu rahsiakan apa yang papa cakap ni pada Bella dan mama kamu."
Amirah mengangguk dan menunggu papanya bersuara.
"Sebenarnya, kamu dan Bella bukan adik-beradik kandung. Mama kandung kamu sebenarnya sudah meninggal dunia sewaktu melahirkan kamu. Mama kamu yang sekarang ini sebenarnya isteri kedua papa. Bella bukan anak kandung papa. Sebelum papa mengahwini mama, dia merupakan janda dan papa ambil dia sebagai isteri kerana mama kandung kamu yang minta. Kerana dia sendiri kasihan dengan nasib mereka dua beranak."
Amirah menekup mulutnya. Terkejut mendengar kata-kata papanya. Cecair jernih sudah bertakung di tubir mata kemudian menitis di pipi.
"Papa harap kamu tetap akan layan mereka sama seperti biasa dan maafkan papa juga kerana menyembunyikan rahsia ini daripada kamu selama 17 tahun. Papa harap kamu dapat tabahkan hati"
Amirah menundukkan wajahnya. Perasaannya agar berkecamuk namun kerana ingin menjaga hati papanya, digagahkan juga mulutnya mengukir senyuman. Titisan air mata yang sedari tadi lagi setia menemani sehingga kini, disapu bersih oleh Amirah.
"Riwayat muslim pernah menyebutkan, urusan orang orang beriman semuanya mengkagumkan. Semua perkara adalah baik untuknya. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka itu baik untuknya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar. Maka itu baik untuknya,"
"Terima kasih papa untuk nasihat tu. Mirah tahu semua yang terjadi pasti ada hikmahnya."
"Bagus anak papa ni kan ? Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah, anakku."
"Papa... jangan tinggalkan Mirah lagi. Mirah takut,"
"Jika takdir papa untuk pergi,papa nak anak papa ni kuat. Jangan mudah mengalah untuk teruskan hidup kerana akhirnya pasti akan ada ganjaran menanti kamu di akhir perjalanan dunia"
* * *
Usai solat sunat tahajjud, Amirah melangkah ke bilik papanya kerana perasaan tidak enak tiba-tiba menjamah hati yang sedang gusar.
Tombol pintu dipulasnya lalu Amirah mengintip sedikit kelibat papanya yang sedang solat sunat. Namun setelah puas menanti, papanya masih tidak bangun daripada sujudnya. Amirah mula rasa gelisah.
"Papa?"
Dia menyentuh sedikit tubuh papanya yang sedang berada dalam posisi sujud sebelum tubuh itu tiba-tiba tumbang di atas lantai. Jantung Amirah berdegup kencang. Spontan ada cecair jernih yang bertakung di juring mata.
"Innalillahiwainnailaihiraajiun"
* * *
"Mama, papa dah pergi." kata Amirah dengan tersedu-sedan.
Puan Sri Ros menyilangkan tangannya ke dada. Tiada langsung riak sedih malah dia tidak turut ikut langsung menziarah kubur suaminya. Perasaan benci meluap-luap dalam dirinya terhadap Amirah, anak kesayangan suaminya itu.
"Suka hati kau lah mirah. Dia dah mati kan? Tak payah nak sebut nama orang yang dah takde kat muka bumi ni. Meluat aku,"
Bella tersenyum sinis memandang Amirah yang masih tidak lekang mengalirkan cecair jernih.
"Kau ni kan memang lembik orangnya. Sepatutnya kau tu pergi mati tau tak? Dah elok lah tu dua beranak pergi mampus sekali. So sweet."
Amirah menyapu air matanya dan berlalu naik ke dalam biliknya. Duduk dilabuhkan di atas lantai. Nafas yang tersangkut dilepas berat. Lutut dibawa rapat ke dada. Mata sudah bertakung sekali lagi dek air mata. Dan perlahan air mata menjamah pipi
TBC ✨

YOU ARE READING
Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018
Romance"Cinta ini ibarat puding. Nampak sedap dan manis tapi ada juga bahagian pahit yang perlu kita rasa." - Amirah Nur Amirah Farisya, gadis biasa yang tidak pernah mengidamkan dirinya untuk bahagia. Tengku Muhammad Syazwan, seorang lelaki pujaan gadis s...