Bab 21- Ugutan

2.5K 124 3
                                    


Jika dia kebahagiaan yang awak inginkan, saya akan mengundur diri

***

Amirah ralit menonton televisyen sehingga tidak perasan akan kehadiran Syazwan yang sudah melabuhkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Drama Kill me heal me itu membuatkan dirinya terlalu khusyuk melayani setiap episod yang ditayangkan. Ah, indahnya jika dia dapat berjumpa dengan lelaki seperti hero dalam drama tersebut. Tentu berbunga hatinya menghadap wajah lelaki kacak itu.

Tanpa sedar, bibirnya sudah tersenyum hingga pipinya kemerahan sedikit. Syazwan yang turut serta cuma mengangkat alisnya. Hairan juga dia. Apa yang dimenungkan sampai merah pipi perempuan itu?

"Amboi, sedap berangan nampak. Dah sampai mana? Malam pertama?" perli Syazwan selamba.

Bibirnya menunjukkan senyuman sinis tatkala Amirah menjelingnya.

"Eh suka hati akulah. Yang kau nak join sekaki ni kenapa? Amboi!" Amirah memulangkan paku buah keras.

Geram juga dia dengan Syazwan ni. Sejak kebelakangan ni, kerja lelaki itu hanya memerlinya. Dah macam orang takde life pula.

Amirah menggeleng perlahan lalu segera mengalihkan pandangannya pada kaca televisyen yang lebar itu.

"Esok ... " Syazwan memecahkan keheningan suasana.

Amirah tidak sedikitpun berpaling. Bukan dia ada mood mahu melayan perangai Syazwan. Menjengkelkan betul.

Syazwan berdehem kecil supaya perhatian Amirah dialihkan kepadanya. Geram dengan Amirah yang sukar memalingkan wajahnya, Syazwan lantas menarik pergelangan tangan gadis itu tanpa mempedulikan kesakitan yang mungkin dirasai oleh Amirah.

"Kau ni kenapa hah? Kalau ya pun nak minta aku pandang muka kau, cakaplah elok-elok. Jangan suka mak nenek kau nak tarik tangan orang! Kau ingat aku ni patung ke? Dengar sini eh, aku ni manusia. Kau faham tak? Aku manusia yang tahu rasa sakit luar dan dalam. Jangan kau sangka orang macam aku tiada hati dan perasaan!" bentak Amirah dengan rengusan kasar.

"M-maaf. Aku tak sengaja." perlahan saja nada suara Syazwan berbunyi.

Lelaki itu kelihatan sedikit terkilan dengan wajah yang bersalah. Dia melepaskan pergelangan tangannya sebaik sahaja dia mengangkat punggung untuk pergi dari situ.

"Maaf kalau aku dah ganggu kau." bisik Syazwan perlahan namun dia yakin Amirah mampu mendengarnya.

***

Puan Sri Ros mundar-mandir buat entah kali yang keberapa. Fikirannya asyik menerawang jauh mencari idea yang mungkin timbul bila-bila masa.

Bella yang sedang leka membaca majalah di atas sofa itu dipandang puan sri sekilas. Lama pandangannya melekat pada wajah cantik anaknya itu. Tiba-tiba sahaja dirinya dihujani idea yang mencurah-curah.

Kaki Puan Sri Ros melangkah ke arah anaknya. Bella mengangkat wajahnya sebaik sahaja mamanya berdehem dengan penuh sarkastik.

"What's wrong, mum?" soal Bella dengan kerutan di dahinya.

Puan Sri Ros melabuhkan punggungnya di sebelah sofa tempat anaknya duduk. Wajah anaknya yang cantik itu dipandangnya dengan mata yang bersinar penuh harapan.

"Cantiknya Bella, anak mama!" ujar Puan Sri Ros sambil tangannya membelai lembut rambut ikal mayang milik anaknya.

Alis Bella hampir bercantum. Pelik sungguh perangai orang tua ni.

"Apa mama nak sebenarnya? Just tell me! You want something right?" tebak Bella.

Dilihatnya wajah mamanya yang sedikit berubah. Mungkin mamanya tahu yang dia boleh membaca gerak-gerinya.

Spontan tangan Puan Sri Ros berhenti menyentuh rambut ikal anaknya. Dia mengenggam erat pula tangan mulus Bella.

"Mama nak minta Bella buat sesuatu boleh?" ujar Puan Sri Ros dengan penuh kelembutan.

"Apa dia, mama?"

"Mama nak kamu goda anak tengku boleh?" soal mamanya dengan nada yang sengaja dilembutkan lagi.

Bella menghelus nafas kasar. Dia betul-betul sakit hati dengan perangai mamanya. Matanya memandang tajam wajah Puan Sri Ros.

"And why do you think i have to do so? I'm a grown-up mom. I'm not a kid anymore. I have my own life and I'm happy with all of this right now. Don't ruin my mood, okay?"

Pantas tangan Bella ditariknya daripada genggaman tangan mamanya. Biar dia tahu yang dirinya sudah tidak betah menjadi alat buat mamanya.

"Fine. Then, I shall tell the police what you had done to your father. About 2 years ago. Shall i?"

Mata Bella terus membulat. Tangannya yang sedang memegang sebuah majalah terketar-ketar. Ingatannya kembali menjangkau peristiwa lama yang sudah dibungkus waktu.

"Papa!"

"Bella, kenapa ni?"

"Nah air untuk papa. Papa kan sakit. Ni Bella buatkan air untuk papa. Bella dah masukkan ubat untuk papa. Mama suruh ambil dalam laci meja papa. Ha, nah minumlah papa."

"Thank you sayang, love you."

"Love you too, papa!"

Air mata Bella mengalir tanpa sedar. Mukanya mula memerah dan sendu mula kedengaran.

"Papa, maafkan Bella. Bella tak bersalah." gumam hati Bella.

Puan Sri Ros tersenyum sinis. Dia menarik anaknya masuk dalam dakapannya seraya menepuk lembut belakang tubuh anaknya yang kurang kasih sayang itu.

"Jadi Bella setuju apa yang mama cakap tadi?"

TBC

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now