Bab 8 - Akad Nikah

3.2K 163 20
                                    


Kereta Porsche berwarna merah kepunyaan Syazwan itu diparkir di tempat yang telah disediakan. Dia segera keluar daripada perut kereta sambil menguak rambut hitamnya yang sedikit keperangan itu.

"Eh mana pula perempuan alim tu?"

Syazwan melilau sekitar mencari Amirah yang tiba-tiba menghilang. Cepat betul gadis itu berjalan pergi. Terasa berbahang hatinya kerana ditinggalkan begitu saja. Dimaki hamun Amirah sehendaknya. Tanpa berlengah lagi, dia menghayunkan langkah masuk ke dalam pusat beli belah IOI.

+++

Mata Amirah tertumpu kepada rak yang tertulis 'Best Sellers'. Perlahan-lahan dia menapak mendekatkan diri ke rak tersebut.

Amirah meneliti satu per satu tajuk-tajuk buku di ruangan tersebut. Seperti kebanyakan orang lain juga, buku di bahagian inilah yang paling menarik perhatiannya.

Dia mencapai buku itu kemudian membelek-belek buku yang sedang dipegang. Apabila Amirah kembali mendongakkan kepalanya, dia terlihat seseorang yang sedang mencapai buku yang sama.

Alif memandang gadis yang sedang berdiri di sebelahnya. "Eh, Amirah?"

"Alif buat apa kat sini?" Amirah bersuara. Dirinya sendiri terkejut kerana bertemu dengan orang yang dia kenali.

"Datang beli buku. Amirah datang sini dengan siapa?"

"Oh, datang dengan kawan je."

Amirah tertunduk sedikit apabila Alif memandangnya terlalu lama. Alif yang baru saja menyedari tindakannya segera meminta maaf.

"Maaf. Saya tak sengaja. Hehe."

"Takpe. Saya pergi dulu tau? Bye."

Amirah membawa buku yang dipegangnya tadi ke kaunter pembayaran untuk dibayar. Rasa gelisah menjamah hati kerana dia terasa seperti diperhatikan seseorang. Ya tidak syak lagi memang Alif yang sedang memerhatikannya.

Setelah membayar harga buku tersebut, Amirah segera mengorak langkah keluar daripada kedai buku. Langkahnya dipercepatkan lagi mencari keberadaan Syazwan.

Syazwan memerhatikan langkah Amirah yang lagaknya seperti sedang mencari seseorang dari tingkat atas. Kornea matanya tidak lepas daripada memandang figura gadis itu yang berjaya mencuri perhatiannya.

"Dia mesti tengah cari aku yang kacak ni" gumamnya perlahan.

Syazwan terus menghayunkan kakinya ke arah Amirah. Dia mencuit bahu gadis itu dengan iphone X miliknya. Terhinjut bahu Amirah dek terkejut dengan kehadiran Syazwan yang memang sedang dicari olehnya.

"Lain kali, jangan pergi jauh-jauh. Jalan dengan aku je. Kan dah rindu?"

"Euw, tolonglah. Takde masa nak rindu kau. Ceh, syok sendiri." balas Amirah. Biji matanya digulingkan naik ke atas.

Syazwan tergelak kecil. "Kau tunggu seminggu lagi, aku takkan lepaskan kau."

Ugutan Syazwan itu membuatkan Amirah kecut perut. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatinya. Kenapa la dia sebut pasal kahwin pula?

"Kau jangan macam-macam. Aku silat nanti, baru tahu langit tu tinggi atau rendah."

"Kau ingat aku ni takde akal ke?"

"Awak ada, tapi akal awak macam lembu." lancar sahaja Amirah berkata.

Syazwan melemparkan pandangan sinis ditujukan ke arahnya.

"Kau takkan pernah bahagia hidup dengan aku."

"Bahagia ni bukan sebab orang semata-mata. Bahagia ni kita sendiri cipta. Kalau kita rasa cukup dengan apa kita ada, kita syukur apa yang kita ada, bahagia tu kita dah rasa sebenarnya."

