1. Jalan

32 1 0
                                    

Kereta kiri kanan di pandang sepi. Ah KL ni tak sudah-sudah nak sesak. Aku tak tahu bila jalan ni tak sesak. Silap dia juga apabila tidak menggunakan google maps apabila mahu bergerak ke Putrajaya. Dia berkira-kira mungkin dalam tengah hari dia akan tiba di  pejabatnya.

Pagi-pagi lagi dia terpaksa bergerak ke Wangsa Maju iaitu ibu pejabat TK Berhad. untuk menghadiri mesyuarat di sana.Kila bertugas sebagai jurutera merangkap SHO (Safety Health Officer) di tapak Putrajaya bagi syarikat TK Holdings.

Sekali lagi Kila mengeluh. Mengeluh mengenangkan nasib. 'Kalau la  aku rajin  belajar  dahulu mungkin sekarang jalan kerja aku mudah macam kawan-kawannya yang lain.Kila mengeluh halus.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
tahun 2003

"Kenal kan diri masing-masing untuk semua orang "arah Pn Zu selaku pensyarah yang mengendalikan minggu orientasi Kolej Matrikulasi Perak.

Aku orang pertama dan dengan perlahan-lahan aku bangun. Usai aku kenalkan diri dengan bahasa kedah aku yang pekat aku lihat pelajar lelaki masing-masing tersenyum. Aku diam. Padahal diorang tak tahu yang bukan aku seorang sahaja pelajar dari negeri Kedah. Hampir seluruh perempuan di Tutor 6 aku berasal dari negeri Kedah termasuk lah seorang merupakan kawan dari sekolah yang sama dengan aku.

Aku diam membatu. Entah kenapa aku tiada hati untuk belajar di sini. Langsung tiada. Aku pun tak tahu kenapa aku lepas SPM aku masuk ke sini. Aku hanya mengikut sahaja kawan-kawan aku yang lain.

Sesi suai kenal langsung aku tak ambil peduli. Fikiran aku melayang.Tiba-tiba Kila tersenyum sendirian kepuasan. Baru teringat yang Kila tidak perlu lagi study dan study untuk SPM. Dan yang paling penting Kila terasa telah bebas. Bebas dari undang-undang asrama, bebas dari jawatanya sebagai pengawas sekolah dan asrama.

Dewan kuliah satu dijejakinya. Kila memilih tempat paling hujung untuk diduduki. Kebanyakkannya pelajar  memilih duduk bersama dengan kawan-kawan satu tutor. Tapi tidak bagi dirinya. Dia memilih untuk lone ranger. Sungguh dia masih lagi terasa malas untuk belajar.

SPM Kila tidak sebagus kawannya yang lain. Entah kenapa Kila merasakan sejak dia masuk ke sekolah berasrama tersebut sebagai Pioneer dia hilang taringnya. Nak pulak Kila terpaksa bertarung dengan pelajar-pelajar yang lagi hebat darinya. Terutamanya pelajar lelaki. Semenjak itu Kila berubah watak. Watak yang dia sendiri tak mengerti. Pelajar lelaki dipandang sebagai musuh utamanya.

Kila diterima masuk ke kolej matrikulasi dalam jurusan Sains Fizik. Nisbah pelajar lelaki dan perempuan di kelasnya ialah 17:9. Sama macam waktu sekolahnya dahulu. Pelajar lelaki lebih ramai dari pelajar perempuan.

Selesai kuliah Fizik aku mengatur langkah ku ke kafe. Jenuh aku berjalan kerana kedudukan kafe agak jauh dari dewan kuliah dengan keadaan di situ yang berbukit-bukit. Sekali lagi aku berseorangan sedangkan pelajar-pelajar lain makan beramai-ramai.

"Hai boleh tumpang duduk sini"pemilik suara itu bertanya lembut kepada ku. Aku mengangkat muka perlahan ke arah suara itu. Seorang perempuan yang tingginya ku kira 143 cm tersengih di depan aku. Aku menganguk.

"Saya Dia, tapi orang panggil saya adik"
"Saya Kila, panggil saya Kila"balas ku.
"Orang Kedah ke? Saya asal Terengganu. Kebetulan roomates saya semua Kedah"jawabnya.
Aku tersenyum. Aku agak kekok di awal perkenalan. Namun bila Adik cakap yang roomates nya asal dari Kedah maka bagai memberi satu harapan kepada aku disebabkan loghat kedah aku yang pekat.

Semenjak dari hari tu aku bertambah rapat dengan Dia dan kawan-kawan setutor nya yang lain. Kebetulan Dia satu Kuliah 1 dengan aku cuma berlainan tutorial. Rupanya bilik adik selang dua buah daripada bilik aku. Lagi senang aku berjumpa dengan diorang.

Matrik bukan tempat aku belajar tapi sebenarnya  tempat aku mengenal kawan-kawan, outing, pergi Mall, dan sesungguhnya lebih kepada hiburan. Pelajaran aku tinggalkan terus di belakang. Kawan-kawan aku bila mereka belajar mereka betul-betul belajar. Tapi  aku tak langsung belajar. Aku dahulukan hiburan sebelum pelajaran. Sebab itu lah kawan-kawan setutorial dengan aku aku tak berapa nak kenal. Aku bertukar menjadi seorang yang "rebel".

JalananWhere stories live. Discover now