Bab 28 - Wedding broke

2.8K 114 12
                                    


Aku harap aku bisa membencimu dengan teramat sangat, sehingga melangkah tak terasa sesulit ini; sehingga jatuh cinta tak perlu setakut ini.

* * *

Beberapa kali Athena membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Senyuman manis diukir di bibir. Wajahnya yang bujur sirih disertakan dengan solekan tebal itu ditilik lama. Geli hati dia memandang dirinya yang mengenakan gaun pengantin berwarna putih dan dihiasi kristal itu.

"He caught the bait! Sekarang dan selamanya, dia akan jadi milik aku! Now, aku takkan bagi satu perempuan pun dekati sasaran aku. Haha, dasar lelaki bodoh." ujarnya, tersenyum senget sambil membetulkan mahkota bertatahkan berlian itu. Memang itu kemahuannya, memakai mahkota di hari perkahwinan sememangnya telah lama menjadi idamannya.

"Cik Athena, Puan Sri Zahra sudah menunggu di luar bilik hotel. Dia minta cik bersiap cepat sikit memandangkan pengantin lelaki sudah sampai." ujar pekerja hotel itu, menyampaikan pesanan puan sri kepada gadis itu.

Athena mengangguk perlahan. Tiada langsung secarik senyuman di bibirnya. Dia menjeling sekilas pekerja itu lalu menghayunkan langkah untuk keluar. Hujung gaun yang berderetan itu dipegang oleh beberapa orang pekerja hotel.

"Athena dah sedia?" Puan Sri Zahra menyoal. Dia hanya mengulum senyuman tipis, cukup hanya untuk menjaga hati Athena. Dia bahagia jika anak dia bahagia. Itu tekadnya.

"Dah mama," balasnya ceria.

Langkahnya dihayun dengan mantap dan penuh keyakinan. Dia berjalan masuk ke dalam dewan hotel yang telah ditempah khas oleh keluarga bakal suaminya. Lampu spotlight terarah kepadanya. Dia tersenyum bangga berjalan di sebelah bakal ibu mertuanya.

Senyuman Puan Sri Zahra sedikit kendur. Perkahwinan ala-ala barat, semua ini bukan keinginannya tapi Athena. Takut juga dia kalau Athena berani mempergunakan anaknya. Kalau sampai ke telinganya, memang diganyang terus muka Athena.

* * *

Dada Amirah berombak. Debarannya menggila. Wajahnya beriak duka dengan mata yang sudah bergenang. Sesekali air mata yang gugur ke pipi diseka. Langkahnya panjang-panjang dan laju menuju ke hotel Alif maksudkan.

"Saya terima nikahnya..." kedengaran kalimat itu bergema dalam satu dewan.

Mulutnya ditekup dengan tangan. Alif yang berada di sisinya turut terkejut. Bahu Amirah disentuh perlahan. Adakah ini penamatnya? Selepas akad nikah ini, dirinya akan diceraikan. Dia pasti tentang perkara itu. Salah dirinya juga kerana menipu. Dia tak sepatutnya berkomplot dengan doktor tentang amnesianya.

"Berhenti!" satu das tembakan kedengaran di muka pintu utama. Suara itu lantang kedengaran membuatkan majlis akad nikah terhenti sebentar.

Syazwan memandang ke arah pintu utama dewan hotel. Matanya terbuntang besar sebaik sahaja kornea matanya disajikan dengan seraut wajah manis yang cukup dia kenali. Matanya memandang pula wanita yang berdiri di belakang Amirah bersama sepucuk pistol dalam genggamannya.

Tiba-tiba Amirah terasa bahunya dipaut kasar dari belakang dan dipusingkan, membuatkan dia berpaling secara paksa. Dia tergamam saat tubuhnya ditarik kasar lalu lehernya diacu oleh sepucuk pistol.

"Mama!" lirih Amirah perlahan. Takkan dirinya mahu dijadikan tebusan pula?

Terdengar suara riuh-rendah orang ramai. Mata mereka terus fokus pada dua orang perempuan yang sedang bergelut itu. Puan Sri Zahra bangkit dari duduknya. Begitu juga Athena yang tidak senang duduk. Berani betul ada yang mahu menghalang perkahwinannya? Sungguh tak tahu malu!

"Aku nak korang hentikan perkahwinan ni!" Puan Sri Ros menjerit garang. Pistolnya masih diacukan pada leher anak tirinya.

"Sesiapa yang berani datang dekat, aku takkan biar perempuan ni hidup!"

Makin kecoh pula satu dewan apabila diugut begitu. Alif tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan dia tak mahu Amirah tercedera.

Puan Sri Zahra menapak bersama Athena mendekati Puan Sri Ros. Puan Sri Ros menayangkan wajah tidak gentar.

"Hei perempuan tua! Kau siapa hah? Jangan nak acah gangster kat majlis kahwin aku! Siapa yang benarkan kau masuk?" Athena menempelak. Perasaan marah meluap-luap.

Puan Sri Ros tersenyum sinis lalu ketawa kecil, "Athena, oh Athena. Rupa cantik tapi sayang... perangai jahanam! Kau ingat aku tak tahu anak siapa dalam perut kau tu? Hei ini Ros la, taiko sekolah lama dulu!"

"Apa... apa kau merepek ni ha? Jangan nak suka hati tuduh aku boleh tak? Kau ni kan memang sengaja nak musnahkan perkahwinan aku kan orang tua? Tak malu, perempuan desperate harta!" Athena memaki hamun semahunya. Pandangan jijik dilemparkan pada Puan Sri Ros.

Lidah Syazwan kelu. Saat itu persoalan demi persoalan mula terjawab dengan sendiri.

"Kau nak tahu tak Zahra, bakal menantu suci kau ni sebenarnya dah takde dara! Berapa banyak lelaki yang kau dah tidur hah? Kau ingat aku tak tahu kenapa kau terhegeh-hegeh nak kahwin dengan Syazwan? Sebab kau mengandung kan bangang? Kau nak dia jadi pak sanggup kau betul tak apa aku kata ni?" tempelak Puan Sri Ros pula.

"Ya Allah..." Syazwan terduduk lemah. Songkok hitam yang dipakainya dibuang. Laju kepalanya digeleng ke kanan dan kiri.

"Kau... kau jangan nak menuduh kalau takde bukti eh? Orang mana yang upah kau ni hah?" Athena menengking. Jarinya ditunjuk ke arah Puan Sri Ros.

"Aku buat ni sebab anak tiri aku!"

"Anak tiri? Jadi, gadis kolot ni ya yang suruh kau rancang benda ni kan? Mampus kau perempuan!" diterkam Amirah yang berada dalam genggaman Puan Sri Ros. Kepala Amirah diganyang-ganyang kegeraman.

"Kurang ajar punya perempuan!" Athena memaki hamun Amirah yang jatuh terlentang itu.

Amirah menjerit-jerit kesakitan. Dia menolak Athena yang duduk di atas badannya. Ditepisnya tangan Athena yang mengganyang kepalanya. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri, namun Athena semakin rakus.

Puan Sri Ros bertindak mahu menghalang namun Athena tidak peduli. Athena memegang kedua-dua tangan Amirah dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi ditampar pipi Amirah di kiri dam kanan. Tak puas menampar, dia menumbuk pula. Mulutnya tidak berhenti mencaci Amirah.

Air mata Amirah gugur tak dapat ditahan lagi. Sungguh, dia sudah tidak mampu untuk berjuang lagi.


TBC

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now