Jika kita menyukai seseorang, bukan berarti kita harus memilikinya. Aduh, bahkan diri kita sendiri saja bukan milik kita, apalagi orang lain.
+ + +
"Ish, lepaslah!" jerit Amirah sambil cuba melepaskan diri daripada cengkaman tangan Syazwan.
Syazwan terus melepaskan tangan Amirah dengan kasar. Dia mengusutkan rambutnya. Wajahnya jelas kelihatan merah dan agak hampa.
"Boleh kau jelaskan tak apa yang aku nampak tadi?" tanya Syazwan dengan mimik muka yang serius.
Amirah menelan air liur sendiri dengan hati yang gelisah. Macam mana dia nak terangkan pada Syazwan?
"Syazwan, saya tak sengaja peluk dia. S-saya pun tak tahu kenapa saya balas pelukan dia. Maafkan saya sebab tak jaga maruah saya sebagai isteri awak."
Syazwan memandang lantai tanpa membalas apa-apa. Amirah menunggu reaksi Syazwan yang seterusnya.
"Awak..okay tak?"
"Sini."
Syazwan meminta Amirah supaya berdiri lebih dekat dengannya. Amirah hanya menurut tanpa banyak songeh. Spontan jari-jemarinya diraih lembut oleh Syazwan dan diusap. Amirah terkedu buat seketika.
"Sakit?" soal Syazwan sambil menggosok pelan tangan milik Amirah. Jantung Amirah berdegup-degup kencang. Belum pernah lagi dia melihat sisi baik hati Syazwan. Satu persoalan berlegar-legar dalam benak fikirannya namun niat untuk bertanya dia matikan. 'Kenapa dia tak marah aku?' hati kecil Amirah berbisik.
"Lain kali, jaga diri kau baik-baik. Jangan terluka lagi tau?" nasihat Syazwan sambil melirikkan anak matanya ke arah Amirah. Dilihatnya mata gadis itu yang kelihatan berkaca.
Amirah mengangguk lemah lalu tersenyum tipis. Perasaan bersalah, sayu dan keliru menghambat hatinya waktu ini. Sungguh dia benar-benar keliru tentang perasaannya. Siapakah lelaki yang dia kasihi sebenarnya?
"Jom balik rumah." Syazwan bersuara sekali gus menghentikan lamunan Amirah. Mereka berdua pulang ke rumah tanpa menyedari seseorang sedang melihat mereka dari jauh.
"Dia hak aku bukan hak kau." desis hati lelaki itu dengan wajah yang bengis. Kebencian hatinya memuncak sekali terhadap Syazwan.
+ + +
"Maaf saya tak boleh langgar undang-undang puan. Saya telah diamanahkan oleh Tan Sri untuk tidak membocorkan wasiat sebelum tiba masanya."
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 40 tahun menundukkan badannya seraya meminta maaf. Puan Sri Ros menyilangkan tangannya ke dada tanda tidak puas hati. Matanya memandang tajam ke arah Encik Wazir yang sedang mengemas dokumen yang sedikit berselerakan di atas meja.
Puan Sri Ros mendengus. "Baiklah, Encik Wazir. Saya akan patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh arwah suami saya. Tapi, itu semua cuma dalam mimpi sahaja." tutur Puan Sri Ros dengan tenang sambil mengukirkan senyuman semanis madu.
Sepucuk pistol dikeluarkan perlahan-lahan daripada tas tangan jenama Chanel miliknya. Ukiran senyuman manisnya kini bertukar menjadi senyuman yang ngeri. Satu das tembakan dilepaskan ke arah dada Encik Wazir. Encik Wazir yang belum sempat bertindak itu terus rebah di atas lantai lalu mengerang kesakitan. Darahnya memancut keluar daripada tubuhnya apabila satu das lagi tembakan dilepaskan di bahagian anggota badan yang sama. Belum sempat lelaki itu mahu mengucapkan sesuatu, beliau telah meninggal terlebih dahulu dengan mata yang terbuntang luas. Peguam yang pernah terlibat dalam penyelewengan wang dan menghina anak yatim itu akhirnya menerima padah.
Darah yang terpercik sedikit pada wajah Puan Sri Ros disapu bersih dengan sapu tangan berwarna putih. Tak lama kemudian, dia mendail nombor telefon seseorang dan menunggu panggilannya untuk dijawab.
"Hello? Aku nak kau buat macam biasa. Duit kau jangan risau, aku masukkan dalam bank selepas kau siap lakukan tugas kau." arah Puan Sri Ros dengan senyuman lebar di bibir yang berwarna merah terang hasil gincu jenama dior.
Wanita cantik itu mengorak langkah ke arah tubuh Encik Wazir yang terbaring lesu tanpa nyawa di atas lantai yang dibasahi darah manusia. Dahi Encik Wazir ditunjalnya bersama sepasang mata sinis.
"I will get it. By hook or by crook."
Sesiapa yang cuba menghalang rancangannya, sudah tentu akan menerima nasib yang sama seperti Encik Wazir, walaupun anak tirinya sendiri.
TBC💕
![](https://img.wattpad.com/cover/146977432-288-k845602.jpg)
YOU ARE READING
Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018
Romance"Cinta ini ibarat puding. Nampak sedap dan manis tapi ada juga bahagian pahit yang perlu kita rasa." - Amirah Nur Amirah Farisya, gadis biasa yang tidak pernah mengidamkan dirinya untuk bahagia. Tengku Muhammad Syazwan, seorang lelaki pujaan gadis s...