Syazwan menghelakan nafas berat apabila mendengar ayat Amirah. Sentap pula dia kali ini.

Amirah tersenyum girang melihat Syazwan yang seakan sudah kelu untuk berbahas dengannya. Dia dah tahu nampaknya kelemahan Syazwan. Dia berdiri memerhatikan gelagat pengunjung di pusat beli belah.

Tiba-tiba matanya terpandang susuk tubuh seseorang dari arah belakang. Jantungnya berdegup-degup kencang. Sayu dan pilu menghambat perasaannya.

"S-Syazwan, jom balik?" ajak Amirah. Ada air jernih yang bertakung di juring mata.

Syazwan yang pelik dengan perubahan emosi Amirah terus mengangguk. Soalan yang bermain di fikirannya dibiarkan sahaja.

Sepanjang perjalanan, Amirah cuma mendiamkan diri. Syazwan turut berdiam diri. "Mungkin dia perlukan masa." hati kecil lelaki itu berbisik.

+++

Seminggu sudah pun berlalu, akhirnya hari yang paling ditakuti oleh mereka telah tiba. Amirah kelihatan cantik mengenakan busana perkahwinannya yang labuh dan menutup aurat itu. Wajahnya telah disolek oleh mak andam. Solekan yang dikenakannya cukup tipis dan biasa-biasa sahaja. Alisnya sudah cantik dan pipinya sudah sedia merah. Dia tak mahu memakai make-up yang tebal.

Amirah duduk di atas karpet masjid bersama ibu mertua dan kawan-kawannya. Debar jantungnya memukul dada. Dalam masa yang sama, hatinya terasa sayu. Papanya tidak sempat melihat detik penamat zaman bujangnya. Pada hari ini, dia akan memikul satu tanggungjawab yang besar iaitu menjadi seorang isteri.

"Weh Mirah, pihak lelaki dah sampai tu." Raudhah mengusap lembut tangan Amirah. Dia mengulum senyuman tipis. Perasaan berdebar itu cuba di ketepikan sebentar apabila pihak rombongan lelaki sudah datang.

Syazwan kelihatan segak berbaju melayu serba putih, bersamping songket kuning dan bersongkok hitam. Dia duduk di tengah-tengah masjid dan berhadapan dengan tuk kadi. Dikelilingi pula oleh bapa saudaranya sebagai wali dan beberapa orang saksi.

Tangan kanan Syazwan bergerak ke hadapan tanda dia sedang menggenggam tangan tuk kadi di hadapannya. Semua mata sudah tertumpu ke arah Syazwan.

"Bismillahirrahmanirrahim. Tengku Muhammad Syazwan Bin Tengku Muhammad Shah."

"Ya, saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku, Nur Amirah Farisya Binti Tan Sri Qayyum dengan mas kahwinnya 250 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Amirah Farisya Binti Tan Sri Qayyum dengan mas kahwinnya sebanyak 250 ringgit tunai."

Tuk kadi mula menanyakan sama ada lafaz kabul itu diterima atau tidak kepada wali dan saksi.

"Sah."

Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Amirah sudah menjadi isteri orang. Air mata gadis itu jatuh membasahi pipinya yang gebu.

Tuk kadi mula membaca doa. Semua hadirin yang hadir menadahkan tangan untuk turut sama berdoa. Selesai berdoa, Amirah bersalaman dan berpelukan dengan mama mertuanya.

Setelah Syazwan selesai menunaikan solat sunat syukur, dia duduk bertinggung di hadapan Amirah. Setelah itu, dahi Amirah diciumnya sebentar. Kemudian, Syazwan mengeluarkan cincin emas putih bertatah berlian dan cincin itu segera disarungkan ke jari Amirah. Syazwan merenungnya dengan seribu perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Senyuman mesra terukir di mulutnya menampakkan barisan giginya yang putih melepak.

TBC 💕

Author's note :

Cast Amirah korang boleh bayangkan sesiapa jer 😂

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now